Aktivis Hishamuddin Rais, Fahmi Zainol bebas, 2 lain ditahan 2 hari
Aktivis Hishamuddin Rais dan Fahmi Zainol, antara yang ditahan kerana penglibatan dalam perhimpunan #TangkapNajib di Kuala Lumpur semalam, akan dibebaskan hari ini selepas majistret menolak permohonan reman oleh pihak polis.
Dua yang lain - bekas aktivis pelajar Safwan Anang dan pelajar undang-undang Universiti Malaya Vince Tan - ditahan reman selama 2 hari, kata peguam G Sivamalar.
"Permohonan reman bagi Hishamuddin dan Fahmi ditolak... mereka akan dikeluarkan dengan serta-merta manakala Vince Tan dan Safwan akan ditahan reman selama 2 hari," kata Sivamalar kepada pemberita di luar balai polis Jinjang.
Katanya, selepas mendengar hujah peguam Eric Paulsen, Gobind Singh dan Ambiga Sreenevasan, majistret Nur Aminathul Mardiah menolak permohonan reman tersebut, mengatakan tidak ada sebab meletakkan Hishamuddin dan Fahmi di bawah tahanan reman kerana tidak ada bukti mereka hadir pada sidang akhbar Demi Malaysia yang diadakan pada 30 Julai.
"Kedua-dua mereka tidak hadir pada sidang akhbar itu," kata Sivamalar, merujuk kepada sidang akhbar yang dianjurkan sekumpulan pemuda untuk mengumumkan perhimpunan #tangkapnajib semalam.
Sivamalar turut berkata, Tan dan Safwan ditahan di Sogo semalam dan polis pada mulanya meminta tujuh hari reman ke atas mereka.
Mereka akan dibebaskan esok, katanya.
Demonstrasi #tangkapnajib semalam, bertujuan menggesa penangkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menyaksikan 29 orang berumur antara 14 hingga 69 tahun ditahan. 23 daripadanya lelaki dan selebihnya wanita.
Sehari sebelum perhimpunan tersebut, 3 aktivis – Mandeep Singh, Adam Adli dan Syukri Razab ditahan.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 124 dan 143 Kanun Keseksaan.
Seksyen 124 berkaitan dengan kesalahan yang dipercayai mengancam demokrasi berparlimen, manakala Seksyen 143 berkaitan dengan perhimpunan haram.
Tiga aktivis itu ditahan reman selama empat hingga enam hari. – 2 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktivis-hishamuddin-rais-fahmi-zainol-bebas-2-lain-ditahan-2-hari#sthash.Jqcka5ha.dpuf
I REST MY CASE
------------
3 ulasan:
Budak Bahalol bila nak KIOK nanti akan panggil Rakyat ONE BY ONE minta ampon maaf
Kepala Otak!!!!!!!!
Enjoy sakan Anak Bini auroh rakyat tanggung
Kepala Otak!!!!!!!!!
Anak Siapa Budak Bahalol nih ???????
menyaksikan 29 orang
berumur antara 14 hingga '69' tahun ditahan....
23 daripadanya lelaki dan selebihnya wanita...
69 tuu T.T ker....
kaH kaH kaH....
Pesanan untuk Pendemo: Sebelum nak #tangkapnajib, anda boleh #tangkapdirisendiri terlebih dahulu.
Inilah rupa Polis, Askar dan semua pasukan keselamatan yang ada di negara kita. Mereka diberi gaji hasil kutipan duit rakyat, bukannya nak jaga rakyat pon. Mereka sibuk dengan tugas nak menjaga kaki rembat duit rakyat. Maklumlah, jika kaki rembat duit rakyat hidup selesa, gaji mereka akan berjalan seperti biasa.
Untuk rakyat, hentikan membayar bil2 elektrik selama 2 bulan berturut2, lihat apa akan terjadi dengan TNB. Jika beramai2 tak bayar, TNB tak akan mampu nak potong karan ke rumah anda. Kene start dengan NGO2 PR dulu. Kendian ahli parti gabungan PR.
Jika 2 bulan masih OK, lanjutkan ke 3-4 bulan. Ini saya kira, boikot cara yang paling lemah imannya. Orang PAS pun belum tentu mampu buat.
Catat Ulasan