JENG
Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB
SUNGAI BESI - Naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bekas pemimpin Pas, Tuan Haji Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Najib.
Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Rafizi, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.
Difahamkan, Mohd Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
"Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana syarikat itu telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Daripada akaun Najib, terdapat bayaran kepada peguam tertentu.
"SPRM telah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut.
"Salah seorang penerima bayaran daripada peguam tersebut adalah Nasharudin," katanya dalam sidang media tersebut.
Menurut Mohd Rafizi lagi, maklumat mengenai dakwaan tersebut didedahkan oleh seorang kenalannya yang juga merupakan bekas pegawai kanan SPRM.
"Pada 28 Januari lalu, saya bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama kami berkomunikasi baik secara elektronik mahupun bersua muka.
"Beliau adalah pegawai SPRM terkanan mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan Najib dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib, seterusnya ke akaun tokoh politik lain," katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan ke SPRM esok pada jam 11 pagi bagi membuat laporan berhubung perkara berkenaan.
Beliau turut menyarankan mana-mana pihak tampil membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dibuat.
"Kepada mereka yang banyak cekadak di luar sana, melalak di Facebook tidak akan mendatangkan hasil. Saya minta mereka buat laporan polis," tegasnya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
BELUM SENIN
NAMA DAH
TERPANCUT
MUKA GIGI
RONGAK
RUPANYA
KAH KAH KAH
-------------------
7 ulasan:
Bapak tak sangka, rupa-rupanya anak tiri bapak selama ini diet cuma makan dedak, tapi bapak lagi tak sangka anak tiri bapak ini makan dedak gred super impot quality triple A one star, lagi hebat dari bapak ish ish ish
Aku takut dengan rafizi ni, tak boleh buat memain dengan dia ni, tegas dan berani. Nasib baik aku tak suka banyak cekadak, aku cuma suka banyak cekodok
Orang KAYA tuh
Bukan senang nak makan LAHAP HARAM DUIT RAKYAT
Macam Muka OMPUTEH saja dah
Anak sapa tuh....??????
tuan up balik artiker tuan pasal nasa ni masa pemilihan tmbalan presiden dulu pernah di siarkan di tukartiub ini
Hidup rongaK hidup bongeK rombau nogori semiLang Anugerah UG bongeK ngator negara
FUYOO!
Banyak CEPAT!!
banyak CANGGIH!!!
kenapa bukan ISNIN?
Jangan ketawa dulu bro. Ini baru intro, kita tunggu butir2 taik yg bakal keluar dari mulut gigi rongak ni. Mungkinkan rm90juta dibahagi bahagi sesama lebai2 lain? Siapakah lebai2 tersebut? Jeng jeng jengggg.
Drama baru nak mula bro. Silap2 pas runtuh mcm domino kah kah kah.
Catat Ulasan