Jumaat, 8 Disember 2017

GUA SUDAH JELAS


BRO... GUA

CAKAP JELAS

BUKAN 

OOOOK EEEEKK

OOOOK EEEEKK

Dr Mahathir calon PM kerana Anwar di penjara, kata aktivis reformasi

DR Mahathir Mohamad jadi calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) hanya kerana bekas perdana menteri itu boleh mengisi kekosongan Anwar Ibrahim yang kini dalam penjara, kata aktivis reformasi Hishamuddin Rais.

Bekas aktivis mahasiswa dekad 1970-an itu berkata Anwar sebenarnya pilihan yang tepat, tetapi oleh sebab dia kini menjalani hukuman penjara, pilihan itu secara automatik jatuh kepada Dr Mahathir.

Katanya, Dr Mahathir juga mendapat kepercayaan pelbagai golongan, berbanding calon lain seperti Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

“Anwar pilihan tepat. Hakikatnya Anwar dalam penjara  . Dr Mahathir menjadi pilihan kerana pada malam pengiraan undi PRU14, sosok yang diyakini oleh para cukong (golongan usahawan besar) dan kaum pemodal ialah Dr Mahathir.

“Yang diyakini (golongan) feudal, penjawat awam, PDRM (anggota Polis Diraja Malaysia), ATM (anggota Angkatan Tentera Malaysia) dan lembaga daulah dan rakyat ialah Dr Mahathir bukan Muhyiddin atau Azmin,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Hishamuddin merupakan aktivis pelajar yang sinonim dengan perhimpunan jalanan anti Dr Mahathir dan gerakan reformasi sejak Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.

Beliau juga ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 26 bulan – antara 2001 hingga 2003 – dan digelar “Dalang Reformasi” oleh Dr Mahathir.

Namun Hishamuddin kini boleh menyebut dengan yakin bahawa Dr Mahathir boleh memberi manfaat kepada pembangkang untuk menewaskan Umno dan Najib Razak ketika ini.

Katanya, pengalaman dan reputasi Dr Mahathir di peringkat antarabangsa tidak ada di kalangan pemimpin PH seperti Presiden Amanah Mohamad Sabu mahupun pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Yang boleh telefon (Presiden Rusia) (Vladimir) Putin, (Perdana Menteri United Kingdom) Theresa May atau (Presiden Indonesia) Joko Widodo ialah Dr Mahathir bukan Mat Sabu atau (Lim) Kit Siang.

“Untuk mara ke depan dan melintasi bara api Najib, sosok yang sesuai ialah Dr Mahathir,” katanya.

Aktivis politik Hishamuddin Rais berkata Dr Mahathir boleh memberi manfaat kepada pembangkang untuk menewaskan Umno dan Najib Razak ketika ini. 

Aktivis politik Hishamuddin Rais berkata Dr Mahathir boleh memberi manfaat kepada pembangkang untuk menewaskan Umno dan Najib Razak ketika ini.


Hishamuddin mengulas perdebatan yang timbul dalam kalangan aktivis pro Reformasi dan penyokong pembangkang susulan penamaan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri bagi PH.

Langkah untuk menamakan calon perdana menteri itu merupakan strategi baru, selepas mengambil teladan daripada perkembangan yang berlaku dalam pilihan raya sebelum ini.

Setiausaha Agung PH Saifuddin Abdullah pada Selasa lalu menegaskan, gabungan parti itu perlu menamakan calon PM pada kali ini.

“Ini cuba dilakukan PR (Pakatan Rakyat) sebelum PRU13 tapi tak menjadi kerana tiada konsensus dalam PR; dan kerana ada yang nak namakan Ku Li,” kata Saifuddin.

Beliau merujuk kepada Ahli Parlimen Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang didakwa pernah ditawarkan sebagai calon perdana menteri oleh PAS menjelang PRU13 pada 2013.

Ahad lalu, The Malaysian Insight melaporkan, kesemua parti dalam PH kecuali PKR bersetuju untuk menamakan Dr Mahathir perdana menteri dan presiden parti itu Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya akan datang.

Menurut sumber, cadangan itu dikemukakan dalam permukiman PH pada 1 dan 2 Disember yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

“Parti Bersatu, Amanah dan DAP sudah bersetuju, cuma PKR masih belum capai kata sepakat,” kata sumber yang turut hadir pada retreat itu kepada The Malaysian Insight.

Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada Selasa lepas tidak mencapai kata putus menerima atau menolak cadangan menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalannya.

"Memandangkan cadangan tersebut belum diangkat secara rasmi oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, dan mengambil kira sejarah serta prinsip perjuangan reformasi, maka Biro Politik PKR mengambil keputusan meneruskan perbincangan berkenaan cadangan ini untuk memastikan ia terbaik buat Malaysia," kata PKR dalam satu kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu.

Kesangsian aktivis pro Reformasi dan penyokong pembangkang pada Dr Mahathir sebagai pemimpin utama PH dapat dilihat melalui kritikan yang muncul, seperti dialami Hishamuddin dalam satu forum pada Julai lalu.

Semasa sesi forum bertajuk “Mahathir Agen Perubahan atau Agen Pemusnah” anjuran Kelab Bangsar Utama itu Julai lalu, Hishamuddin menerima kritikan keras daripada para peserta.

Aktivis berusia yang terkenal dengan mulut celopar itu hanya bersikap bersahaja apabila menghadapi kritikan daripada kalangan aktivis berkenaan dengan mengingatkan mengenai siapa musuh sebenar PH.

"Persoalannya adalah siapa musuh utama kita, dan mengapa kita bersatu dan apakah peranan Dr Mahathir. Sama ada saya mempercayai Dr Mahathir atau tidak, ia tidak relevan,” katanya. – 8 Disember, 2017.


GUA BILANG

JELAS

SAJELAS 

AIR DALAM

TEMPAYAN

APA LAGI LU MAU



-------------------

3 ulasan:

kluangman berkata...

Terbaeekkk

Awanama berkata...

Bro TT...sejelas jelas bro memang ada kelas...cuma...some people just could not bring themselves to see beyond the horizon and, to cross the finishing line with victory not simply to complete the mission despite a potential loss...why? Because when you put your individualistics' aspiration as your goal disregarding the greater good for the COUNTRY and RAKYAT...that is the stumbling block...or rather the block in some peoples' head, agreed?

Nazrio berkata...

Mandi Laaa apa Lagiii Jangan basah Lengan, Mandi air Dan perkasam daLam tempayan