BANI MELAYU
DAN
MARUAH MELAYU
Kebelakangan ini kita selalu mendegar perkataan: MARUAH. Kata nama ini ditambah pula dengan perkataan Melayu untuk menjadi Maruah Melayu.
Apa sabenarnya maruah? Apa sebenarnya Maruah Melayu?
Maruah dari pemahaman kita merangkumi kehormatan kita. Harga diri kita. Nama baik kita. Dan budi akhlak kita. Pemahaman kita tentang maruah saya rasa cukup jelas dan tuntas.
Tetapi siapakah Bani Melayu ini? Pentakrifan Bani melayu ini untuk saya sering menimbulkan permasalahan besar. Hakikatnya ada pelbagai bentuk Melayu. Ada pelbagai jenis Melayu. Untuk memasukan semua Bani Melayu dalam satu bakul pasti mustahil. Tidak masuk akal semua Melayu itu sama.
Malah salah satu sebab yang menjadikan Malaysia menuju ke longkang negara gagal ialah sikap dan nilai mereka yang mengaku sebagai Bani Melayu - nilai, sikap dan maruah yang berbeza-beza.
Untuk saya di Tanah Melayu ini ada Melayu Asal, ada Melayu Celup, ada Nak Jadi Melayu, ada Melayu DEB, ada Melayu Nak Jadi Arab, ada China Mengaku Melayu, ada India Mengaku Melayu, ada Melayu Hitam Legam. Hakikatnya tidak ada kesepakatan siapakah Melayu ini.
Saya Bani Melayu dari darah Orang Asli Biduanda - suku Jakun. Mengikut surah arwah nenek saya - bezanya kami dengan Orang Asli hanya kami menerima Muhamad sebagai Tok Penghulu. Perkataan penting dari surah arwah nenek saya ialah Tok Penghulu. Itu sahaja. Khalas. Period.
Dari segi pemerhatian imperikal hari ini ada pelbagai jenis Malaon cuba mengaku Melayu. Ini berlaku kerana Bani Melayu di Malaysia ini di katakan ada ‘hak istemewa’. Ada benda ‘spesial’ jika jadi Melayu.
Hak istemewa ini pastilah yang bersangkutan dengan projek, kontrek, kerja, jawatan , pangkat atau biasiswa. Semua ini bersangkutan dengan ekonomi. Ekonomi ialah tentang harta dan pendapatan. Tentang kaya dan miskin. Tentang punca-punca ekonomi.
Dalam istilah Kiri - manusia ini tergolong berkelas-kelas. Justeru ada Melayu kaya berharta - ada Melayu setinggan di Kampong Chu Badak. Jika ada pelbagai bentuk Melayu apakah semua Bani Melayu sama? Apakah maruah mereka sama?
Bani Melayu juga manusia - sama saperti Bani India , Bani China, Bani Iban atau Bani Dayak. Wajib diakui bahawa setiap bani memiliki budaya dan nilai masing-masing. Nilai ini lahir dari keadaan dan budaya satempat.
Dalam masa yang sama semua bani dalam dunia ini - tidak kira dimana mereka berada - dari benua mana mereka tinggal - dalam iklim apa mereka membesar - mereka akan memiliki nilai-nilai yang sejagat yang dikongsi oleh anak semua bangsa dari negara semua benua.
Sebagai insan manusia - kita memiliki nilai hormat menghormati satu sama lain. Kita kita berterima kaseh kepada yang membantu. Kita bertegur sapa berbudi bahasa untuk mengenal hati dan budi. Kita memperlihatkan nilai baik kepada sesama manusia. Dengan nilai baik yang kita hamburkan ianya akan membawa pulangan baik. Kita sebagai penghuni alam ini akan menjauhkan diri dari bencana yang menyusahkan wujudiah kita. Ini sikap azali manusia.
Kata-kata, ucapan dan berita tentang maruah Bani Melayu ini menjadi heboh sesudah Bersih4. Gabungan Ngo Bersih 4 berjaya membawa lima ratus ribu anak semua bangsa turun berdemo di jalan raya menuntut Perdana Menteri Muhamad Najib Bin Abdul Razak meletakkan jawatan.
Gabungan Bersih bukan dimiliki oleh Bani Melayu atau Bani China. Bersih adalah milik anak semua bangsa. Bersih adalah gabungan NGO dari semua bani.
Kejayaan Bersih membawa keluar lima ratus ribu warga Malaysia ini telah ditakrifkan sebagai mencabar pemimpin Melayu, sebagai mengguris hati Melayu, sebagai menghina maruah Melayu. Heboh-heboh ini kita dengar sesudah kejayaan protest jalan raya Bersih4. Heboh ini berpanjangan hingga ke saat ini.
Satu tunjuk perasaan telah disusun sebagai jawapan kepada Bersih4. Mereka berpayung dibawah lambang Baju Merah. Tidak berapa jelas tujuan tunjuk perasaan Baju Merah ini. Nama kumpulan juga tidak jelas. Garis dan tujuan tunjuk perasaan juga sampa larau bersimpang siur.
Ada Baju Merah anti-Bersih, ada anti-Ambiga. Ada garis anti-China. Ada garis anti-Pakatan Rakyat. Ada garis sokong Mat Najib. Disaat akhir muncul garis mahukan tapak niaga di Jalan Petaling di faraidkan sebahagiannya kepada penunjuk perasaan Baju Merah. Ini bukan lawak. Ini fakta sejarah.
Apabila tujuan demo Baju Merah menjadi simpang siur maka dikatakan tujuan tunjuk perasaan Baju Merah untuk mempertahankan maruah Bani Melayu. Maka kita kembali kepada persoalan awal apakah sebenarnya maruah Bani Melayu ini.
Saya sebagai Orang Asli Biduanda melihat satu kelompok Bani Melayu di Tanah Melayu sebagai satu kumpulan yang amat bebal. Kelompok ini berpayung dibawah parti yang dipanggil United Malaya National Organisation. Parti politik ini dikatakan berjuang untuk mempertahankan Ketuanan Bani Melayu.
Lalu timbul persoalan awal wahid. Jika parti ini hendak mempertahankan Ketuanan Bani Melayu kenapa nama parti ini United Malaya National Organisation? Kenapa tidak menggunakan nama dalam bahasa Bani Melayu. Justeru satu Malaysia bertanya - dimana maruah ahli parti ini? Tidakkah ahli parti ini memiliki maruah kerana nama parti mereka dalam bahasa penjajah.
Justeru mereka yang berpayung dibawah United Malays National Organisation dan mengaku mempertahankan maruah Bani Melayu adalah hujah taik kucing. Terbukti dalam kelompok parti Ketuanan Bani Melayu ini ada kebebalan dalam memahami apa itu nilai maruah bangsa.
Media mengheboh-hebohkan Bersih4 telah mencabar maruah pemimpin Melayu. Bila mendengar hujah ini kita mungkin ketawa terbahak-bahak. Malah ramai juga yang
Siapakah yang dimaksudkan pemimpin Bani Melayu yang bermaruah itu? Jawabnya pastilah Najib Razak kerana demo Bersih4 menuntut Najib meletak jawatan.
Letak jawatan ini dituntut kerana terbukti dengan sah bahawa Najib Razak telah menerima duit sebanyak 2.6 bilion ringgit. Duit sebanyak ini telah masuk ke dalam akaun Najib Razak. Duit ini mengikut kata Najib telah digunakan untuk membeli undi dalam PRU13.
Duit 2.6 bilion ringgit ini masuk ke akaun number 211-202-201-1880 dan 211-202-201-1906 yang dimiliki oleh Muhamad Najib bin Abdul Razak di Ambank. Ini akaun pribadi. Ini fakta bukan fitnah.
Muhamad Najib pada awalnya cuba menafikan berita yang dilaporkan oleh akhbar Wall Street Journal yang berpusat di New York. Muhamad Najib cuba mengertak akan menyaman akhbar ini. Sampai ke hari ini tidak terdengar kabar berita.
Lalu persoalan timbul - mana dia maruah pemimpin Melayu ini? Kenapa cakap hendak menyaman tetapi menikus hingga ke hari ini. Dimana pejuang Maruah Bani Melayu - kenapa tidak bangun menyerang akhbar Amerika ini? Apakah laporan yang membocorkan berita Najib Razak ini tidak mengguris maruah Melayu?
Najib Razak bersilat lidah apabila berhadapan dengan kes 2.6 bilion ringgit. Tetiba warga Malaysia akhirnya diberitahu bahawa duit 2.6 bilion ini adalah duit derma Tok Arab.
Duit 2.6 bilion ringgit derma dari Tok Arab? Saya ulangi - ini duit derma dari Tok Arab. Kalau warga Pakistan mendengar ucapan Najib ini mereka kan berkata ‘ kami bukan chutia..’ Warga Malaysia yang mendengar jawapan Najib ini akan berkata ‘ #$%**%$#’.
Sebenarnya TIDAK ada sesiapa yang percaya duit ini duit derma dari Tok Arab. Zahid Hamidi tidak percaya. Nazri Aziz tidak percaya. Sharizat Jalil tidak percaya. Khairy Jamaluddin tidak percaya. Malah Najib Razak sendiri pun tidak percaya apa yang dia sendiri cakap.
Lalu persoalan maruah timbul. Dimana hilangnya maruah pemimpin parti Ketuanan Bani Melayu ini? Kenapa mereka tidak ada kekuatan untuk bercakap benar? Dimana hilangnya nilai dan harga diri mereka? Kalau mereka ini Ali Tinju atau Jamal Ikan Bakar boleh kita maafkan kerana keupayaan fikrah mereka agak terbantut.
Persoalan harga diri, nilai diri, hormat diri adalah persoalan besar. Ini persoalan wujudiah kita sebagai manusia. Pada ketika ini nilai dan harga diri kita sedang diasak. Nilai dan harga diri boleh berubah - boleh berganjak.
Ada bani yang memiliki maruah dan nilai diri yang kukuh dan padu. Dalam masa yang sama ada sosok yang maruah dan nilai diri boleh ditimbang kati untuk dijual.
Ada Bani Melayau yang maruahnya boleh dijual dengan harga sekampit beras dan sepasang baju Melayu. Ada maruah Bani Melayu yang boleh dibeli dengan sebungkus nasi bersama seratus ringgit. Ada Bani Melayu yang maruah boleh dibeli dengan harga 2.6 bilion ringgit atau 700 dolar Amerika.
Tapi masih wujudkah Bani Melayu yang memiliki nilai dan harga diri yang tidak boleh dijual beli? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan
03-92-21-30-45
------------------
4 ulasan:
Telah aku cincang lumat ayat2 tuan tt di atas supaya jadi pendek dan kecik. Supaya melayu cepat paham.
Melayu tulin tak khianat kepada tanah melayu. Mereka cuma terlalu baik. Melayu jadian inilah yang jahat. Di jawa atau makasar, kalau kau sebut mereka pun melayu, pasti kau kena terajang.
Ilmu politik melayu sangat low class. Akhirnya jadi pak turut penjajah. Sudah terjerat payah nak terlepas. Sudah kena tipu tak reti nak balik ke pangkal jalan.
Melayu diprogramkan jadi miskin. Nanti maruahnya boleh ditimbang kati dan dijual dengan harga sehelai kain batik.
Tak tahu nak kata apa dah..
Maruah Bani Melayu terletak di takuk kontol mereka sendiri.
MARUAH bagai Nasi Lemak boleh di jual beli
Bahalol kan
Tapi tak kaya kaya jugak orang orang kampong Melayu tu....
Bodoh kan
Jangan lupa BILYON BILYON ok...
bani melayu ada maruah ?
kah kah kah
terkentut kentut ketawa kah kah kah
sapa kata bani melayu ada maruah
kalau ada maruah tak sokong melayu rasuah
tak sokong melayu salah guna kuasa
tak sokong kak ros naik jet
tak sokong cium tangan jilat tangan kaki
kah kah kah
cermin lah diri kalau melayu ada maruah
sejak merdeka melayu perintah
sapa yang maju di negara ini
melayu ada menara berapa ?
berapa sekolah universiti melayu bina sendiri ?
kah kah kah
jangan.malukan ayat maruah tu
bangla lagi.bermaruah
berpeluh tengah panas dan tidak merembat hasil usaha orang lain
tidak.menjadi.free loader
kah kah kah
lawak oh lawak
Catat Ulasan