Jumaat, 11 September 2015

FORUM AMK




JEMPUTAN

Embedded image permalink



JEMPUTAN UNTUK  FORUM 'PAKATAN RAKYAT 2.0 : APAKAH RAKYAT BAKAL KECEWA 3.0'

Semoga saudara-saudari sentiasa berada dalam kesejahteraan.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengambil berat keresahan masyarakat di luar sana khususnya penyokong perjuangan reformasi yang risau mengenai halatuju gabungan pembangkang di Malaysia. Rata-ratanya mahukan parti-parti pembangkang bersatu dalam memastikan sistem dwi-parti mampu dipertahankan seterusnya megambil alih tampuk kepimpinan daripada kerajaan korup BN.

Oleh itu, bagi menyantuni keresahan ini, Angkatan Muda Keadilan akan menganjurkan satu forum khusus untuk membincangkan mengenai masa depan politik parti-parti pembangkang di Malaysia. Forum ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
  • Tajuk Forum    : Pakatan Rakyat 2.0, Apakah Rakyat Bakal Kecewa 3.0
  • Tarikh             : 14 September 2015
  • Hari                : Isnin
  • Masa              : 8.30 Malam – 10.30 Malam
  • Tempat           : Auditorium, Tingkat 1, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Oleh itu, AMK ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan forum ini. Untuk sebarang respon atau pertanyaan, pihak media boleh menghubungi Setiausaha Pengelola AMK, Sdr. Syukri Razab di talian 019-8013 149 atau emelkan kepada sup.amk@keadilanrakyat.org.

Segala perhatian dan kerjasama rakan-rakan media adalah amat kami hargai

Sekian. Terima kasih





----------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat bukan orang tak sokong
tapi penyokong kecewa cara pakatan
tak ada beza dari bee end
Kah kah kah