SINDROM
POLIS PENCEN
KOMENTAR
zakaria jaafar bekas
timbalan pesuruhjaya SPRM
mengeluarkan kata kata
yang terang jelas keras
agak berani seolah-olah
najib akan ditangkap esok
tapi bila diselidiki
depan nama zakaria
ada perkataan B-E-K-A-S
zakaria dah pencen
maka disini timbul
budaya POLIS PENCEN
APA BUDAYA POLIS PENCEN
polis pencen akan bising
dia tahu siapa jual dadah
dia tahu siapa bawa
pelacur masuk dari china
dia tahu siapa dibelakang
towkay mesin judi
dia tahu tan seri mana
kepala gengster
siapa makan duit lendir
pegawai mana rasuah
dan dan dan...
semua kes dia tahu
tapi mamat ini dah pencen
SOALAN HAKIKI
ketika dia bekerja
ketika dia bertugas
ketika dia ada kuasa
kenapa TIDAK bersuara
kenapa senyap membisu
inilah namanya sindrom
polis pencen
diharapkan bekas
pegawai tinggi SPRM ini
tidak dilanda oleh
sindrom polis pencen
kerana kenyatan keras
saperti ini menaikkan
semangat orang ramai
untuk melihat najib
ditahan dan didakwa
menaikan harapan bahawa
negara ini dapat kita
bersama selamat kan
hendak hendaknya
suara zakarian bukan
suara polis pencen
SPRM dedahkan siasat
individu paling
berkuasa di Malaysia
Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zakaria Jaffar mendedahkan agensi itu kini sedang melakukan siasatan terhadap individu paling berkuasa dalam negara.
Zakaria yang secara rasminya bersara hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.
SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Najib Razak.
Manakala skandal derma RM2.6 bilion didedahkan dalam laporan The Wall Street Journal (WSJ) di mana ianya disalurkan dalam akaun peribadi Najib.
"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah.
"Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini.
"Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai 'serangan' yang diterima SPRM, menyaksikan 7 pegawainya disiasat dan arahan pertukaran ke Jabatan Pedana Menteri yang diberikan kepada 2 pengarah kanannya pada Ogos lalu.
"Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali," katanya.
Justeru, beliau menyeru pegawai yang terlibat menyiasat kes SRC International dan RM2.6 bilion untuk menjalankan tugas tanpa gentar.
"Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar.
"Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan," katanya. – 12 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-timbalan-ketua-dedahkan-sprm-siasat-individu-paling-berkuasa-di-malay#sthash.MXYCug2u.dpuf
----------------
8 ulasan:
tin kosong jer...tuan tt
Nak harap apa lagi. SPRM ni sapa?.. kalau orang melayu dan pembangkang, depa la lebih laju pi tangkap, dakwa dan jatuh hukum. Lebih laju drpd malaikat naik buraq. Silap2, saksi pun boleh mati. Siap gebang pong pang pong pang, undang2 tak kenal siapa.. kaplavutolla..
Berhentilah mempercayai jabatan2 kerajaan. Kesemuanya mereka dibina untuk menjaga kepentingan ahli2 politik parti pemerintah, raja2 kaum bangsawan dan menteri2 UMNO supaya terus mengebas duit orang ramai sewenang mungkin. Siap konon2 buat GLC dan GLIC lagi.. untuk apa? Bagaimana duit orang ramai dikutip dgn pelbagai alasan cukai, simpanan, masa depan negara dan agama Islam. Mmg jelas untuk merembat duit orang ramai.. perhatikan kesemua GLC dibina dibawah kementerian2 yg dikontrol menteri2 dan anak beranak bangsawan UMNO..yg audit pun diri sendiri juga barua2 melayu haprak yg dilantiknya sendiri..
Sekolah2 dan prasarana dibina hasil kutipan duit cukai dari rakyat. Bukan sedikit duit cukai dan lain2 perolehan dlm negara saban tahun.. Cecah trillion ringgit.. terutama untung Petronas saja.. Kemudian digubah menjadi swasta apabila sesuatu usaha itu menguntungkan. Lihat saja TNB, Telekom, PETRONAS, KWSP, SYARIKAT2 AIR NEGERI serta berpuluh2 syarikat milik rakyat diswastakan. Untung kena balun, rugi rakyat tanggung. Malah duit zakat pun dirembat juga. Dubuk2 UMNO mana kenal agama.. Syok tak kalo kita dapat berniaga tanpa modal cenggini? Barua2 melayu boleh dibeli bila2. Cukong2 Cina pun bersedia bersekongkol. Nyawa mereka boleh dikorbankan bila dah x laku. Ada juga yg masih perasan hensem selamat mcm Syed Mokhtar serta Ananda Krisnan. Melawan kalu, mati katak la jawabnya.
Dah 50 tahun melayu kena tipu. Tak sedar2 lagi? Hantukkan saja kepala di dinding beratus kali pun..tak cukup.. masih tak jalan jugak? ..takkan la slps bunuh diri baru nak sedar?..
Diateta memberi subangan semangat kepada rakan seperjuangan.
Orag ini boleh berada dalam NGOu utuk terus aktf dan memberi maklumat dan sumbangan.
Dia boleh membuat pilihan untuk diam dan tidak campurtangan di usia persaraan tetapi masih mahu bercakap atas nama kebenaran tanpa gentar risiko.
Tidak ramai org sebegini.
Nak mampuih kau jika dia bersuara semasa dalam jawatan tengok saja dua oghang kuat dia kena tendang keluaq baru nak siasat najib dah kena tehan reman oleh polis najib yang jilat pungkoq la nie dia dah pencen beranilah dia cakap macamlah juga musa hassan lepaih dia pencen dia cakpa macamlah dia tu tak tau yang genster dalam negara menguasai semau kegiatan maksiat negara inilah hakikat dalam penguatkuasa negara, yang berkuasa boleh buat apa saja,kita tunggu ketua pilis negara sekrang bila dia pencen apa pula dia nakj cakap.
Zakaria buat kenyataan satu(1) sebelum nak pencen. Kenyataan tu dibuat bg pihak semua warga SPRM. Zakaraia kata:
1. SPRM siasat najib.
2. AG Apandi tak guna dan baruah Najib. Kalau SPRM hantar kertas pendakwaan dgn sokongan dakwa Najib, Apandi jagan cakap tak de kes.
OK lah tu..macam Hamid Bador juga.
Kena bagi Darjah Kehormat LOL jugak macam tu.....
Mentedarah cukai rakyat tapi tak buat kerja
Bijak betul si LOL nih......
Melayu Islam pulak tu.
Ambo pening doh !!!!!!!!!
Dalam bahasa daerah di kota belud...BEKAS atau BAKAS memberi maksud BABI HUTAN dalam dua bahasa..dusun dan bajau...jadi bolehlah disimpul kan ..kesemua bekas bekas ni perlulah disamak dan ditampar ramai ramai......kakkakakaka...BAKAS BANA tauuuu.....kimbet.
Tak tau kenapa kerap aku jumpa kawan2 polis ini tidak bahagia hidupnya selepas pencen. Namun ada juga aku jumpa yang betul2 warak dan dihormati masyarakat. Golongan ini sangat sedikit.
Tak usahlah kita salahkan mereka. Kita kena paham betapa payahnya mereka hendak menyesuaikan diri semasa bertugas dulu. Semua kerja hari2 macam sandiwara sahaja. Kalau nak kekal berkawan dan duduk gelak2, terpaksalah pejam mata. Kalau tidak, macam2 boleh jadi. Kita ni hanya penjawat awam. Bila2 boleh jadi susah kalau tidak pandai menari.
Betullah kata Allah. Hidup ini sandiwara dan pura2 saja. Kalau Dia sayang kita, selamatlah kita walau kerja di kandang buaya. Kalau tidak, hanyutlah kita. Tambah2 pulak ada spetol dan sikit kuasa.
Maka janganlah salahkan polis pencen ni. Dia tidak bersalah. Rakyat yang bersalah kerana memilih sistem pentadbiran macam ini selama berpuluh2 tahun. Ingatkah. Polis2 ini adalah manusia paling hebat di dunia lagi paling dikasihi Allah Taala kerana mereka melawan segala macam kedurjanaan dan akhirnya pencen sebagai insan murni. Padahal selama puluhan tahun mereka diuji dengan macam2 ujian yang tidak mungkin dialami oleh kaki tangan kementerian2 yang lain.
Terima kasih dan tahniah abang polis. Kami tidak sama sekali akan berpisah dan bencikan abang. Kerana abang sendiri pernah mengusung kalimat suci 'polis dan rakyat berpisah tiada'
Catat Ulasan