Khamis, 1 September 2016

HAL BONTOT CEPAT PULAK







PELIK TAPI

BENAR HAL

BONTOT BERUANG

CEPAT TANGKAP

HAL NAJIB MO1

ROMPAK  DUIT

1MDB SAMPAI

SEKARANG 

TARAAAK ELEEK


Pameran UBB dibatalkan kerana hadis di pinggul beruang

Pameran United Buddy Bears (UBB) bagi menggalakkan keamanan dan keharmonian dibatalkan selepas tulisan hadis dikesan pada pinggul salah satu patung beruang berkenaan.
Pameran UBB menampilkan 140 patung beruang setinggi dua meter dan diadakan di Padang Kota Lama di George Town, Pulau Pinang mulai 27 Ogos lalu dan sepatutnya berakhir 30 Oktober depan.
Menurut mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor, petikan tulisan dalam bahasa Arab tercatat di bahagian pinggul patung beruang itu ialah suatu hadis Nabi.
Ia berbunyi: "Tidak beriman seorang yang tidak menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya sendiri.”
“Walaupun tujuan pameran ini baik iaitu untuk menggalakkan kedamaian dan persatuan antara sesama nanusia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan budaya, tetapi dengan wujud tulisan tersebut di tempat yang tidak sesuai berkemungkinan menimbulkan salah faham orang ramai terutama masyarakat Islam.
“Diharap selepas ini pihak penganjur pameran akan merujuk kepada Jabatan Mufti atau pihak Jabatan Agama terlebih dahulu jika didapati wujud apa-apa tulisan atau perkataan yang berkaitan dengan agama Islam untuk memastikan tiada sebarang unsur yang terlarang,” katanya dalam satu kenyataan.
Wan Salim juga merakamkan rasa terima kasih kepada penganjur pameran atas kerjasama mereka.
Menurut laman web UBB, setiap 'Buddy Bear' direka secara individu oleh artis bagi pihak negara asal mereka.
"Reka bentuk yang pelbagai Buddy Bears - sentiasa mengambarkan ciri khas dari negara masing - membolehkan pelawat untuk mengalami perjalanan di seluruh dunia.
"Buddy Bears berdiri bersama bergandingan tangan melambangkan visi masa depan dunia yang aman," petik laman webnya.
Patung beruang ini pernah dipamerkan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari Disember 2011 hingga Februari 2012, dengan artis Imuda mereka-bentuk sebuah patung beruang bagi pihak Malaysia.
Pameran di Kuala Lumpur, dan aktiviti berkaitannya berjaya mengumpulkan RM285,750 untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.








-----------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penganjur ni pun satu hal.... daripada menyakitksn hati prnganut sesuatu agama, bikanksh lebih baik di bontot beruanh tu dituliskan perkataan yg indah-indah serya memberi pengajaran seperti;
My bumb is huge...so kak ros's ass.
Atau pun....i shall crash down MO1 with my enormous ass....