SEKARANG
BARU SEDAR
MUSTAHIL
TAK TAHU
PERANAN SPR
Kit Siang minta SPR jelaskan kerusi lebih 100,000 pengundi
Kit Siang menyifatkan persempadanan pilihan raya semasa di Semenanjung satu 'penyelewengan mandat perlembagaan SPR'.
KUALA PUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan status 13 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai lebih 100,000 pengundi setiap satu kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018.
Beliau menerusi satu kenyataan mendedahkan 6 kerusi di Selangor, 2 di Johor dan selebihnya di Melaka, Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan pengundi yang ramai.
Ekoran itu, Kit Siang menyifatkan persempadanan pilihan raya sebelum ini di Semenanjung sebagai melanggar mandat yang diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada SPR.
Tegasnya, Perkara 113 Perlembagaan menuntut salah pembahagian ditangani, bukannya dimanipulasi.
Pada 2013, Pengerusi SPR ketika itu, Abdul Aziz Mohd Yusuf memetik Jadual ke-13 Perlembagaan sebagai jaminan tidak akan ada kerusi yang mempunyai lebih 100,000 pengundi, kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.
HANYA SATU
JAWAPANAN
SATU JUTA
KE DATARAN
19 NOV 2016
-----------
1 ulasan:
hoi org spr!
korg akan mati suatu hari nanti. segala penipuan korg akan diadili dimahkamah yg hakim2 pegawai2nya tak boleh ditukar ke Putrajaya.
korg akan tanggung segala dosa2 kezaliman yg dilakukan oleh umno bn.
rm4bilyuun yg dirompak oleh najib dan kroni2 akan ditanggung oleh org2 yg mengundi menyokong mrk.
kalau rompak rm1 pun azab tak tertanggung. inikan pula bilyun2!
Catat Ulasan