Rabu, 23 September 2015

KALAU GWA JADI NAJIB







KALAU GWA JADI NAJIB

Ketika tulisan ini digarap -  Muhamad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor sedang dalam perjalanan ke New York.  Juga diberitakan suami Rosmah ini akan singgah di London dan juga ngelencong ke Itali.

Haji Desas bin Lebai Desus telah heboh bercerita kenapa  suami Rosmah akan singgah di London.  Bukan singgah untuk membeli kasut Bally di Oxford Street. Bukan. Tapi didesuskan suami Rosmah ini akan disongsong oleh sepupunya dalam usaha bersama untuk membeli senjata demi  mempertahankan Malaysia dan bani Ketuanan Melayu.

Tentang ngelencong ke Itali itu gwa tidak mahu komen. Faham  fahamlah tujuanya.

Sesudah meledaknya berita Tok Arab memberi derma sebanyak  2.6 bilion ringgit kepada suami Rosmah  kelihatan politik Malaysia terus menjadi berita dunia. Dalam hal ini gwa amat berbangga menjadi warga Malaysia. Negara tercinta ini mula dikenali dunia  sebagai negara  yang dikepalai oleh Calon FBI.

Hakikatnya berita akhbar dunia berkesah  tentang  suami Rosmah sedang terkepong. Terkepong dari dalam dan dari  luar negara. Satu gerakan rapi yang mahu suami Rosmah berudur kian tersusun dan kian lantang. Dalam suasana yang sama suami Rosmah ini semakin lincah bersilat mempertahankan diri.

Dua hari sebelum Peguam Negara menghatar surat pertuduhan kepada Muhamad Najib bin  Abdul Razak, suami Rosmah telah menendang keluar Ghani Patail si Peguam Negara. Kes pecah amanah tak sempat sampai ke mahkamah.

Belum sempat Badan Bertindak Khas Parlimen (PAC) mengeluarkan laporan 1MDB - ahli-ahlinya telah dilungkupkan dengan jawatan menteri. Satu lagi kes tutup.

Pegawai polis Cawagan Khas yang disangsikan kesetiaan telah diberi hadiah  Pingat Jokowi kemudian diterajang keluar.  Pengarah SPRM yang jujur dan berani dipaksa potong buah pinggang untuk dicutikan ke Amerika. SPRM menjadi senyap sepi. Pada ketika ini lembaga SPRM hanya sanggup melakukan sembahyang hajat.

Empat orang saksi dari SRC International Sdn Bhd dihilangkan. Dua orang dikhendaki oleh Bank Negara. Entah ke mana malaon-malon ini lesap. Empat ekor ini  terlibat dalam kes 42 juta ringgit duit dari syarikat SRC International yang masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah. 

SRC International ini adalah  anak syarikat 1MDB - syarikat kerajaan. Jelas ada kes pecah amanah tapi saksi hilang. Kes tutup.

Tup tup Kevin Morais terjun masuk ke  dalam peti simin. Yang ini  gwa tak mahu cerita kerana simin telah lama beku. Sebelum Kevin masuk ke dalam tong simin  ada lagi berita yang lebih mengejutkan. 

Bekas Naib Ketua United Malays National Organisation Bahagian Batu Kawan telah berjaya membuat laporan polis tentang   'pengubahan wang haram/money laundring’. Laporan polis ini dibuat Switzerland, di London dan di Hong Kong.  

Yang dituduh membuat jenayah ‘money laundring ini’  ialah suami Rosmah. 

Tindakan Datuk Seri Khairuddin  Abu Hassan menggemparkan. Bukti kejayaan terpampang. Akaun 1MDB telah dibekukan di Switzerland. Dua minggu lalu Peguam Negara Switzerland  telah datang ke Kuala Lumpur untuk memulakan siasatan. 

Kejayaan serangan dari dalam parti Ketuanan Melayu ini pasti diketahui oleh para Bomoh dan penasehat suami Rosmah. Justeru si Khairuddin  telah ditangkap untuk ditahan betul-betul ketika  dia  hendak terbang ke New York. 

Kini  orang ramai diberitahu rupa-rupanya  si Khairuddin ini telah membuat temu janji dengan  Federal Bureau of Investigation (FBI) - badan penyiasat Amerika. Juga Haji Desas bin Lebai Desus telah melaporkan bahawa Mamat ini akan juga ditemu bual oleh   The New York Times dan media Amerika. Hebat Mamat ini.

Sekali lihat - seimbas pandang kelihatan semua musuh-musuh suami Rosmah telah tewas. Panglima Bugis masih lagi dalam kapal. 

Maka disini gwa masuk mencelah  untuk memberitahu pembaca dan rakyat Malaysia apa akan terjadi seterusnya. Kalau gwa Najib dan mahu terus selamat maka dibawah ini adalah tindakan yang akan gwa lakukan. Gwa yakin gwa selamat.


PERTAMA: Tian Chua, Rafizi, Nik Nazmi, Chan Li Kang, Nurul Izah, Dr Hatta, Mat Sabu, Rayers,  Tony Pua dan mereka  yang sebangsa juga yang berpotensi menjadi calon menentang United Malays National Organisationi akan dihadapkan ke mahkamah. Mereka akan berhadapan dengan pelbagai tuduhan. 

Malah nama-nama  yang gwa senaraikan  diatas telah pun masuk mahkamah. Kes mereka sedang dan akan didengar dimahkamah. Rafizi dan Tian Chua akan menjadi calon contoh untuk dibatalkan kelayakan bertanding. Ini akan menakutkan yang lain.

Sebelum PRU14 diumumkan gwa akan pastikan mereka semua ini akan didapati bersalah.
Minta maaaf - ini bukan  gwa yang jatuhkan  hukuman. Ini keputusan mahkmah. Lagi pun yang dituduh masih boleh merayu. Ketika dalam rayuan mereka akan dinafikan hak untuk bertanding. Ini rancangan awal gwa untuk mengenepikan musuh politik. Bijak. Lincin tuntas dan bersih sekali. Semua  berlandaskan undang-undang. Obama pasti tersenyum kerana gwa bijak.

KEDUA: Gwa akan berunding dengan  Tuan Guru Haji Hadi tentang  Akta 335. Akta ini telah dihebohkan sebagai Hukum Hudud. Ini untuk  menakut-nakutkan  China DAP. Setakat ini ajen-ajen gwa dalam DAP telah memainkan peranan mengoreng Akta 335 ini sehinggakan Pakatan Rakyat pecah.

Gwa akan beritahu Hadi Awanag bahawa parti gwa akan bersedia menyokong penglulusan Akta 355 ini dalam Parlimen.  Tapi Hadi wajib menjanjikan tidak menyokong apa sahaja bentuk undi tak percaya terhadap gwa.

Gwa minta PAS menyokong gwa meluluskan penambahan kerusi Parlimen demi Bani Melayu. Sebagai buktinya kesucian niat walau pun gwa hendak terbang ke London tapi gwa masih ada masih melawat  Mursidul Am  Tuan Haji Harun Din di IJN.

KETIGA: Gwa akan hasut dan yakinkan Hadi  dan menantunya Din Ayam untuk jangan bekerja sama dengan China DAP, PKR dan Amanah.

KE EMPAT: Gwa akan minta parti PAS untuk bertanding disemua kerusi Parlimen dan DUN diseluruh  negara. Kepada Din Ayam dan Nik Abduh gwa akan katakan -  jangan risau tentang fulus. Fulus melambak-lambak lebih banyak dari kerja baca doa di Perangsang.  Gwa ada Tok Arab  dengan dolar halal. 

KE LIMA: Saperti biasa gwa akan arahkan SPR untuk melakukan kerja-kerja biasa. Tapi dalam PRU 14 ini SPR wajib lebih teliti. Dari sekarang SPR wajib mula mengalih-alihkan nama-nama pengundi muda Cina yang kelihatan menyokong Bersih.  Pengundi-pengundi Melayu yang menyokong PKR atau Amanah akan dipindah-pindahkan atau nama mereka gwa padamkan dari daftar pengundi.

Gwa tahu kerja melupus dan mengalih nama ini sedang berjalan di Lembah Pantai dan di Klang. 
Kerja alih mengalih dan padam memadam ini amatlah senang untuk dilakukan kerana bukan lagi menggunakan tenaga manusia. Nama boleh diatur dan data dikumpul melalui program internet.

KE ENAM: Sebelum PRU13 PKR, DAP dan PAS telah amat aktif mendaftarkan ahli mereka untuk menjadi pengundi. Ini terbukti PRU13 membawa kemenangan untuk mereka. Sekarang gwa telah arahkan SPR membatalkan pekara ini. Hanya SPR dan Pejabat Pos  sahaja yang boleh mendaftarkan  bakal pengundi. Gwa tutup lubang nafas  Pakatan Rakyat. Bijak

KE TUJUH: Gwa akan beri satu arahan pendek kepada SPR. Gwa mahu menang besar. 

Tujuh pekara ini sudah cukup untuk memastikan  suami Rosmah akan menang dalam PRU14. Suami Rosmah akan menang besar. Ada sesiapa nak bertaruh?

Tujuh pekara diatas pasti telah lama difikirkan oleh Muhamad Najib bin Abdul Razak. Suami Rosmah ini pasti telah diberitahu oleh para Bomoh dan penasehat bahawa seteru besarnya Mahathir bin Muhamad sedang merancang siang dan malam.

Mahathir sedang menggunakan semua tenaga , semua jaringan untuk memastikan suami  Rosmah anak tergelincir dari kuasa.

Haji Desas bin Lebai Desus telah mula membuka cerita bahawa Mahathir kini telah sanggup bekerja sama dengan sesiapa sahaja untuk memastikan suami Rosmah lungkup.

Dalam masa yang sama  suami Rosmah  masih mahu bertahan. Suami Rosmah mahu bertahan sahingga berjaya mengendalikan   PRU14.  Justeru,  pilihanraya kali ke 14 ini  akan menjadi satu PRU  yang paling kotor. 

Orang ramai tahu dan heboh sambil berbincang tentang duit  1MDB berjumlah 42 bilion ringgit. Orang ramai juga tahu sebanyak  2.6 bilion ringgit telah masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah. Apa yang orang ramai  gagal mengira ialah  tolak 2.6 bilion dari 42 bilion ada berapa? Dimana agaknya baki duit ini?

Justeru dengan duit berbilion ringgit  ini gwa amat yakin suami Rosmah akan berjaya membeli SPR, SPRM, Polis, Hakim, Mahkamah termasuk  Parti PAS, Nik Abduh, Tantawi dan Din Ayam. 

Hakikatnya  hari ini suami  Rosmah  telah membeli negara  ini. Ini bukan kata-kata dari Hishamuddin Rais. Ini kata-kata dari  ucapan Tun Dr Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas Presiden parti United Malays National Organisation.

Najib Razak mahu terus bertahan sahingga PRU14 dapat dijalankan. Keputusan PRU14 ini telah ada dalam tangan Najib Razak. Keputusan PRU14 akan memastikan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya mendapat kembali majoriti  dua par tiga. Ini bukan mustahil. Ini akan berlaku.

Kenapa suami Rosmah gila-gila hendak bertahan sahingga ke PRU14? Kerana suami Rosmah ingin membuktikan kepada Tun Dr Mahathir Muhamad bahawa   Muhamad Najib bin Abdul Razak  mendapat sokongan rakyat.

Muhamad Najib bin Abdul Razak  ingin berkata kepada Mahathir Muhamad ‘ fuck you Mahathir...!”

Maka jika gwa jadi Mahathir Muhamad gwa  pasti mahu lupuskan suami Rosmah ini sebelum akhir tahun. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
 


--------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau gwa jadi Najib, gwa terbang ke bulang sama harung deng dang hj haji. Kalau gwa jadi Mahathir, gua buat pulut kuning banyak2. Kalau gwa jadi hishamudin rais, gwa saman Najib kerana menjatuhkan maruah negara dang negara porak poranda. Ada anda berani?

MockingYou berkata...

Thank God! lu bukan Najib atau dalam situasi only a Jin named Al-Jilbhabee could cornered himself into.

Tanpa Nama berkata...

Bagus Perancangan LICIK ini

Anak RAZAK ini bijak pemikir Otak Tahap PUTIN

Macam ini bijak boleh duduk Rumah Putih

Pau Pau Pau

Mat Kampau!!!!!!!!!!!!


Anak Razak si Mat Bahalol iniboleh bukti lahir di Alaska ada peluang jadi Presiden Amerika pon


Tapi apa kan daya , sebodoh bodoh Mat Bahalol lagi bodoh lah orang orang Melayu

Dan Mat Bahalol bukan Melayu.

HIDUP MAT BAHALOL!!!!!!!!!!!!!

panglimo potaseh berkata...

Kalau tt jadi Najib .. sapa nak jadi Badak nye.

Nazrio berkata...

Korang percaya Sgt dengan lidah keLing..
Mudah sangat Lupa korang...
Betapa nampk uLar katok
KepaLa keLing...
Ohhhh...

Tanpa Nama berkata...

Niat Busuk rancangan/program (Scheme) tipu-menipu di Alam Melayu Islam.
Macam la "Hari Pembalasan" tak ujud.
Macam la "Maha Melihat" akan terlepas pandang...
Atau "tipu sunat" ini boleh aje ditebus "cuci" dengan derma 10 ekor lembu korban.
Mudahnya Jual Agama... Murahnya beli syurga.
Semua bersih putih semula.... kosong - kosong.
Tapi kesian mereka terlalu ego untuk sedar akan keujudtan sifat Allah sebagai Maha Perancang yang Maha Licik

[6:123] We allow the leading criminals of every community to plot and scheme. But they only plot and scheme against their own souls, without perceiving.

[3:54] They plotted and schemed, but so did Allah, and Allah is the best schemer.

[86:15] They plot and scheme.
[86:16] But so do I.
[86:17] Just respite the disbelievers a short respite.

Kepada pengampu, pengsengkonkol, pak sanggup... nyawa dah nak hujung-hujung ni pun masih nak sengkonkol juga...
Kesiannya kamu...
Atau sengaja Allah benarkan kesudahan begini (scheming),
Dulu kita tak kenal siapa pengampu, pengsengkonkol, pak sanggup dalam Jabatan Kerajaan,
Apa matlamat PAS sebenarnya,
Kini semuanya kenal dan jelas...
Rupanya ada "Udang di sebalik batu" akan "scheming" Allah.
Sesungguhnya "Allah is the best schemer" dan "to Allah belongs the ultimate scheming".

Sama seperti Firaun menjadi Imam untuk membawa askar-askarnya semua terjun laut. 28:38 - 28:42 Sura 28 Al-Qasas (History)
Kali ini Suami Rosmah pula sebagai Iman kepada pengampu, pengsengkonkol, pak sanggup ini.
Pilihan memang di tangan mereka...
Tepuk dada tanya selera...
Kejar-kejar terjun laut semua.

[13:41] Do they not see that every day on earth, brings them closer to the end, and that Allah decides their life span, irrevocably? He is the most efficient Reckoner.
[13:42] Others before them have schemed, but to Allah belongs the ultimate scheming. He knows what everyone is doing. The disbelievers will find out who the ultimate winners are.

[35:10] Anyone seeking dignity should know that to Allah belongs all dignity. To Him ascends the good words, and He exalts the righteous works. As for those who scheme evil works, they incur severe retribution; the scheming of such people is destined to fail.

[43:79] Have they schemed some scheme? We too are scheming.
[43:80] Do they think that we do not hear their secrets and conspiracies? Yes indeed; our messengers are with them, recording.

[16:45] Did those who scheme evil schemes guarantee that Allah will not cause the earth to swallow them, or that the retribution will not come to them when they least expect it?

[14:46] They schemed their schemes, and Allah is fully aware of their schemes. Indeed, their schemes were sufficient to erase mountains.


Selamat Membaca dan Memahami Quran
http://masjidtucson.org/quran/frames/

DIDI KOTA BELUD berkata...

Kalau gwa jadi najib..gwa akan sepak terajang rosmah tu depan talibisin dan terus gwa cerain sambil...gwa nyanyi...ooh orang bujang..terlepas...orang bujang tak boleh malas malas...oooh orang bujang..terlepas...siapa nak janda ku boleh kebasssss...AMOREEEE...yabedabeduuuuu....

Tanpa Nama berkata...

abg tt... surah abg paling tepat...kerja menipu sudah sekian lama berlaku...secara licik...secara tersembunyi...semua kena beli...semua kena jual...semua masuk...semua kowtim... saje nak.tanya gst apa citer ? satu hari.berapa.kutip ? buat apa.duit kutip tu... masih beli beg birkin.kah kah kah... atau.bagi.melayu miskin... saban hari melayu susah tak ada duit minta derma... kah kah kah tak caya tengok metro...utusan hairan kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

caya bro..ini ramalan songsang dan tepat.ini kenyataan yg mgacau mimpi2 berahi mp2 PKR.sume mp wajib disekolahkan oleh bro tt. mp dan wakil2 pakatan wajib mbaca buku TPTJ.ini fakta bukan fuckwa jauh lg la auta.kenyataan bro tt "pru14 adalah pru paling kotor" adalah tajuk yg tepat. bro tt dah lama ckp.namun agen2 umno dlm pkr cuba mbuat perkara ni dlupakan.pru14 najib sbg pm, tppa akan disain. pengampu2 dan munteri2 bodo mbela najib pasti dpt habuan. dato jamal n mca n agen2 sdg lakonan semula operasi lalang..sume ni bagi memastikan punca ekonomi dikuasai umno..pas yg dilihat alim n berkeseorgan tanpa mat sabu, pasti akan tersenyum riang sb menang dibeberapa kawasan. pas wajib memastikan ekonomi menantu dan lebai2 dari timur tengah menang.kmudian mrk akan kata, kemenangan dari allah akibat dari sikap/sifat2 suci bersih mereka mdaulatkan hudud..janji2 najib kpd hadi/jonkoliji inilah dikatakan sbg perpaduan..perpaduan mrk bedua dlm mguasai ekonomi..