Khamis, 5 November 2015

BANI MELAYU DAN MARUAH MELAYU









BANI MELAYU 
DAN 
MARUAH MELAYU

Kebelakangan ini kita selalu mendegar  perkataan: MARUAH. Kata nama ini ditambah pula  dengan perkataan Melayu untuk menjadi Maruah Melayu.
Apa sabenarnya maruah? Apa sebenarnya Maruah Melayu?

Maruah dari pemahaman kita merangkumi  kehormatan kita. Harga diri kita. Nama baik kita. Dan budi akhlak kita. Pemahaman kita tentang maruah saya rasa cukup jelas dan tuntas.

Tetapi siapakah Bani Melayu ini? Pentakrifan Bani melayu ini untuk saya sering menimbulkan permasalahan besar. Hakikatnya ada pelbagai bentuk Melayu. Ada pelbagai jenis Melayu. Untuk memasukan semua Bani Melayu dalam satu bakul pasti mustahil. Tidak masuk akal semua Melayu itu sama.

Malah salah satu sebab yang menjadikan Malaysia menuju ke longkang negara gagal ialah sikap dan nilai mereka yang mengaku sebagai Bani Melayu - nilai, sikap dan maruah yang berbeza-beza.

Untuk saya di Tanah Melayu ini ada Melayu Asal, ada Melayu Celup, ada Nak Jadi Melayu, ada Melayu DEB, ada Melayu Nak Jadi Arab, ada China Mengaku Melayu, ada India  Mengaku Melayu, ada Melayu Hitam Legam. Hakikatnya tidak ada kesepakatan siapakah Melayu ini. 

Saya  Bani Melayu dari darah Orang Asli Biduanda - suku Jakun. Mengikut surah arwah nenek saya - bezanya kami dengan Orang Asli hanya kami menerima Muhamad sebagai Tok Penghulu. Perkataan penting  dari surah arwah nenek saya  ialah  Tok Penghulu. Itu sahaja. Khalas. Period.

Dari segi pemerhatian imperikal hari ini  ada pelbagai jenis Malaon cuba mengaku Melayu. Ini berlaku  kerana Bani  Melayu  di Malaysia ini di katakan ada ‘hak istemewa’. Ada benda ‘spesial’ jika jadi Melayu. 

Hak istemewa ini pastilah yang bersangkutan dengan projek, kontrek, kerja, jawatan , pangkat atau biasiswa. Semua ini bersangkutan dengan ekonomi. Ekonomi ialah tentang harta dan pendapatan. Tentang kaya dan miskin. Tentang punca-punca ekonomi. 

Dalam istilah  Kiri - manusia  ini tergolong berkelas-kelas. Justeru ada Melayu kaya berharta -  ada Melayu setinggan  di Kampong Chu Badak. Jika ada pelbagai bentuk Melayu apakah semua Bani Melayu sama? Apakah maruah mereka sama? 

Bani Melayu juga manusia - sama saperti Bani India , Bani China, Bani Iban atau Bani Dayak.  Wajib diakui bahawa setiap bani memiliki budaya dan nilai masing-masing. Nilai ini lahir dari keadaan dan budaya satempat.

Dalam masa yang sama semua bani dalam dunia ini  - tidak kira dimana mereka berada - dari benua mana mereka tinggal - dalam iklim apa mereka membesar - mereka akan memiliki  nilai-nilai yang sejagat yang dikongsi oleh anak semua bangsa dari negara semua benua.

Sebagai insan manusia - kita memiliki  nilai hormat menghormati  satu sama lain. Kita  kita berterima kaseh kepada yang membantu. Kita bertegur sapa berbudi bahasa untuk mengenal hati dan budi. Kita memperlihatkan nilai baik kepada sesama manusia. Dengan nilai baik yang kita hamburkan ianya akan membawa pulangan baik. Kita sebagai penghuni alam ini akan menjauhkan diri dari bencana yang menyusahkan wujudiah kita. Ini sikap azali manusia.

Kata-kata, ucapan  dan berita tentang maruah Bani Melayu ini menjadi heboh  sesudah Bersih4. Gabungan Ngo Bersih 4 berjaya membawa lima ratus ribu anak semua bangsa  turun  berdemo  di jalan raya menuntut Perdana Menteri Muhamad   Najib Bin Abdul Razak meletakkan jawatan.

Gabungan Bersih bukan dimiliki oleh Bani Melayu atau Bani China. Bersih adalah milik anak semua bangsa. Bersih adalah gabungan NGO dari semua bani.
Kejayaan Bersih membawa keluar lima ratus ribu warga Malaysia ini telah ditakrifkan sebagai mencabar pemimpin Melayu, sebagai mengguris  hati Melayu, sebagai menghina maruah Melayu.  Heboh-heboh ini  kita dengar sesudah kejayaan protest jalan raya Bersih4. Heboh ini berpanjangan hingga ke saat ini.

Satu tunjuk perasaan telah disusun sebagai jawapan kepada Bersih4. Mereka berpayung dibawah lambang Baju Merah. Tidak berapa jelas tujuan tunjuk perasaan Baju Merah ini. Nama kumpulan juga tidak jelas.  Garis dan tujuan tunjuk perasaan juga sampa larau bersimpang siur. 

Ada Baju Merah  anti-Bersih, ada anti-Ambiga. Ada garis  anti-China. Ada garis anti-Pakatan Rakyat. Ada garis sokong Mat Najib. Disaat akhir  muncul garis mahukan  tapak niaga di Jalan Petaling di faraidkan sebahagiannya  kepada penunjuk perasaan Baju Merah. Ini bukan lawak. Ini fakta sejarah.

Apabila tujuan  demo Baju Merah menjadi simpang siur maka dikatakan tujuan tunjuk perasaan Baju Merah untuk mempertahankan maruah Bani Melayu. Maka kita kembali kepada persoalan awal apakah sebenarnya maruah Bani Melayu ini.

Saya sebagai Orang Asli Biduanda melihat  satu kelompok Bani Melayu di Tanah Melayu  sebagai satu kumpulan yang amat bebal. Kelompok ini berpayung dibawah parti yang dipanggil United Malaya National Organisation. Parti politik ini dikatakan berjuang untuk mempertahankan Ketuanan Bani Melayu.

Lalu timbul persoalan awal wahid. Jika parti ini hendak mempertahankan Ketuanan Bani Melayu kenapa nama parti ini United Malaya National Organisation? Kenapa tidak menggunakan nama dalam bahasa Bani Melayu.  Justeru  satu Malaysia bertanya  - dimana  maruah ahli parti ini? Tidakkah ahli parti ini memiliki maruah kerana nama parti mereka dalam bahasa penjajah. 

Justeru  mereka yang berpayung dibawah United Malays National Organisation dan mengaku  mempertahankan maruah Bani Melayu adalah hujah taik kucing. Terbukti dalam kelompok parti Ketuanan Bani Melayu ini ada kebebalan dalam memahami  apa itu nilai maruah bangsa.

Media mengheboh-hebohkan Bersih4 telah mencabar maruah pemimpin Melayu. Bila mendengar hujah ini kita mungkin  ketawa terbahak-bahak. Malah ramai juga yang



bersedih pilu apabila mendengar  hujah ini. Ini kerana  bukan sahaja hujah ini bebal malah ianya  membuktikan bahawa kebodohan yang amat sangat sedang melanda kelompok Bani Melayu jenis ini. Ramai yang sedang bersedih sedih dan hiba melihat kebebalan mereka.

Siapakah yang dimaksudkan pemimpin Bani Melayu yang bermaruah itu? Jawabnya pastilah Najib Razak kerana demo Bersih4 menuntut Najib meletak jawatan. 
Letak jawatan ini dituntut kerana terbukti dengan sah bahawa Najib Razak telah  menerima duit sebanyak 2.6 bilion ringgit. Duit sebanyak ini telah masuk ke dalam akaun  Najib Razak. Duit ini mengikut kata Najib telah digunakan untuk membeli undi dalam PRU13. 

Duit 2.6 bilion ringgit ini masuk  ke akaun number 211-202-201-1880 dan 211-202-201-1906 yang dimiliki oleh Muhamad Najib bin Abdul Razak di Ambank. Ini akaun pribadi. Ini  fakta bukan fitnah.

Muhamad Najib pada awalnya cuba menafikan berita yang dilaporkan oleh akhbar Wall Street Journal yang berpusat di New York. Muhamad Najib cuba  mengertak akan menyaman akhbar ini. Sampai ke hari ini  tidak terdengar kabar berita.

Lalu persoalan timbul - mana dia maruah pemimpin Melayu ini? Kenapa  cakap hendak menyaman tetapi menikus hingga ke hari ini. Dimana pejuang Maruah Bani Melayu - kenapa tidak bangun menyerang akhbar Amerika ini? Apakah laporan yang membocorkan berita Najib Razak ini tidak mengguris maruah Melayu?

Najib Razak bersilat lidah apabila berhadapan dengan kes 2.6 bilion ringgit. Tetiba warga  Malaysia akhirnya  diberitahu bahawa duit 2.6 bilion ini adalah duit derma   Tok Arab.  

Duit 2.6 bilion ringgit derma dari Tok Arab? Saya ulangi - ini duit derma dari Tok Arab. Kalau warga Pakistan mendengar ucapan Najib ini mereka kan berkata ‘ kami bukan chutia..’  Warga Malaysia yang mendengar jawapan Najib ini akan berkata ‘ #$%**%$#’.

Sebenarnya TIDAK ada sesiapa yang percaya  duit ini duit derma dari Tok Arab. Zahid Hamidi tidak percaya. Nazri Aziz tidak percaya. Sharizat Jalil tidak percaya. Khairy  Jamaluddin tidak percaya. Malah Najib Razak sendiri pun tidak percaya apa yang dia sendiri cakap.

Lalu persoalan maruah timbul. Dimana hilangnya  maruah pemimpin parti Ketuanan Bani Melayu ini? Kenapa mereka tidak ada kekuatan  untuk bercakap benar? Dimana hilangnya nilai dan harga diri mereka? Kalau mereka ini Ali Tinju atau Jamal Ikan Bakar  boleh kita maafkan kerana keupayaan fikrah mereka agak terbantut.

Persoalan harga diri, nilai diri, hormat diri adalah persoalan besar.  Ini persoalan wujudiah kita sebagai manusia.  Pada ketika ini nilai dan harga diri kita sedang diasak. Nilai dan harga diri boleh berubah - boleh berganjak.

Ada bani yang memiliki maruah dan nilai diri yang kukuh dan padu.  Dalam masa yang sama ada sosok yang maruah dan nilai diri boleh ditimbang kati untuk dijual.

Ada Bani Melayau yang maruahnya  boleh dijual dengan harga sekampit beras dan sepasang baju Melayu. Ada maruah Bani Melayu yang boleh dibeli dengan sebungkus nasi bersama seratus ringgit. Ada Bani Melayu yang maruah boleh dibeli dengan harga 2.6 bilion ringgit atau 700 dolar Amerika. 

Tapi masih wujudkah  Bani Melayu yang memiliki nilai dan harga diri yang tidak boleh dijual beli? (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan
03-92-21-30-45
 


------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Telah aku cincang lumat ayat2 tuan tt di atas supaya jadi pendek dan kecik. Supaya melayu cepat paham.

Melayu tulin tak khianat kepada tanah melayu. Mereka cuma terlalu baik. Melayu jadian inilah yang jahat. Di jawa atau makasar, kalau kau sebut mereka pun melayu, pasti kau kena terajang.

Ilmu politik melayu sangat low class. Akhirnya jadi pak turut penjajah. Sudah terjerat payah nak terlepas. Sudah kena tipu tak reti nak balik ke pangkal jalan.

Melayu diprogramkan jadi miskin. Nanti maruahnya boleh ditimbang kati dan dijual dengan harga sehelai kain batik.

Tak tahu nak kata apa dah..

panglimo potaseh berkata...

Maruah Bani Melayu terletak di takuk kontol mereka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

MARUAH bagai Nasi Lemak boleh di jual beli

Bahalol kan

Tapi tak kaya kaya jugak orang orang kampong Melayu tu....

Bodoh kan

Jangan lupa BILYON BILYON ok...

Tanpa Nama berkata...

bani melayu ada maruah ?
kah kah kah
terkentut kentut ketawa kah kah kah
sapa kata bani melayu ada maruah
kalau ada maruah tak sokong melayu rasuah
tak sokong melayu salah guna kuasa
tak sokong kak ros naik jet
tak sokong cium tangan jilat tangan kaki
kah kah kah
cermin lah diri kalau melayu ada maruah
sejak merdeka melayu perintah
sapa yang maju di negara ini
melayu ada menara berapa ?
berapa sekolah universiti melayu bina sendiri ?
kah kah kah
jangan.malukan ayat maruah tu
bangla lagi.bermaruah
berpeluh tengah panas dan tidak merembat hasil usaha orang lain
tidak.menjadi.free loader
kah kah kah
lawak oh lawak