DAH NAK
RAYA
petang kelmarin
gwa sekali lagi
masuk hulu selangor
ziarah
kedai hujung dunia
kedai ini spesial
ada jual gulai ikan air tawar
petang kelmarin
gwa dapat
gulai ikan haruan
dan
gulai ikan hantu
wow! pulang modal
jalan jauh jauh
kedai makan ini
memang khusus
menyedikan masakan
ikan darat
sama macam
restoran di slim river
tapi buah buahan
di gigi jalan tak guna
tak molek
tak menarik
mungkin kerana panas terik
semua gagal
PULANG
jalan pulang amat menarik
telah hampir jam 9 malam
lampu malam tujuh likur terpasang
lalu gwa teringat
kampong gwa
tahun ini gwa tak pasang lampu
gwa tak main mercun
tahun ini
gwa sekali lagi
raya bangla
PETANG INI
gwa akan pergi
bazar ramadan
di talawi bangsar
bukan nak mengada-ngada
tapi
petang ini gwa buat program
dengan tv german
ini program tapai
untuk orang german
kah kah kah
tapi tak ada bira
kah kah kah
gwa tak tahu apa yang ada
gwa tak pernah ke sana
gwa pilih bangsar talawi
kerana paling hampir
dengan
wilayah gwa
kalau kampong baru
agak susah tempat kereta
SELAMAT
BERBUKA
------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan