KUASA
DIBELAKANG KELAMBU
“Mereka
amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya,
dengan lagaknya seakan-akan ia perdana menteri,” katanya. -
Mahathir
MUhamad – MalaysiaKIni 11 Mei 2015
Minggu
saya telah menulis tentang watak Lady Macbeth. Watak ini muncul dalam
bangsawan hasil garapan William Shakespears. Watak Lady Macbeth ini
telah saya samakan dengan watak Imelda Marcos, Evita Peron, Leila
Ben Ali dan Rosmah Mansor. Lady Macbeth merancang untuk membunuh
Lord Duncan dan menobatkan suaminya sebagai Raja Scotland. Ini
trajedi dalam teater bangsawan Inggeris.
Dalam
seni filem kita juga akan bertemu dengan watak perempuan sademikian.
Para peminat dan pelajar filem tahu bahawa dalam filem ada pelbagai
genre. Antaranya ialah genre filem noir. Noir dalam bahasa Peranchis
bermakna gelap atau hitam. Justeru filem noir membawakan tema yang
gelap lagi hitam.
Dalam
filem noir diwajibkan kemunculan seorang perempuan cantik sebagai
protoganis – watak utama yang akan menjadi femme fatale. Femme
fatale juga adalah istilah Peranchis yang membawa makna perempuan
cantik pembawa mudarat.
Dalam
filem noir mudarat pertama jatuh kepada Si Jantan atau Sang Suami. Si
Jantan diperangkap untuk melakukan pembunuhan. Pembunuhan ini
akhirnya akan menguntungkan Si Perempuan. Si Jantan atau Sang Suami
akhirnya terpenjara manakala Si Perempuan atau Sang Isteri dalam
babak akhir akan dilihat bercanda-canda dengan kekayaan dan kekasih
lama.
Dalam
kontek politik kita melihat bahawa Imelda Marcos, Evita Peron, Leila
Ali dan Rosmah Mansor – adalah femme fatale. Mereka adalah
perempuan-perempuan yang telah memerangkap jantan-jantan untuk
perancangan mereka sendiri. Perangkap mereka 'bingkas mengena
pelanduk' hasilnya terbukti membawa mudarat.
Kerana
ini saya anggap - Najib dan Rosmah Mansor ini adalah skrip untuk
sebuah filem noir. Tetapi Najib Rosmah ini BUKAN sebuah filem noir.
Mudarat yang mereka bawa bukan kepada satu dua sosok. Dalam filem
noir perangkap perempuan-perempuan ini hanya memudaratkan dua tiga
orang sahaja.
Leila
Ben Ali – Minah Pendandan Rambut yang langsing, berambut panjang
dan cantik telah memudaratkan sebuah negara bernama Tunisia. Leila
sebelum melarikan diri ke Saudi Arabia telah memecahkan Bank Negara
Tunis dan melarikan 1.5 tan jongkong emas. Imelda Marcos – minah
gila kasut - yang boros telah memudarakan rakyat Pilipina yang
terus miskin kedana. Evita Peron yang cun, slim dan bergetah telah
memudaratkan ekonomi Argentina. Rosmah Mansor sedang dan masih lagi
memporak perandakan sebuah negara yang bernama Malaysia dengan 28
juta penduduk.
Bagaimana
ini berlaku? Dari Mana datangnya perempuan-perempuan ini? Dari mana
datangnya Rosmah Mansor?
Kalau
mengikut kata-kata Isteri Bekas Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri
Sembilan – yang menjadi kawan baik Si Rosmah - Si Rosmah telah
memerangkap Najib dengan menggunakan kuasa bomoh.
Sama
ada para pembaca percaya kepada bomoh atau tidak – ini bukan
persoalan. Yang penting kita melihat bukti saheh bagaimana
perempuan -perempuan ini telah menggunakan tubuh badan mereka untuk
memerangkap jantan-jantan. Hampir kesemua perempuan ini adalah Mak
Janda. Ertinya mereka berpengalaman dalam hal sexual, keberahian dan
kelemahan jantan-jantan.
Perempuan-perempuan
ini menceraikan 'suami pertama' yang mungkin dilihat 'jantan gagal'
yang tidak memiliki cita-cita yang tinggi saperti menjadi Perdana
Menteri atau Presiden. Justeru perempuan-perempaun ini merayau rayau
untuk untuk memerangkap jantan-jantan baru. Maka disinilah kesah
babak-babak gelap yang ditakrifkan oleh Sigmund Freud sebagai 'bawah
sedar'. Setiap perempuan-perempuan in memiliki sejarah gelap yang
TIDAK ada sesiapa pun tahu.
Lord
Macbeth sama saperti Najib adalah jantan lemah. Kita melihat
bagaimana Najib dan sejarah parti United Malays National Organisation
TIDAK pernah bertempur. Najib ditakrif sebagai jantan lembik dan
lemah untuk merebut jawatan. Apabila ayahnya meninggal dunia –
walau pun belum berijazah – belum selesai belajar – Najib telah
diangkat untuk menjadi Ahli Parlimen, menjadi Menteri Besar, menjadi
Ketua Pemuda, menjadi menteri – semuanya disediakan. Menjadi
Timbalan Presiden dan Presiden United Malays National Organsiation
juga bukan melalui pertandingan.
Malah
Mahathir Muhamad telah mengakui bahawa dia telah memberi tekanan
kepada Abdullah Badawi untuk melantik Najib sebagai timbalan Perdana
Menteri walhal Dolah mahu Muhyiddin Yassin. Ertinya Najib jadi PM
kerana Mahathir Muhamad.
Apa
yang jelas ialah kelemahan jantan-jantan ini apabila berhadapan
dengan tubuh badan wanita yang cun lagi bergetah. Jantan-jantan ini
adalah 'kaki betina'. Umum mengetahui bagaimana Menteri Besar Isa
Saad telah menyelamatkan Najib Razak dari 'tenggelam' di Port
Dickson.
Mengikut
Akuan Bersumpah Balasubramaniam – mahkamah Malaysia diberitahu
bagaimana Najib telah mengagihkan kekasihnya Altantuya Shaaribu
warga Mongolia kepada pembantu politiknya Razak Baginda. Najib Razak
'berkorban' kerana dia mahu menjaga kedudukkan politiknya yang
mungkin terbongkar jika 'skandalnya' diketahui oleh rakyat Malaysia
terutama oleh Haji Hadi yang sedang heboh dengan Amnatnya ketika itu.
Perempuan-perempuan
ini sedar akan kelemahan Jantan-Jantan ini. Melalui kelemahan Sang
Jantan ini Si Perempuan mula memainkan peranan. Awalan cuma memberi
pandangan ketika suami dalam keadaan gusar. Mungkin membantu memberi
nasehat dari dalam kelambu.
Kalau
mengikut klip YouTube Rosmah Perempuan Puaka para pembaca akan
berhadapan dengan konsep 'nasi kangkang'. Ini adalah konsep dimana
kuasa bomoh telah digunakan oleh Sang Isteri untuk menjadi Sang
Suami bodoh manai dan mengikut kata.
Berita
Najib Razak yang mengikut apa sahaja kata Rosmah Mansor telah
menjadi labon rakyat. Kesah demi kesah muncul menceritakan
babak-babak kecil dimana Najib dilihat tunduk mengikut semua kerenah
Rosmah.
Sabenarnya
fakta ' Najib dikawal Rosmah ' ini bukan lagi satu fitnah. Secara
tebuka dan hitam puteh pekara ini telah dinyatakan oleh Mahathir
Muhamad. Bekas Perdana Menteri ini telah mendapat laporan dan komplin
bagaimana Rosmah cukup berkuasa dalam membuat keputusan negara.
Justeru Mahathir telah berkata bahawa Rosmah Mansor ini berlagak
seolah-olah dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Cerita-cerita
Rosmah sebagai Perdana Menteri ini bukan satu yang baru. Orang ramai
mungkin terlepas pandang dan gagal meneliti bujet NGO Permata
Rosmah. Pernah NGO ini mendapat dana kerajaan yang melebihi dana
Kementerian Pelajaran Muhyiddin Yassin.
Malah
dalam belanjawan negara terakhir Rosmah mendapat hampir 1 bilion
ringgit walau pun Rosmah bukan seorang Menteri. Dalam masa yang sama
Haji Desas bin Lebai Desus dari Putrajaya selalu sibuk menghantar SMS
bercerita tentang 400 orang Pegawai Rosmah Mansor. Semua ini
mengsahehkan apa yang dikatakan oleh Mahathir Muhamad.
Kini
Rosmah Mansor bukan lagi Mak Janda Berhias yang diselaputi oleh
setempel tahi lalat berbulu. Jika kita memahami saikoanalisis
Sigmund Freud maka 'tahi lalat berbulu' inilah yang menjadi beban
'bawah sedar' Rosmah Mansor. Pasti dia teringat ejekan 'dotti'
ketika dia membesar.
Tahi
lalat berbulu boleh dihilangkan tapi ingatan masih tebal. Justeru apa
yang berlaku hari ini – segala kerenah dan tindak tanduk Rosmah
Mansor adalah untuk membuktikan bahawa Rosmah Mansor telah melintasi
'zaman dotti'. Zaman tahi lalat berbulu telah selesai. Sekarang
Rosmah ialah FLOM - first lady of Malaysia.
Rosmah
menjemput Martha Stewart – guru gaya hidup Amerika – untuk
menjadi tamu di Putrajaya. Ini percubaan Rosmah untuk membutkikan
kepada rakyat Malaysia, kepada kawan-kawan lama dan kepada Kartonis
Zunar bahawa Bik Mama ada kelas. Bik Mama boleh bercanda-canda dengan
Martha Stewart, walau pun tak ada sesiapa pun rakyat Malaysia yang
ambil pot. Mak Cik Felda tidak pun tahu siapa Minah Martha ini. Bik
Mama gagal lagi.
Gambar
Rosmah Mansor bertemu dengan Baginda Ratu Elizebeth yang seharusnya
menjadi mercu kejayaan telah menjadi bahan politik. Baginda dengan
penuh kesedaran telah memilih warna kuning ketika Rosmah dan Najib
datang mengadap. Jelas ini bertujuan untuk menganjing Rosmah dan
Najib yang baru sahaja 'mengganasi' para penunjuk perasaan BERSIH
yang memakai baju kuning. Rosmah gagal lagi.
Gambar
Rosmah dengan Michelle Obama terus menjadi bahan lawak. Rosmah yang
gemok pendek digambarkan sedang mendongak untuk melihat muka Michelle
ketika bercakap. Ini sama saperti komidi Ibrahim Pendek dengan Burl
Ives dalam filem The Spiral Road (1962). Pelakon katek dari Singapura
ini telah berlakon di Holywood dengan Burls Ivers yang tinggi dan
besar. Rosmah kantoi lagi.
Maka
disini kita sampai ke babak akhir. Dalam filem noir Si Jantan akan
mendapat malapetaka. Si Perempuan akan bercanda-canda. Tetapi apa
yang berlaku di Malaysia lebih gelap dari filem noir. Lebih berdarah
dari bangsawan Lady Macbeth.
Dalam
filem noir Body Heat (1981) Mak Janda Kathleen Turner telah
memerangkap William Hurt yang akhirnya menjadi pembunuh bekas suami
Mak Janda. Mak Janda jadi kaya dapat harta dan Jantan Bodoh mendapat
malapetaka masuk penjara.
Dalam
politik Malaysia Mak Janda Rosmah telah berjaya memerangkap Najib
Razak. Telah berlaku pembunuhan. Telah berlaku salah guna kuasa.
Malah malapetaka yang dibawa oleh femme fatale ini bukan hanya kepada
Sang Suami tetapi kepada 28 juta wargha Malaysia.
Hutang
1MDB kini telah melintasi 42 bilion ringgit. Rosmah masih
berinang-inag dengan pesawat resmi negara. Ringgit Malaysia makin
susut nilainya. Rosmah masih lagi guna menggunakan dana negara
kenduri anak bertunang.
Ketika
tulisan ini digarap Najib sedang diasak oleh Mahathir untuk
berundur. Jantan yang menjadi mangsa Mak Janda ini sedang kelam
kabut. Najib dilihat tidak mahu berundur. Sebenar , umum mengetahui
yang bertahan kuat bukan Najib tapi Rosmah.
Ketika
ini Malaysia sedang menghadapi malapetaka dari femme fatale. Sayang
sekali semua femme fatale dari dari Holywood cun dan bergetah. Evita
Peron cantik dan menawan. Imelda Marcos bekas Ratu Manila. Siapa? Siapa punya suwei - femme fatale - perempuan pembawa
mudarat ke Malaysia gemok dan pendek. (TT)
NOTA
tulisan
ini telah disiarkan
dalam SUARA
KEADILAN
sesiapa yang
ingin melanggan
akhbar
mingguan ini
sila
pukul talipon:
03-92-21-30-45
----------------
6 ulasan:
Bloq pro umno kata org kutuk kak rm sbb tak dpt kutuk laki dia.sebenarnya dua org laki bini itu mmg terkutuk mana org tak kutuk mereka.dua2 tupun gila kuasa gila duit
Kesihan Najib yang telah di"bawah sedar"kan selama berpuloh tahun. Kita tahu, adiknya pun tahu, Isa Khinzir pun tahu bahawa selera Najib adalah sosok yang seperti Cik Aminah atau Cik Zai.....bayangkanlah jika "first lady" kita macam Cik Aminah atau Cik Zai.....masa tu kalau duit negara hilang RM 100 billion pun gwa tak kisah gwa halalkan.
Tapi apa boleh buat Najib bergerak di bawah sedar, ditambah lagi dengan tiap malam dihempap sosok gempal dan bulat yang seberat lori 3 tan.
Sebab tu lah bila Chedet tanya, "siapa arah Sirul". jawapannya "Dah 3 kali aku bersumpah".....maka kita dah tak boleh marah Najib sebab Najib berada di "bawah sedar".
Pandikar pun tak boleh letak jawatan. Menurut Pandikar dalam isu "letak jawatan"nya, Chedet dan dia tidak berbohong. Masalahnya Najib dah tak boleh baca surat itu.
Mungkin juga bila UMNO kalah dalam PRU14 nanti Najib juga tidak boleh didakwa sebab sejak jadi Menteri lagi dia dah berada di "bawah sedar".
Lop
Tapi yang syoknya ada juga disebutkan Haji Hadi pil kuda dengan Amanat Haramjadahnya dan femme fantale yang membawa petaka yang gemok dan pendek!kah...kah...kah...
jalang sial........
Kalau bina muzium femme fatale...antara barang bersejarah yang dipamerkan ialah beg birkin, cincin 24 jota, enjin jet peribadi, c4, peta monggolia, bilik salon caj rm1000 dan surat letak jawatan masaalah tandas.
Catat Ulasan