Ahad, 14 Februari 2016

KESAH CINTA DI HARI GAGALIS







KESAH CINTA

HARI GAGALIS


ini kesah benar
kesah jejaka jawa
bertemu 
dengan gadis pahang

mereka berkenalan
mereka bermesra
tapi akhirnya berpisah

kalau sita dan rama
diganngu rawana
kalau romeo dan juliet
dihalang oleh keluarga
kalau uda dan dara
dihalang oleh kelas

cinta jawa  gadis pahang
 diganggu
oleh sempadan
diganggu visa
diganggu wilayah negara
diganggu paspot

maka anak jawa pun 
pulang ke jawa
maka anak pahang
tinggal disini

sepuluh tahun dari hari ini
sepuluh tahun kemudian
bila mereka bertemu kembali
mereka telah menjadi
orang asing
dari dua negara
yang berlainan
dari dua budaya
yang berlainan

telah menjadi wak jowo
telah menjadi minah karan

inilah kesah cinta
dipagi ini
inilah kesah
untuk kita sama sama
merayakan 
hari gagalis sedunia

NOTA
cinta yang agong
ialah cinta yang gagal







-----------

1 ulasan:

Nazrio berkata...

ngkorang mentafsirkan
Word Cinta yg sgt suci ...
dengan peLbagai warna~warni
Aku terpegun....LaLu bangun
Menyadarkan diriku ....
Aku hampir menangis mengemis
simpati dia.... Ingin meraung
Kebimbangan tentang kekapiran selamat
ini Sudah kaH di ampun