PECAH DAN PERENTAH
Deklarasi Rakyat yang ditanda tangani oleh 56 sosok pada Jumaat 4 March 2016 lalu kini telah menjadi dokumen sejarah. Dokumen ini sedang heboh dibincangkan. Dari poros kiri , kanan dan tengah - semua memiliki pandangan tentang dokumen ini. Dalam masa yang sama sokongan terhadap dokumen ini juga semakin melambak masuk.
Hakikatnya ombak Deklarasi Rakyat ini sedang mengampoh dan mengocak lanskap politik Malaysia. Malah dari apa yang saya perhatikan dokumen ini akan membuka satu lanskap politik baru untuk anak semua bangsa di Malaysia.
Saya berani berkata demikian kerana heboh politik dan reaksi dari puak yang menentang semakin galak. Heboh bergolek bantal dari United Malays National Organisation sedang menjadi lawak geli lagi menyeramkan.
Pada awalnya kita melihat bagaimana tindak balas United Malays National Organisation. Apabila dimashorkan dokumen ini - dengan serta merta muncul satu kenyataan marah dari Raja yang bukan Tengku yang mahu Muhyiddin dan Mukhriz ditendang keluar dari parti. Kemudian Menteri Shahidan pula mengeluarkan kenyaataan mahu ‘berkaseh sayang’. Ada pula suara cadangan untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi sebagai jawapan.
Paling indah lagi murni ialah lawak berdiri dari Menteri Nazri Aziz yang mengatakan Deklarasi Rakyat ini tidak memberi apa-apa makna kepada United Malays National Organisation.
Sayugia diingati - hukum politik mengajar kita : kalau musuh menyerang itu satu pekara yang baik. Itu tanda apa yang kita lakukan tepat menuju ke dada musuh. Jika musuh tidak menyerang maka kita wajib takut kerana ini bermakna apa yang kita lakukan adalah kerja bodoh yang tidak menyakiti musuh. Atau kita telah mula bersama dengan musuh justeru musuh tidak lagi menyerang.
Ini adalah hukum politik yang tepat dan ilmiah. Hukum ini tidak akan berubah-ubah sama saperti kandongan air tidak akan berubah sampai kiamat. Air terjadi dari H2O.
Dari media United Malays National Organisation kita melihat bagaimana mereka berpeloh ketiak berusaha mengolah persepsi tentang Deklarasi Rakyat. Saperti biasa isu China dan parti DAP digunakan. Gambar Mahathir duduk disebelah Kit Siang dijadikan bukti bagimana Kit Siang telah berjaya memperkudakan Mahathir. Maka dokumen ini diChinakan untuk dipanggil Deklarasi Mahathir-Lim Kit Siang.
Berita juga mula melaporkan bagaimana Deklarasi Rakyat ini cuba digambarkan sebagai agenda China yang berniat jahat untuk menjatuhkan Najib seorang pemimpin Melayu.
Tetapi hakikatnya pada 4 March yang lalu Mahathir diapit oleh dua Melayu yang bernama Muhyiddin Yasin dan Azmin Ali. Bersama dikerusi hadapan ialah Mat Sabu, Husam Musa, Sanusi Junid, Mustapa Ali, Zaid Ibrahim dan Mahfuz Omar. Pada pembacaan saya semua sosok ini bukan China. Sosok China yang paling rapat dengan Mahathir bukan Lim Kit Siang saperti yang diwar warkan tetapi Tun Ling Liong Sik.
Gambar yang dirakam pada hari menanda tangani Deklarasi Rakyat membuktikan tohmah agenda Chin ini meleset. Pengolahan berbentuk perkauman ini tidak bagitu berjaya. Apabila propaganda ini meleset maka dokumen ini dialih nama untuk menjadi Deklarasi Mahathir. Bekas Presiden Parti Ketuanan Melayu ini dinobatkan sebagai sebagai pengkhianat. Apa yang dikhianati oleh Mahathir walah hu alam bi sawab.
Pengolahan garis perkauman ini adalah asas dan induk ideloji parti Ketuanan Melayu. Stratiji menggunakan naratif China mengkudakan Melayu ini dimainkan dengan tujuan untuk mendirikan tembok agar ahli parti United Malaya National Organisation tidak akan berani merentas menyeberang untuk menanda tangani Deklarasi Rakyat ini.
Ketika tulisan ini digarap - Deklarasi Rakyat telah masuk minggu ke 3. Heboh semakin heboh. Kita terus membaca bermacam-macam kenyataan dari pelbagai sektor parti United Malays National Organisation. Semua seirama bersuara untuk memperlekehkan dokumen ini.
Paling akhir ialah kenyataan Zahid Hamidi yang menasehatkan ahli parti Ketuanan Melayu agar jangan terpengaruh dengan kitab lama. Kitab lama ini pastilah Mahathir Muhamad. Menurut Zahid semua ahli parti wajib menyokong pemimpin yang ada. Ini maknanya semua ahli parti wajib sokong Najib.
Jelas kelihatan serangan amat kuat dan kencang terhadap Deklarasi Rakyat. Serangan memperlekeh dokumen ini membuktikan bahawa dokumen ini sedang mengancam United Malays National Organisation.
Jika dokumen ini tidak membawa apa-apa makna saperti kata Nazri Aziz maka kenapa perlu Jamal Ikan Bakar datang menunjuk perasaan dihadapan pejabat Mahathir Muhamad?
Dilaporkan seramai 500 sosok telah datang menunjuk perasaan di Putrajaya. Bekas Presiden United Malays National Organisation telah dituduh sebagai penghkianat bangsa.
Membawa 500 orang untuk berdemo adalah satu pencapaian demo yang amat cemerlang. Harus diakui bukan senang untuk mengumpul dan mengajak warga turun berdemo terutama dalam suhu cuaca yang bagini panas.
Justeru, apa sebenarnya yang sedang memporak perandakan dan mengharu birukan pemikiran pemimpin United Malays National Organisation. Ini kerana dari berita-berita yang dibaca ramai pemimpin parti Ketuanan Melayu sedang mengelabah. Kenyataan pimpinan parti ini bersimpang siur. Tidak tentu hala - kelihantan hilang punca.
Jawabnya senang sahaja. Semua ini terjadi kerana Deklarasi Rakyat. Babak politik yang sedang berlaku hanyalah reaksi terhadapa dokumen ini.
Babak politik yang sedang terbuka dihadapan mata kita membuktikan bahawa stratiji menggalang barisan bersatu atau united front telah berjaya. Stratiji barisan bersatu ini kini telah dilihat dan difahami umum. Sadikit demi sadikit pencerahan telah berjaya menerangkan apa itu barisan bersatu.
Awas! Barisan bersatu ini juga ada lawannya. Baik lawanya jahat. Jantan lawannya betina. Panas lawannya sejuk. Tinggi lawannya rendah. Untuk memahami secara tuntas tentang taktik dan stratiji barisan bersatu kita juga wajib memahami apa dia lawan barisan bersatu. Apakah dia musuh dan seteru barisan bersatu?
Lawan barisan bersatu ialah divide et empera. Divide et empera ialah bahasa Latin. Maknanya : pecah dan perentah.
Kita ambil dari bahasa Latin kerana stratiji pecah dan perentah ini telah digunakan dari zaman empire kuno Iskandar Zulkarnain. Taktik ini telah digunakan oleh Empire Rom, telah digunakan oleh Empire Parsi, telah digunakan oleh Napoleon. Malah pecah dan perentah adalah strateji politik dan strateji perang yang digunakan oleh kuasa penjajah hingga ke hari ini. Sesiapa tidak memahami akan stratiji ini pastikan akan menjadi hamba dalam kancah politik. Tidak ada empire dapat bertahan tanpa menggunakan divide et empera - pecah dan perentah.
Pada 11 Ogos 1509 de Sequire dari Goa telah sampai ke Melaka. Pada 24 Ogos 1511 Alfonso de Abuquergue mengambil alih Melaka. Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Benggali Puteh - nama Portugis ketika itu. Portugis memerentah Melaka selama 130 tahun.
Pada tahun 1641 Belanda telah bekerjasama dengan kerajaan Johor dan berjaya menawan Melaka. Saya ulangi sekali lagi : kerjasama Johor dengan Belanda untuk menewaskan Portugis. Ini fakta sejarah. Ada kerjasama Johor dan Belanda untuk untuk menjatuhkan kuasa imperial Portugis. Apa yang dilakukan oleh Belanda ialah penggalangan barisan bersatu untuk untuk mengalahkan musuh.
Belanda tahu betapa pentingnaya taktik barisan bersatu untuk mengalahkan Portugis. Maka untuk terus berkuasa Belanda telah mengamalkan strateji yang berlawanan dengan stratiji barisan bersatu. Belanda menggunakan - divide et empera - pecah dan perentah. Melalui strateji ini empire Belanda telah tidak dapat dialahkan di Alam Melayu.
Kota Melaka - bandar kosmopolitan dan kota perniagaan yang amat penting pada zaman itu terus menjadi punca ekonomi Belanda. Melaka saperti Wall Street New York menjadi kota berahi yang dicemburui - tempat jual beli rempah rampai, bijeh dan emas. Dari Melaka barangan bumi tropikal ini dihantar ke Venice dan Genoa - dua kota Eropah yang menjadi pusat perniagaan pada ketika itu.
Apakah tidak ada kerajaan, raja atau pembesar Melayu lain yang memberahikan untuk menawan kembali Melaka?
Jawabnya ada. Setiap Raja dan Pembesar Melayu cemburu dan berahikan kekayaan Melaka. Pada tahun 1641 Naning berperang dengan Belanda. Sepuluh tahun kemudian Perak datang menyerang Belanda di Melaka. Pada tahun 1882 Johor yang pernah menjadi kawan Belanda datang juga menyerang Melaka. Pada tahun 1784 Selangor datang menyerang Belanda di Melaka.
Semua serangan yang rancang dan dijalankan oleh musuh Belanda ditewaskan. Bukan kerana Perak, atau Johor tidak cukup bala tentera. Atau Belanda terlalu kuat. Sebab utama ialah kerana tidak ada satu pun kerajaan Melayu pada ketika itu menggunakan taktik dan strateji barisan bersatu.
Johor menyerang bersendirian. Perak datang menyerang dengan rakyat Perak. Tidak terfikir oleh kerajaan Melayu ini untuk mengalang kerjasama untuk mengalahkan Belanda. Bayangkan jika Aceh, Perak, Johor mendirikan barsian bersatu - Belanda telah lingkup dengan serta merta.
Justeru, Belanda dengan licik telah menggunakan divide et empera - pecah dan perentah. Kuasa politik Melayu di Alam Melayu ketika ini dipecah-pecah untuk senang diperentah.
Hari ini sekali lagi sejarah berulang. Musuh anak semua bangsa pada ketika ini bukan Bengali Puteh, bukan Belanda, bukan Inggeris , bukan Jepun tetapi Najib Rosmah. Najib Rosmah sedang membawa porak peranda kepada politik dan ekonomi Malaysia.
Untuk mengundurkan Najib dari tampok kuasa anak semua bangsa di Malaysia tidak ada jalan lain melainkan menggalang barisan bersatu yang maha luas. Penggalangan ini hanya diikat dnegan satu tujuan : menyingkirkan Najib dari menjadi Perdana Menteri.
Jika tidak - sama saperti anak Melaka - kita akan dipecah dan diperentah untuk terus dijajah bukan oleh Benggali Puteh atau Belanda tetapi oleh Najib dan Rosmah. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
---------------------
1 ulasan:
PETAi Kota meLaka...
Zaman portugis dan beLanda
Menjarah tanaH Kota meLaka
TaK kan taK ADA PETAi ....
Jangan sembunyikan sejarah
Orang musLim,
kristian Dan yahudi
Di takut2kan dengan dajai
Yang kononnya akan muncuL
Sedangkan dajai
sudah Lamaa
MuncuL...
Orang yahudi Di inspirasi_kan
Dengan tabuk~peti, LaLuu...
Berbondong~bondong
Semua etnik puaK
suku2 Yahudi
Menempat Diri Di tanaH suci
Di urus Di atur israeL kaki tipu
Suku tipu pencuri identity
Loss Tribe~
Suku etnik yg hiLang
Suku Yahudi yang sebenar
Suku yang Tiada mengetahui
tentang Peti tabuK rabitah
Tiada mengetahui tentang
TinggaLan neneK moyang
Huh...biarkan saja
Peti tabuk di depan mata
Catat Ulasan