Jumaat, 30 Disember 2016

JANGAN GUNA ALLAH SEBAGAI PERISAI




PERSOALAN

BUKAN GAMBAR

COPY PASTE

RAKYAT TANYA

SIAPA YB YANG

HILANG ITU?

JANGAN GUNA

ALLAH SEBAGAI

PERISAI

Nasruddin bimbang wabak ‘copy, paste’

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Naruddin Hassan hari ini menyatakan kebimbangan terhadap ‘wabak copy & paste’ yang melanda dunia teknologi masa kini.

Menurutnya, ia merupakan salah satu daripada aliran fitnah yang mampu mengorbankan akhlak dan nilai kemanusiaan.

“Mereka hanya perlu ‘copy & paste’ dan mereka hanya perlu ‘click & foward’ untuk viralkan seantero dunia sebarang fitnah.

“‘Print Screen’ juga satu fenomena untuk menceroboh dan mendedahkan privasi individu, grup atau jemaah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, ‘wabak’ tersebut turut melanda sebahagian anggota gerakan Islam.

Jelasnya, kebanyakan daripada mereka teruja untuk menjadi orang pertama kononnya dalam menyebarkan maklumat, tanpa menyelidik benar salahnya maklumat tersebut.

“Mereka terlalu ghairah untuk mencari rating dan ranking dari kalangan pembaca sama ada blog, Facebook, WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Mereka lupa untuk menempatkan diri pada rating di sisi ALLAH.

“Terdapat juga pihak yang sengaja cipta fitnah dengan melakukan pengkhianatan kepada jemaah. Belum sempat pengerusi majlis menutup majlis mesyuarat dengan tasbih kiffarah dan surah Al-Asr, satu persatu minit mesyuarat boleh dibaca dan dimuat turun oleh mereka yang berada Amerika, Britain, Australia, Singapura dan lainnya,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, adalah lebih baik berdiam diri sekiranya tidak jelas dengan sesuatu perkara.

“Jika kita tidak tahu mana yang benar atau tidak tahu betul duduk sesuatu perkara, maka diam itu lebih baik. Jangan siram petrol atas bara api. Jangan gatal tangan untuk 'copy, paste',” katanya lagi.

GAMBAR INI

DARI LAMAN

RESMI DUTA

GERMAN DI KL

JADI HAL

COPY PASTE

TAK TIMBUL






--------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia kira pasal orang lain.. pasal dia gila nak jadi gemuk, senyap ja.

X berani cakap terang2.. berani psycho ja.. cuba jawab sapa yg hilang..sapa yg tontonwi porno.. bayaq balik bil porno.. khalas

TUBELES berkata...

heheheh...gigi si nas ni pun tak bley tahan duduk dlm mulut diioo..ceh chek gigi dio..kalau palsu..maka betullah kata hamba..hehehhe

Tanpa Nama berkata...

Budak bahalol PAS biasa lah

Lepas PRU kerja KUTIP TOLL lah gaya nya

Kepala Otak

Tengok PORNO GERMAN orang lain pulak bayar

Duit RAKYAT hantar ke GERMAN bukan suroh tengok PORNO

Nasib baik BIL PORNO TV tak BILYON BILYON

Kepala Otak !!!

Melayu memang macam nih.... Ada juta juta...

Tanpa Nama berkata...

Mati mati aku ingat panda yg berserban....Sapa punya kerja nie....Copy paste kah kah kah