AL-FATIHAH
MOSUL- IRAQ. Seorang remaja dipancung oleh militan IS selepas ditangkap mendengar muzik pop menerusi pemain CD mudah alih.
Memetik laporan portal antarabangsa, MDetro.co.uk, Ayham Hussein, 15, ditahan oleh kumpulan militan itu ketika mendengar muzik di kedai runcit milik bapanya di barat Mosul, Iraq.
Ayham dipaksa hadir pada perbicaraan mahkamah Islamist dan kemudiannya dihukum pancung di hadapan masyarakat umum.
Mayatnya diserahkan kepada keluarganya pada Selasa lalu.
Ia dipercayai kes pertama di bandar tersebut dan mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan.
Dalam satu kenyataan dua tahun lalu, kumpulan itu telah menyatakan pengharaman ke atas lagu-lagu atau muzik dimainkan sama ada dalam kereta, di tempat awam, kedai dan pasaraya.
IS juga turut melarang sebarang penggantungan poster potret di kedai dan pasaraya.
tidak ada apa apa
yang dapat aku ucapkan
tidak ada apa apa
yang dapat aku tuliskan
segantang titisan air mata
segumpal hati lara
seribu kata kata
tidak akan mengembalikan kamu
gambar kau yang terpapar
tidak saggup aku sertakan disini
semoga adik kakak
abang emak ayah kelurga
dan dunia yang kau tinggalkan
akan menjadi lebih baik
dari saat kau diwafatkan
gambar kau yang terpapar
tidak saggup aku sertakan disini
semoga adik kakak
abang emak ayah kelurga
dan dunia yang kau tinggalkan
akan menjadi lebih baik
dari saat kau diwafatkan
AL-FATIHAH
-----------------
3 ulasan:
klu betul cerita ni dan libatkan IS, hukum quran dan sunnah mana yg dia pakai. bukan mudah nak halalkan nyawa orang
IS ni sesat bro..memang kerja diorang buruk2an Islam..IS ni anak yg ternak CIA dan mossad
muzik haram... tapi...
rogol pompuan tak haram.. dah rogol pastu dakwa pompuan tu berzina dan dihukum rejam.
bunuh org awam tak haram... bbrp kubur besar ditemui di Iraq, Syria
terima senjata kapir tak haram... pastu guna senjata2 tu utk serang umat Islam yg menentang kapir yg bekal senjata tu...
Catat Ulasan