HARI
TIGABeLAS
kalau yang gusar
hari ke tiga belas menakutkan
tapi hari ini
kuala lumpur redup
macam jerebu nak sampai
tapi tak sampai
macam ada hujan bukit
dan
kuala lumpur dapat tempias
esok cukup dua minggu kita puasa
petang ini ketika kita berbuka
warga uk buat pilihan
kiri atau kanan
agaknya tahun ini
bagaimana berpuasa di kabul
bagaimana berpusa di herat
bagaimana berpuasa di kandahar
bagaimana berpuasa di damas
bagaimana berpuasa di baghdad
ah! lalu aku teringat
berpuasa di baghdad
teringat berbuka di masjid khadamiah
teringat lorong lorong kecil
tepi sungai dajlah
bagaimana warga iraq
bepuasa tahun ini?
ah! hidup ini berbalut ingatan
yang tidak sudah sudah
aku juga teringat berpuasa di lahore
aku teringat berpuasa di karachi
ah! indahnya perjalanan hidup ini
di london aku jadi musafir
berkelana merayau rayau
aku teringat berhari raya
dirumah tuan empunya restoran
tempat aku jadi pelayan
ah! indahnya hidup ini
aku juga teringat berpuasa
dalam penjara
kali pertama aku dipenjara
ialah bulan september 1974
bulan puasa di tasek utara
aku dihantar
ke penjara air molek
untuk tahanan reman
aku teringat kembali
berpuasa di kamunting
aku teringat bagaimana
tian chua ikut puasa sama
untuk tanda hormat
kerana kami berdua
duduk
satu tahun dalam satu sel
aku teringat
pak abu menjadi iman
aku teringat
ustaz badrul menjadi imam
semua cerah
berligar setiap kali
bulan puasa
sampai
ah ! indahnya hiddup ini
SELAMAT
BERBUKA
----------
1 ulasan:
Bagus lah kalau TT dah pandai berbuka dgn mula memakan kurma. Setiap sunnah nabi iaitu apa yg nabi buat pasti ada kebaikan dari segi sains.
Catat Ulasan