Rabu, 5 Oktober 2016

MASIH ADA YANG TAK SEDAR







MASIH ADA

YANG TAK FAHAM

BAHAWA PENJANA

KEHIDUPAN

ADALAH EKONOMI

YG LAIN HANYA

PERENCAH


Mahu jimat kos, Arab Saudi tidak ikut lagi kalendar Hijrah

LONDON, 5 Sept — Penjawat awam Arab Saudi akan dibayar gaji mengikut kalendar Masihi mulai bulan ini, bukan lagi Hijrah seperti amalan biasa, bagi menjimatkan wang.
Penukaran itu, yang diluluskan kabinet minggu lalu, bagi membolehkan kakitangan awam bekerja lebih lama, lapor portal Middle East Eye awal minggu ini.
Perbezaan antara dua sistem kalendar tersebut — antara Hijrah yang mengikut peredaran bulan dengan sistem pusingan matahari yang menjadi asas Masihi — lebih kurang 10 hari setahun.

Setiap bulan Hijrah mengandungi antara 29 hingga 30 hari berbanding sebulan Masihi yang mempunyai 30 hingga 31 hari kecuali Februari.

Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar dunia, memotong perbelanjaan kerajaan selepas mengalami kemerosotan sejak dua tahun lepas susulan kejatuhan harga minyak dunia.
Minggu lalu, kabinet memotong 20 peratus gaji menteri dan membekukan kenaikan gaji penjawat awam berpangkat rendah.
Berbanding swasta, ramai warga Arab Saudi berkhidmat dalam sektor awam — dengan waktu bekerja lebih pendek tetapi cuti lebih panjang.
April lalu, timbalan putera mahkota Mohammed Salman mengumumkan Wawasan 2030, langkah-langkah mempelbagaikan ekonomi.
Matlamatnya termasuklah meningkatkan pekerjaan sektor swasta, memotong jumlah tanggungan gaji kerajaan sebanyak 5 peratus kepada  40 peratus menjelang 2020.
ARAB KE

ISLAM KE

HANYA RENCAH

YANG HAKIKI

IALAH EKONOMI

KUASA EKONOMI

PENGERAK ALAM







-------------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Malas BER FIKIR

Goblok kan

Biasa lah

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah masuk kubur....ekonomi sudah tidak berguna lagi,,

Tanpa Nama berkata...

Well, at least depa potong gaji menteri jugak pada masa sama, dan pada kadar yg significant pulak tu, bukan ala kadar buat wayang je. Jadi nampaklah keadilannya. Kat negara ketuanan sini gaji/elaun menteri/mp ditambah lagi ada la! Orangramai pulak disuruh makan nasi goreng rm3.85! #*~%#!!

Tanpa Nama berkata...

so ini la dikatakan raikan hijrah dgn kalendar gregorian..ini menghina islam , mhina ulama warisan nabi..hijrah ke larikan diri atau dah lama duduk baru buat kalendar..perangai saudi ni mmg sudah diketahui, arab saudi sedikit demi sediikit mbuang dan mengkhurafaatkan setiap sejarah nabi..slowly slowly but worth..bagi pak arab semuanya tidak mustahil, bole memancing salmon dipadang pasir, bole main sky sepanjang tahun, bole ada mata biru liuk lentuk..mana2 islamis yg taktau hal ni, bole duduk rapat dgn penduduk2 tempatan.pasti tau dimana ceruk ada wine, alcohol..beer tu cikai je..pasti tau juga dimana port utk menikmati syorga dunia dibawah kelopak bunga mekar berlendir..sifat alim bole simpan dlm jubah sekejap..bukan org tau..cukup la hanya allah yang tahu..nanti dah tua bole taubat nasuha..isyallah pasti syorga disebelah makam nabi..negara kaya minyak pun bole lingkup disbkan dana sudah dialirkan keatas pembunuhan rakyat yemen dgn mbeli senjata made in thagut amerika..tp ulama2 kelantan sibuk dgn royalti minyak yg tidak kunjung tiba dan sudah tidak laku..yg patut dimusnahkan adalah loji minyak, bukan hutan balak yg wajib ditebang dan dijadikan minyak auta hudud..semoga tuhan mebalak ulama2 ini dgn balak sebalak2nya..ameen..ulama balak masih gagal mbalak sarawak report..apapunya balak..

Tanpa Nama berkata...

Sabah anatara negeri yang termiskin dalam Malaysia...
Jumlah wang tunai yang dirampas susulan penahanan dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan awam meningkat kepada RM52 juta, selain RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan.


Kedua-dua pegawai kanan berjawatan pengarah dan timbalan pengarah itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 dan telah memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada adik-beradik mereka.
Jumlah harta kekayaan yang dikumpul mencecah RM50 juta hasil penyalahgunaan kuasa yang dipercayai bermula sejak 2010.

Wah mewahnya rasuah!!! K Bye Ancient Mariner

Tanpa Nama berkata...

samdol tak puas hati hahahahahahahahahaha...dedak samdol ciput