ANAK MUDA
SABAH
BANGUN
MELAWAN
Projek 'Tangkap Malaysia Official 1' merebak ke Sabah
Projek anak muda untuk menangkap 'Malaysia Official 1' kini merebak ke Sabah apabila mereka juga akan menganjurkan perhimpunan yang sama di Sabah pada 27 Ogos ini.
Ia bakal menambahkan kepanasan politik di negeri itu dengan tindakan keluar beramai-ramai dari Umno oleh penyokong bekas naib presidennnya, Mohd Shafie Apdal.
"Anak muda dan mahasiswa Sabah menyambut baik kempen #TangkapMalaysiaOfficial1 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 27 ogos 2016 ini.
"Kami melihat himpunan ini diadakan sebagai tanda protes kepada kegagalan Najib menyelesaikan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menyaksikan Jabatan Kehakiman Negara (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan senarai nama yang terlibat dalam pengkhianatan berbilion ringgit dana awam itu," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.
Ia ditandatangani oleh Mukmin Nantang, Koordinator Himpunan #TangkapMO1 Sabah.
HEBAT
MAKAN HEBAT
SUDAH MEREBAK
SUDAH MENULAR
BUKAN API
DALAM SEKAM
API MEMBARA
------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan