Sabtu, 20 Februari 2016

LAGI KESAH PUISI









KESAHNYA
malam kelmarin
baca puisi setiakawan
mangsa akta hasutan 1948
di markas tarbiah kg banda dalam
anjuran PAKSI

pyanhabib sama membaca puisi
pyan bacakan sms dari aku
pyan bacakan sms yang aku tulis
sms aku ingin belajar
buat jeruk petai cara pyanhabib

tak sangka pyan simpai sms aku
hampir satu tahun dahulu

pagi ini aku anta sms
ucapan teriama kaseh
kepada semua temasuk pyan

nah aku terima
terima jawapan sms dari pyan:
hanya satu perkataan: PETAI
kah kah kah


LAGI KESAH PETAI
puan aliza jaafar
isteri yb saari sungip
juga menulis dan membaca puisi
pada malam yang sama
ahhh...

aliza menulis ingatan-ingatan
ISA di kamunting

ahhh...
dia juga menulis tentang dirinya
menyuludup petai masuk
ke dalam sel
kerana pihak penjara
tidak membenarkan aku
menerima petai


-----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa kabar PM..bagaimana dengan projek pembenihan..gua ada buku tu yg disain oleh abg pyan ketika konsert bersih..

Tanpa Nama berkata...

Petai mmg sedap dimakan.. kesian tok2 arab.. tidak berpeluang menikmati petai. Kesian juga Presiden Reagan.. pembuka internet yg tiada peluang merasai petai.. percayalah.. Benggali Putih yg bermastautin di daerah sini pun tergila2kannya..mamat Arizona, Mark Wiens pun separuh nyawa mewar2kan dlm resipi Youtubenya..

Kasihan petai.. tiada surah2 dalam kitab suci. Walhal petailah ikatan kasih sayang sesama manusia di daerah ini. Istetiku seorang Cina pun makan petai tak kira masa. Anakku berketurunan Melayu Cina pun, terpekik terlolong bila petai yg dimasak, tidak diberinya makan.

Buah Tin dan buah Zaitun pun mereka x pernah ambil pot. Walaupun ada surah suci. Hanya kerana jeruk oetaikah?? Hanya kerana Sambal Petaikah?? Yg bersalut ikan masin itu.. yg bersalut ikan bilis itu.. yg bersalut sotong itu.. yg bersalut pelbagai resipi makanan..

Aaargh..pagi besok perlu ke Chow Kit.. membeli petai kesukaanku.. ku harap ada petai hijau yg sudah dikupas tersedia utk rezeki aku 7 beranak.. jika tidak, Nasi Beringin Kg Barulah jawabnya..kahkahkah..sapa berani bet??