Rabu, 6 Januari 2016

DI MANA SAKSI DIHILANGKAN






TAK PERLU RAMAL

SATU DUNIA 

SUDAH TAHU

SAKSI

DIHILANGKAN



Mahathir ramal Peguam Negara tolak kes SRC dan RM2.6 bilion

 | January 5, 2016
Bekas Perdana Menteri yakin Peguam Negara ketepikan kes dikemukakan SPRM berhubung isu 1MDB selepas perkara sama dilakukan terhadap Bank Negara.





PUTRAJAYA: Tindakan Peguam Negara,  Mohamed Apandi yang menolak laporan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu 1MDB telah menghilangkan kepercayaan  Mahathir Mohamad.
Mahathir berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perkara sama juga akan berlaku mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRC International dan kontroversi wang derma RM2.6 bilion ringgit.
“Saya percaya dulu Bank Negara Malaysia (BNM) juga hantar laporan. BNM ini bukanlah satu badan yang tiada peraturan. Mereka buat penyelidikan secara terperinci dan mempunyai bukti-bukti yang mana kes ini perlu dibawa ke Mahkamah. Tetapi peguam negara tolak (ketepikan kes) bulat-bulat.
“Jadi, saya tidak akan berasa pelik kalau peguam negara tidak tolak. Saya ingat dia (Peguam Negara) akan menolak (laporan SPRM mengenai siasatan SRC International dan juga RM2.6 bilion),” katanya .
Bagaimanapun, dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT di sini, bekas Perdana Menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu menegaskan bahawa itu hanyalah satu ramalan beliau.
“Ini ramalan saya sahajalah. Saya fikir dia tidak akan bawa ke mahkamah kerana sebab-sebab tertentu,” ujarnya.
Pada 31 Disember, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Mohd Shukri Abdull berkata, badan itu turut mengemukakan beberapa cadangan dan tindakan bagi kedua-dua kes yang melibatkan tiga kertas siasatan untuk tindakan Peguam Negara.


KAH KAH KAH
woit
tak perlu pakai nujum
tak perlu ramal teka
peguam negara kena berhenti
ganti dengan yang baru
mustahil yang baru
akan buat sama saperti
yang telah kena buang
kah kah kah
sapa bos disini?
kah kah kah
tak caya? tak caya juga?
kah kah kah

PUKRAAK LAH

---------------

Tiada ulasan: