CINTA YANG
AGONG IALAH
CINTA GAGAL
Henti lempar tuduhan terhadap Ben Nathan
Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave meminta masyarakat supaya berhenti melemparkan segala tuduhan dan membuat spekulasi yang tidak betul mengenai keadaan penyanyi popular era 1980-an, Ben Nathan.
Ini kerana katanya pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap penyanyi itu yang kini hidup sebagai gelandangan di ibu negara.
"Macam-macam saya dengar cerita mengenai Ben. Saya pun tak pasti sama ada itu semua betul atau pun tidak.
"Kita sebagai masyarakat yang diberikan akal sempurna berhenti daripada terus menghakimi seseorang. Memang tak adil untuk menuduh dia dengan pelbagai gelaran," katanya seperti dilapor Harian Metro.
Terdahulu, rakaman video individu dipercayai Ben menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Dalam rakaman yang dibuat oleh seorang lelaki itu, Ben yang dilihat berada dalam keadaan tidak terurus, bertutur dalam bahasa Inggeris mengatakan dia 'out station' selama tiga minggu di Pulau Pinang.
Ditanya sama ada masih aktif menyanyi, Ben mendakwa akan menjalani proses rakaman lagu di Jakarta, Indonesia, malah berkata mendapat tajaan daripada seseorang di Pulau Pinang.
Dave berkata, dia sudah berusaha memujuk penyanyi itu yang kini hidup sebagai gelandangan agar keluar daripada kehidupannya sekarang.
Bagaimanapun, usaha Dave itu gagal apabila Ben yang popular menerusi lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu menolak dengan pelbagai alasan.
"Saya adalah kawan kepada Ben. Kalau nak tahu saya berjumpa dengannya tiga kali dalam tempoh enam bulan lalu di beberapa lokasi sekitar ibu negara.
"Setiap kali berjumpa, saya mempelawanya untuk pergi makan dan membeli pakaian baru, tetapi dia menolak dan mengatakan kehidupannya baik-baik saja," katanya.
Menurut Dave, dia pelik kerana setiap kali berjumpa Ben selalu memberi alasan mengatakan dirinya sibuk dan perlu menghadiri mesyuarat serta proses rakaman lagu.
"Ramai yang mengatakan dia kurang siuman dan sebagainya tetapi dia masih kenal saya. Malah, dia memanggil saya dengan nama Islam saya iaitu Irwan Shah Abdullah.
"Sekiranya betul Ben mengalami masalah mental, dia perlu dibantu segera," katanya.
siapkah
sang gadis
yang telah
meninggal
kamu ben?
6 ulasan:
Threesome yang gagal
Kah kah kah
Dalam keadaan kita hari ini .. gwa lihat Ben Nathan bukan tidak normal dia bergelandangan. Kir Toyo kata Selangor sifar papa-kedana pada 2005 .. mungkin Toyol ni betul dengan dasar olok-oloknye .. sekarang dah 2017 ..
montok montok banget cewek nya
suara abang ben nathan pun mantap
abang ben nathan nih lebih baik dari bebudak gadai negara tuh
lebih jujur hidup nya layak dapat DATOK lah
insha Allah dapat lah kehidupan lebih baik nanti
yang penting jujur jangan gadai gadai sudah....
kecuali lah kalau ada KONTOL GANGSA harga bilyon bilyon tuh senang saja
hehehhehe...dia bukan mat fit
..dia ganja beer punya kicker....kota raya brickfield tempat main dia ni.....satu yg pasti...dia tak kacau sesiapa.
Pangkat Dato, Datuk Seri, Tan Sri hanya untuk orang2 yang bermasalah sahaja seperti Jamal, Annuar dan sebagainya..
best gak lagu tu.. tt sempoi !!
Catat Ulasan