AMAT PELIK
TAPI BENAR
NAJIB ROSMAH
REMBAT BILION
JUTA RINGGIT
TAK DIPENJARA
JALAN JALAN
DENGAN
KERAMBIT
KENA 7 TAHUN
Alasan hobi tak diendah
KOTA BHARU - Alasan mengumpul kerambit sebagai hobi dan minat terhadap barangan antik gagal menyelamatkan bapa seorang anak apabila dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.
Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Anaz Hakimi Mohd Rizuan, 20, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.
Tertuduh didapati bersalah memiliki senjata kerambit berhulu kayu tersebut di tepi jalan di Kampung Baru, Pasir Puteh, pada jam 5.35 petang, 10 Ogos lalu.
Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya tidak mengulangi jenayah sama.
Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan bagaimanapun memohon hukuman itu diringankan dengan mengambil kira tanggungan yang dipikul tertuduh iaitu seorang anak lelaki berusia dua tahun dan isterinya.
Nazri kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa semalam.
Tertuduh ditahan polis pada Ogos lalu, selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan berada di atas motosikal yang diletakkan di tepi jalan.
Sementara itu, di perkarangan mahkamah semalam, suasana bertukar hiba tatkala anak tunggal tertuduh beberapa kali memanggilnya dan mencium tertuduh.
Tertuduh bagaimanapun dibawa masuk ke lokap mahkamah dan dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, selepas itu.
---------------
2 ulasan:
Kasihan
Kelantan tak ada kerja kosong ke ????
Jaga kambing kat kampong pun boleh cari makan
Kerambit nak sembelih biawak kot
Kasihan budak tuh
Hantar gambar kemaluan, lelaki dipenjara sebulan denda RM1500.
- Malaysiakini.
ini lagi pelik tetapi benar. kahkahkah
Catat Ulasan