PELiK TAPi
BENAR
SILA TEKA
PARTI POLITIK MANA
GADAI BINI?
FACE BOOK
Tadi wartawan tel bertanyakan soalan tentang Baiah Talak Takliq yang kecoh pasal PAS amalkan.
Komen saya tadi adalah seperti berikut;
1- Islam datang menjaga maruah wanita. jadi, tidak sewajarnya wanita menjadi cagaran dalam berpolitik.
2- Dalam islam, bai'ah memang wujud. tetapi, Bai'ah yang wujud dalam Islam dalam melakukan kebaikan. nabi saw ada berkata, "orang islam bersama syarat-syaratnya, selama ia selaras dengan kebenaran". Tidak berlaku bai'ah pada perkara kejahatan. Kalau Baiah berlaku pada perkara kejahatan, sudah pasti Islam sudah menjadi agama pro kejahatan. Ini sudah pasti mustahil.
3- Dalam perbincangan fiqh, setelah membayar kifarat, melanggar sumpah tidak menjadi kesalahan. Yang salah, jika melanggar tanpa membayar kifarat. Nabi saw ada bersabda, "barangsiapa melakukan sesuatu sumpah, lalu dia berjumpa perkara yang lebih baik daripadanya, maka hendaklah dia melakukan perkara yang lebih baik itu dan hendaklah dia membayar kifarat".
4- Soal Talak secara taklik, ia berlaku khilaf dalam kalangan ulama. Secara peribadi, saya lebih cenderung kepada pandangan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Abu Abdurrahman (Ulama dalam mazhab syafie) dan Muhammad bin Hazm yang mengatakan talak taklik ini tidak wujud dan tidak jatuh, kerana ia tidak wujud dalam nas al-Quran dan al-hadis secara saheh dan sareh. Kalau dalam bab ibadat khusiyyah pun memerlukan kepada nas yang saheh dan sareh untuk menyatakan kewujudannya, sudah pasti dalam hal talak dan nikah memerlulan kepada nas yang saheh dan sareh.
Terima kasih.
-------------
1 ulasan:
PAS parti politik Bahalol
Orang orqng tak ada Otak boleh buat macam macam kemudian kata "bukan maksum" tapi entot pandai pulak
Pandai pulak cari LUBOK BACIN walhal LUBOK BELUKANG tak pernah selesai
Kepala Otak!!!!!!
Kalau bukan TOLOL bukan lah ahli PAS kan.
Catat Ulasan