MENGGELODAK
KE BERSIH5
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwzBN1LIhzhZLgW_HLrTWFsh0f1TJA3VqjAeKrRzNuJ2sWxEse9f4lhtxwUbvcM7WyZrp2-opHexzqgw-nDnO_9oYW9vvgnWTiyiVcSJZ9Pgf7uXov5iQzsJVYcNcjt9aB-HQxFe1u4Q07/s320/SPR+-PENIPU.jpg)
Penyokong Bersih akan berhimpun di Kuala Lumpur. Kami akan berhimpun di Dataran Merdeka.
Justeru, sah lagi saheh bahawa politik jalan raya kini telah menjadi budaya politik Malaysia. Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah berkali-kali berkata bahawa tunjuk perasaan atau berdemo bukan budaya kita.
Dr Mahathir salah tafsir. Malah sejarah United Malays National Organisation juga berkait rapat dengan politik jalan raya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBlHKKfse4F38JcAEKzupHUkaHNxc7yzFnIDydRKF60w5ML7_uGV6aFcUq26gOp_5wNIkDTKqpZhRuj_WKRfKx9UrTxZdQjxQCf_Nbb0tR6y_kxsVbasno7muGIeIsgHMF8y_noH2lWZTj/s320/1MDB+-+BANK+NEGARA.jpg)
Hakikatnya Dr Mahathir telah mendapat pencerahan politik dan menerima garis jalan raya sebagai ruang politik yang tepat. Dr Mahathir telah menerima hakikat bahawa jalan raya adalah garis politik untuk menyuarakan bantahan. Dr Mahathir kini sedar bahawa politik jalan raya memungkinkan berlakunya perubahan politik.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaN00sqSCKFpIWWQ0ggPSiemr2_262MbjSrwOf2emEB9_p050MP8CMy7AO4R6TFsaybS11Z_mVW-6MV62ZkUP7C9y1BICNt86WvePTrb1iJeeYwdJdFRvdINFvz27eIlyQrkZ3WsDjke5g/s320/WANTED+SRC.jpg)
Campur tangan Amerika berlaku kerana duit rompakan 1MDB ini telah dibawa masuk ke Amerika sebagai modal pelaburan. Dari segi undang-undang Amerika membawa masuk duit curi dan melaborkan duit itu di Amerika adalah satu jenayah besar.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIGEsTZT5tk57xMpXlq_yPLxfSvSa5T7PLdoEWou-37MO4ZNYXkgjKSeoktM8rgucSdSJlP2XAFA-qpVXSIID13bMO_0LgfwfkHPq3rXouCcbVebJMYKM128xV2khNU6fEogndsuTg0jFz/s320/OBOR+5+%25282%2529.jpg)
Pada bulan September lalu media telah melaporkan mereka akan didakwa dengan saman sivil. Semua telah berubah. Kali ini bukan lagi kes saman sivil.Kali ini empat warga Malaysia ini akan didakwa atas kesalahan jenayah mencuri dan mendobi duit di Amerika.
Justeru disaat akhir tahun 2016 - politik Malaysia akan terus hangat. Hangat ini dihangatkan lagi oleh rancangan demo mega BERSIH5.
Keadaan bertambah seronok. Seronok lagi menyoronokan. Debar lagi mendebarkan jantung. Anak semua bangsa sedang menunggu kes jenayah 1MDB dibuka. Rakyat Malaysia sedang menunggu untuk membaca apa akan terjadi bila kes rompakan 1MDB ini dibuka di Los Angles Amerika.
Untuk sama membakar suasana politik. Untuk memukul gendang agar balaci dan para pemakan dedak dari gerombolan United Malays National Organisation turun menari maka BERSIH5 dengan suci hati telah mengajukan 6 tuntutan:
1- pilihanraya bersih
2- hapuskan rasuah
3- kukuhkan demokrasi
4- mansuhkan undang-undang zalim
5- hak membantah
6- memperkasa hak Sabah/Sarawak
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgExdKkeyJFIaIDexfgVu3brwpSHvTARY9v4d3Un0y4YJ2qqXq6tVJ7_81mlWjJ9KG5EgjsuJR0sULqWPL0roI3E62RJ579-p5VejeC6N5M6IigKPfE2eXz9XAtDZ1id8cXlYdAdWJN3WQg/s320/bersih-5+-+SINAR.jpg)
Sama saperti BERSIH4 - BERSIH5 dalam kempen menggelodak seluruh negara akan juga mencanang heboh tuntutan Najib berundur dan letak jawatan.
BERSIH5 menuntut Najib berundur serta merta. Sebuah kerajaan peralihan didirikan. Dalam masa 18 bulan tugas utama kerajaan peralihan ini ialah menyediakan satu pilihan raya yang bersih dan adil.
Dalam PRU yang bersih ini - siapa yang akan memimpin tampok kerajaan terpulang kepada undi anak semua bangsa warga Malaysia. Parti mana atau Barisan atau Pakatan mana yang akan meneraju kerajaan bukan Bersih yang menentukan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsBcFE20Bh8wwOO0OdiY85u1dlPhR97dW6TcxJjseWBb92nBXKnDmoCKda9d12OEtkX9W1uXoKYGHxFlVd9ziliwv1ykcfTaAn_hf1mzZe2HL-pCoNYDoeSuFn1z_rxLb_x0RRLHzCXxPb/s320/SPR+NURUL.jpg)
Pasti ada yang akan mempersoalkan bukankah Bersih 2.0 sebuah gabungan NGO yang teras perjuangan hanya kepada pilihanraya? Mengapa hari ini Bersih menuntut Najib letak jawatan?
Tuntutan Najib wajib letak jawatan memiliki asas yang amat kukuh. BERSIH4 mengajukan tuntutan ini tahun lepas. Asas tuntutan ini ialah kemasukkan duit sebanyak 2.6 bilion ringgit ke dalam akaun pribadi Najib.
Sesudah berita 2.6 bilion ringgit tersebar luas Najib telah mengumumkan bahawa duit itu bukan untuk kegunaan dirinya atau pun untuk Rosmah bershopping. Najib juga mengakui bahawa duit sebanyak 2.6 biliuon ringgit ini adalah derma dari seorang Tok Arab.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYFIUidaboIPa-YsodshdkmX8IIYwsbngmVn_nwhcpKmuWnGAgeTMsgI6MB9LFwhKaurRf_OtWxiMGlkOUEmsMSoFhn3w_0Ne5feH3rg6yey-1I_63qtI6BXETmwAGZchJS7jRdHG24OIT/s320/riza-aziz-+janggut+1.jpg)
Mengikut surah Najib - Tok Arab yang baik hati ini telah mendermakan duit ini kerana Tok Arab ini amat berpuas hati melihat Najib telah berjaya menjalankan Islam mengikut mazhab Sunni.
Fakta Tok Arab menderma duit untuk membantu Najib dan gerombolan United Malays National Organisation dalam kempen PRU13 telah menaikkan kemarahan orang ramai. Dari sinilah mulanya Bersih masuk campur menuntut Najib letak jawatan.
Duit 2.6 bilion ringgit telah digunakan untuk membeli undi. Untuk Bersih ini adalah rasuah politik.
Fakta duit Tok Arab beli undi telah disahkan oleh kenyataan media YB Shahril Samad dari Johor Baru. YB Shahril telah menyatakan bahawa dia menerima 1 juta ringgit dari Najib sebagai duit belanja kempen PRU13 di Johor Baru. YB Ahmad Maslan juga telah mengakui bahawa dia menerima 2 juta rinngit dari Najib untuk tujuan berkempen.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3egyue4UZEM8hUa8jVQppyAjyAqvxfJmV-hbKJJU_IW5fd-dyvyWdEBMl35BgVP2zqYhZWPkwY-Jr6-fqFwzINyyVL-6NoVeZdgFhGBlm0fCOjicXoxpX46JNJVr_eA7et2hvdMqilprK/s320/SPR+-+MENIPU.jpg)
Mari kita lihat kembali apa yang telah berlaku dalam PRU13. Dalam PRU13 - Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi popular. Manakala gerombolan Ketuanan Melayu hanya mendapat 47% undi rakyat. Dimana mana negara dalam dunia ini dengan majoriti 52% undi seharusnya Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan.
Ini tidak akan berlaku di Malaysia. Kerana SPR telah menyusun sempadan kawasan pilihan raya untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus menang. Kerja dan tugas SPR pada ketika ini ialah memastikan Najib terus memerentah.
Justeru rakyat naik marah. Mereka sedar mereka telah ditipu dalam PRU13. Kemarahan ini telah diterjemahkan oleh anak semua bangsa dengan tindakkan 500,000 rakyat turun ke jalan raya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQLKO3KE7YQ1FtTh9owG-ct6SRbFnSAbDgqMNfEmENiUkSgKomDJkUB06h8uwYbS8QMruX3V2GHQCr-Xtd5k9DbUIzvmdSl9sFM-YyzMgJ0ThDxOp1UGzuL_HocU6-FSr7FttijU2zrGdR/s320/SPR+-+TIPU+SENARAI+%25282%2529.jpg)
Pada Sabtu 1 Oktober lalu OBOR BERSIH5 telah dilancarkan di Kota Baru, di Kangar, di Lumut, di Johor Baru, di Kucing dan di Kota Kinabalu.
Obor ini akan masuk dari pekan ke pekan dari kampong ke kampong. Warga , penyokong dan kaum kerabat Bersih akan menyebarkan risalah, akan memberi penerangan, memberi pencerahan tentang BERSIH5. Ditempat dan kawasan yang stratejik Bersih akan mengadakan ceramah untuk menghasut anak semua bangsa turun ke jalan raya pada 19 November nanti.
OBOR BERSIH5 ini hanyalah simbol untuk diperlihatkan kepada umum. Dibelakang simbol ini adalah satu perjuangan yang maha hebat. Perjuangan yang dimaksudkan ini ialah perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia dari Najib dan Rosmah.
Dua sosok ini telah membawa malapetakan yang amat sangat kepada bumi tanah Melayu. Malaysia sedang dilihat menuju ke nagara gagal. Ini belum ditambah dengan kegagalan ekonomi, kegagalan pentabiran dan bahana GST.
Apa yang terpampang luas untuk dihayati oleh anak semua bangsa ialah Najib seorang pencuri.
Mengikut kata Dr Mahathir - gaji seorang Perdana Menteri bukan berjuta juta ringgit. Manakala Rosmah hanya anak Cik Gu sekolah Melayu bukan anak towkay atau jutawan besar. Justeru bagaimana Najib dan Rosmah boleh membuat kenduri anak kahwin dengan belanja berjuat-juta ringgit.
Maka mengikut tafsiran Mahathir pastilah Najib ini mencuri duit negara. Untuk Mahathir amat jelas - tidak ada dolak dalik - Najib adalah seorang pencuri. Mahathir telah menerangkan pekara ini beberapa kali dalam ceramahnya. Kali terakhir Mahathir telah menghebohkan Najib sebagai pencuri dihadapan warga Malaysia di Kota London.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOpC92dt1YBsx58nLXa00ejR4HsJLZwZ8rQ_6Bvyhgik-68g-oeRVHcgw3LookkwWg1tSxVmvmxd14NMnJmKO1DFVu5KJ6YikZPT3Sw4ImPSUgGIm1gBrzA55Gl12Ijz9wLBpTGumXGhb-/s320/1+MDB+NAJIB+FBI.png)
Penggalangan Barisan Bersatu ini dimunculkan dalam usaha menggelodak kampong dan bandar untuk memberi pencerahan tentang BERSIH5. Bersih akan menjalin kerja sama dengan semua parti politik, dengan semua kumpulan, dengan semua NGO, dengan semua organisasi resmi atau tidak resmi.
Yang penting badan dan kumpulan ini bersetuju untuk bersama menerima tuntutan BERSIH5.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWfa7AOq0yrOdP5ji-glGUD3yb9WBwv_XhUz91r6IgRbYZzUHmedcq4DnvDgJaeOx3nzwW7nbK3YBBgc8VwrGtjAE1fJ3u5g4yrGWSSQVxIJ6zBOA94jY4QdZqf8kRdXc1R9rzBR-VqEef/s320/SPR+-TIPU+RAKYAT.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwBznfvpxVo7JKJKcBkKaV92SmdkpRbElS0JxO7g14juFLZlZgxkpiOW7u_9URQ8kp4O5djsD9hIO7U0dDU0W1XqYy8_9H9LUSbgznLZXcxcCpDpf6XRJZD6qtXVTCkkUdvrvaYaowpXRZ/s1600/JANGAN+BOHONG.jpg)
Maka kita menggelodak, kita menghasut ke seluruh negara kerana ianya satu kerja yang susah.
Kita lakukan semua ini dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia. Kita satukan tenaga untuk kelahiran Malaysia Baru. Saperti seorang ibu yang mengandung - kelahiran anak yang baru ini pasti ada rintangan. Tapi anak itu akan tetap lahir.
BERSIH5 juga sama saperti ibu yang mengandung. Himpunan mega 19 November akan berjalan dan Malaysia Baru akan lahir. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg63Vsl9xnj6FZ-q3L5X3KM1gC0rxOYGc91IbVA89LPJy5memyWqmAIGjCvpfBzmqcIqC4LVyK9RFJLo_mILwYeZeA1dU01K3wXMWdY09mI96hiGXER5Nzih2ZGp-masCASZlr6BTiU6j4B/s640/BERSIH+4+-+MLM+1.jpg)
----------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan