KULIAH
KULIAH
apabila hadi
apabila nik abduh
apabila tontowi
apabila mufti pahang
apabila parti islam pas
mengeluarkan kenyataan
menyokong najib
mempertikaikan
siasatan DOJ amerika
memperlekeh kempen
anak muda tentang 1MDB
semua ini bukan tak baik
semua ini amat amat baik
semua ini molek
terbaik
termolek
semua ini
adalah kuliah politik
semua ini kulih
memberi fahaman
tentang agama
dari zaman berzaman
agama telah digunakan
untuk menipu
untuk menidas
untuk
menghalalkan kezaliman
kali ini peranan hadi
kali ini peranan parti pas
cukup jelas
mempertahankan yang batil
ramai bising
apabila
karl marx menunjukkan
bahawa agama ini
candu untuk manusia
kali ini jelas
agama jadi candu
untuk rakyat berkhayal
bahawa najib ini
bukan perompak
bahawa
rosmah bukan penyamun
bahawa kes 1MDB
adalah fitnah semata mata
para agamawan berfatwa
rejim penyamun najib ini
jangan dilawan
jangan ditentang
jangan diruntuhkan
maka akan keluar ayat
maka akan keluar hadis
maka akan keluar nas
maka akan muncu sanad
untuk mempertahankan najib
justeru
apa yang sedang berlaku
ialah
kita semua dididik
kita diberi kuliah
untuk memahami
apa sabenarnya
peranan agama
terima kaseh hadi
terima kaseh nik abduh
terima kaseh tontowi
tuan tuan semua
telah membuktikan
kesahehan
pandangan karl marx
------------------
1 ulasan:
Ularmak dedak
Catat Ulasan