Ditelan mati mak, diluah mati bapa, kata Mahathir
Mahathir Mohamad berkata beliau sedar tindakannya terus-terusan mengkritik Najib Razak akan ‘memakan’ BN namun katanya, beliau tiada pilihan lain.
Mahathir berkata, sekiranya beliau tidak menyerang Najib, BN akan mengalami nasib yang lebih buruk menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, mengulangi kata-katanya sebelum ini.
“Saya (juga) sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak,” tulisnya menerusi entri terbaru di blognya chedet.cc hari ini.
“Jika kepimpinan Umno dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan kerana waktu yang ada terlalu singkat sebelum PRU14.
“Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini (isu 1MDB) Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia,” tulisnya.
Mahathir turut menyelar tindakan Najib yang menyalahgunakan dana awam demi kepentingan politik peribadinya.
“Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan 'I love PM' dan menyanyi lagu 'IM4U'. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.
“… saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya.
Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat Najib dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut sistem gaji pegawai kerajaan,” tulisnya.
Katanya lagi, selain itu Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara.
“Ditubuhkan badan bebas yang mengambil alih kerja dan tugas jabatan-jabatan kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.
“Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.
"Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli Umno tetapi juga orang Cina. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Najib . Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai,” tulisnya.
KAH
KAH KAH
woit
serang tetap serang
tak akan henti
tak akan rehat
hingga najib
hingga rosmah
ditendang keluar
hebat mahathir
APA PUNYA POWER
-----------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan