TABIAT ITIK
Kepada pembacha2 Tukar Tiub yang budiman...sedikit pencherahan mengenai perkataan KEBAS.
Generasi muda jika ditanya apa maksud KEBAS....mereka kata CHURI.Chontohnya:
"" Wang masjid telah kena kebas"".....namun KEBAS dalam context di churi bukan dalam persuratan Melayu lama.Ia bahasa kasar macham perkataan KANTOI. Baru lagi di pakai dengan meluas .
Jadi bila seseorang itu di sebut KAKI KEBAS....lazim nya orang terus menyangka dia itu kaki churi..
Aneh sekali...Di masjid saya ramai jemaah masjid Kaki Kebas!!!
Mungkin betul mungkin tidak tapi selalunya bila orang yang telah berumor itu dudok bersila lama 2 kaki mereka menjadi KEBAS.
Penggunaan perkataan kebas di sini membawa maksud keadaan anggota seperti tangan dan kaki menjadi kaku atau tegang kerana tertindeh atau terhimpit lama2. Ada juga yang sebut SEMUT SEMUTAN yang akan diolah bersama KEMUT KEMUTAN di minggu hadapan.
Kembali pada perkataan KEBAS...teringat akan DIKIR BARAT ITIK ,.....oleh Arwah Cikgu Naim.Dia cherita kelakuan itek yang ditiru oleh manusia...Satu rangkap sebut :
TABIAT PUAK ITIK
DIA SUKA BERGAUL BEBAS
TUNANG ORANG PUN DIA KILIK
BINI ORE PUN DIA KEBAS..
Sunggoh banyak kata2 nasehat Cikgu Naim dalam Dikir2 nya.Sila Google atau YouTube Cikgu Naim serta di iringi Al Fatehah.
KEBAS LAH KAM
-------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan