ARUL 1MDB
TELAH SEDIA
UNTUK CELAH
Laporan PAC timbulkan lebih banyak persoalan
SHAH ALAM - Pendedahan yang dilakukan oleh Presiden/Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang tidak menolak kemungkinan ada penipuan besar-besaran berlaku dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu bakal merumitkan lagi isu berkenaan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpendapat, perhatian pasti terhala ke arah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sebelum ini membentangkan laporan sebaliknya.
“Ia pasti akan bertambah rumit. Isu hutang yang perlu dibayar mendapat perhatian semua. Jadi apa yang disebutkan oleh ramai ahli politik, termasuk ahli PAC, bahawa isu 1MDB telah selesai nampaknya tidak tepat.
“Laporan PAC mengenai pengurusan 1MDB yang dibentangkan sebelum ini pasti dianggap tidak menyeluruh, malah, timbul lebih banyak persoalan lain,” katanya.
Menurutnya, isu berkenaan masih penting kerana rakyat mahu tahu kebenaran, termasuk persoalan seperti kenapa laporan 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Banyak persoalan akan terus timbul, malah mereka yang memberi perhatian terhadap isu ini akan menanti sehingga persoalan mengenai siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam isu hutang 1MDB, terjawab.
“Saya juga percaya lebih banyak konflik akan timbul selepas ini apabila satu persatu isu lain timbul oleh mereka yang terlibat dengan 1MDB dan perhatian pasti diberikan kerana akhirnya 1MDB adalah tanggungan kerajaan juga,” katanya.
KAH KAH KAH
woit
tuan profesor
arul nak belah
arul nak celah
tim FBI dah sampai
kah kah kah
temubual terbaru
tujuan jaga diri
kalau berhenti
ada rekod baik
bercakap benar
boleh cari tempat
kerja baru
kah kah kah
CABUT LARI
---------
3 ulasan:
Jabatan Agama telah membangunkan peralatan mudah-alih untuk memastikan mana makanan yang halal dan haram. Wah .. peralatan ni mesti bawa ontong besar punya, sebab banyak kedai memerlukan .. wow.
Jabatan Agama tak de rancang nak buat mesin mudah-alih yang dapat mengesan duit halal dan duit haram ke .. atau mengesan mana duit hasil titik peluh dan duit rasuah.
Oh .. lupa pulak gwa, makanan membentuk darah daging kita, jadi status halal-haram amat penting .. duit tu duit lah, bukan darah daging .. kahkahkah.
PAC buat siasatan.... Cari cara sudut yg bleh cuma nk selamatkan perdana menteri..... Bukanya nk cari bukti penyelewengan...bukan cari siasat dana 28 bilion yg hilang
ismee tabung hajeee pun nak lari..sume mahu larikan selamatkan hasil rompakan dan bini...hadeee je belum ada tanda2 lareee..barangkaleee menunggu ilham dan tanda2 dari langit.
Catat Ulasan