Rabu, 3 Jun 2015

HARI KE 78





FACE BOOK

Hari ke 78
Atas ingatan Muktamar PAS yang berlangsung sekarang saya catatkan ini:
Bila difikirkan balik, lansung tiada kekesalan di hati atas apa yang berlaku dan telah dilakukan.

Tanggal dalam lingkungan 4hb Februari 2009 bila mula desas-desus Kerajaan PR Perak akan dirampas oleh Regim Barisan Nasional, kami sekeluarga adalah antara rakyat Malaysia yang tidak senang duduk dan marah.
Kami tinggal di Kuala Lumpur. Suami saya bekerja. Pulang dari kerja kami bergerak ke Ipoh membawa bersama anak kami Asiah Latif . Berkumpul bersama-sama rakyat yang lainnya di rumah Menteri Besar Perak ketika itu.
"Mahu mempertahankan kerajaan pilihan rakyat Pakatan Rakyat."
Sebuah kerajaan Harapan Rakyat.
"We will do anything to help." Saya masih ingat pesanan ringkas saya dihantar kepada YB Chang Lih Kang ADUN Perak.
Selesai majlis ceramah malam itu kami pulang semula ke rumah di Kuala Lumpur dengan tekad esoknya Jumaat kami akan kembali ke sana. Berkumpul di Masjid Ubudiyyah bagi membantah perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar Perak menggantikan DS Nizar Jamaluddin.
Kami dengar pengumuman pada malam tersebut ketika berkumpul di rumah MB Perak. Walau tak diarah kami tetap punya semangat untuk membantah.
Bila difikirkan balik apalah daya kita untuk melawan, namun dalam hati kami tidak mahu biarkan kezaliman itu menimpa dan dibiarkan saja. Kami rasa mesti bangun melawan bila ada peluang.
Sedikit pun kami tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku hingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat. Kecuali lompatnya beberapa orang ADUN yang berjaya dibeli kerajaan BN.
Kami tidak ada hajat atau niat untuk mendapat apa-apa ganjaran dunia dari apa yang berlaku.
Apa yang kami harapkan,
Cukuplah sekadar menunaikan amanah dari janji yang ditaburkan.
Cukuplah dengan mengembalikan apa yang diberi rakyat kepada rakyat yang memerlukan.
Dalam mengenang mangsa Bencana Demokrasi Perak 6 Februari 2009-18 Mac 20015-2 Oktober 2015.

-------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam politik dunia ketiga.. melawan regim gerombolan dgn amanah, keikhlasan, tenaga bek-bek, tidak cukup juga dgn melaung2 AllahuAkbar kendian pegi makan gaji..

Kena ada semangat jiwa untuk membunuh. Ini yg tidak ada dalam PAS. Jiwa lembik berdegar2 nak gi berperang. Ikut Rasulullah ala lanchow. Bila Ustat Lutfi pegi Syria..jelas pelir ulamak2 PAS pun dah xder lendir untuk stim berjihad lagi. Dgn presideng mabuk pil kuda.lembab membuat keputusan...maka hampeh segala2nya..

Islam pukimak apa yg dibawa, aku pun xtau. Nak jadikan contoh pun..flip flop..