Khamis, 29 Mac 2018

GERAKAN GULING NAJIB




 GERAKAN GULING NAJIB
TAJAAN
MEDIA LUAR NEGARA


Saya amat yakin ramai akan bertanya  bila gerakan guling Najib ini akan berakhir? Bila Najib akan dijatuhkan? Bila Najib berjaya digulingkan? Bila Najib akan berundur? Bila rakyat Malaysia - anak semua bangsa -  akan melihat punggung  Rosmah  kali terakhir apabila Rosmah lari naik kapal terbang?

Jawapannya cukup senang. Gerakan guling  Najib ini tidak akan berakhir. Ianya hanya akan berakhir apabila Najib berjaya disingkir. Pada ketika ini anak semua bangsa di Malaysia tidak ada pilihan - masih terpaksa melihat muka dan rambut palsu  Rosmah Mansor. Amin.

Saya amat sedar melihat muka Rosmah Mansor ini satu penyeksaan. Saya juga sedar anak semua bangsa di Malaysia ini telah muak dan mual bila sahaja mendengar Najib atau Rosmah membuka mulut.

Pengalaman benci , muak, mual, loya dan perasaan  nak menerajang ini telah dirasakan dan dilalui oleh warga Indonesia di zaman Suharto. Perasaan  yang dirasakan oleh warga Malaysia pada ketika ini telah dialami oleh warga Pilipina dizaman Marcos dan Imelda. Warga Mesir juga telah melalui  dan merasakan pekara yang sama dizaman Mubarak.

Jika anak semua bangsa di Malaysia terseksa melihat muka Rosmah jangan  cepat naik darah. Bersabar. Ini kerana perasaan  yang sama telah dialami oleh warga Tunisia. Bayangkan bagaimana anak-anak muda, pelajar dan mahasiswa  di Tunis telah ‘muntah hijau’ bila sahaja mereka mendengar nama First Lady Leila Ben Ali.

Warga Mesir, Pilipina, Indonesia, Tunisia terseksa bertahun-tahun. Tetapi akhirnya sampai juga saat dan ketika dimana penyeksaan mereka tamat. Dan mereka meloncat tinggi merayakan  hari pembebasan.

Gerakan guling Najib ini terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama dari luar negara yang berpusat di Amerika. Kedua - kumpulan dari dalam negara - kumpulan rakyat Malaysia sendiri. 

Sejarah dan babak babak akhir membuktikan  bahawa serangan keatas Najib oleh media luar negara belum pernah terjadi saperti yang berlaku sekarang. Dalam bahasa Inggeris - unprecedented - tidak pernah terjadi.

Dalam kes liwat pertama Anwar Ibrahim - tahun 1998 - pun serangan dari media luar tidak seganas yang diajukan keatas Najib. Serangan media luar terhadap Mahathir dalam kes Anwar tidak seampoh  apa yang sedang berlaku kepada Najib.

Pada ketika itu si Anwar ini adalah ‘darling’ kepada media Barat. Darling ini ertinya kekasih lomoi yang dicintai. Pada ketika itu Anwar telah memilihara dan membuat jaringan persahabtan dengan media luar negara dan politikus barat terutama di Amerika. Wajib diingatkan  bahawa Paul Wolfowitz peneraju Perang Iraq ialah kawan baik Anwar.

Sekarang semua berbeza. Serangan media luar negara terhadap  Najib datang bertalu-talu. Sampai nak patah tengkok Najib apabila tunduk membaca kutukan dan serangan ini. Warga Malaysia - anak semua bangsa - wajib sedar serangan ini bukan datang dari media jenis Baca Ria , Kosmo atau  Harian Metro. Serangan ini datang dari media arus perdana yang berwibawa. 

Media-media yang mengutuk Najib ini dibaca dan diyakini oleh warga di Amerika, di Peranchis, Swiss, United Kingdom, German,  Canada mahu pun di Australia. Akhbar yang menyerang Najib ini adalah  bacaan harian dan rujukan untuk  elit politik dan elit ekonomi di Amerika dan di Eropah.

Akhbar saperti Washington Post, Washington Times, The Los Angles Times, The Wall Street Journal , The Guardian, Le Monde, The Times, The Financial Times, The Age, Sydney Morning Herald, The Australian - semua ini akhbar yang bukan kecik anak. Harian ini mempengaruhi  jalan politik, garis budaya dan garis ekonomi bukan hanya untuk Amerika dan Eropah malah untuk dunia kapitalis.

Jangan sesekali terlupa  The New York Times (NYT) adalah akhbar yang pertama  tiga tahun dahulu yang bertanggung jawab meledakan berita rompakan1MDB. Ini sebelum Peguam Negara  Puan Loretta Lynch dari Department of Justice Amerika (DOJ) membuat kenyataan.

The NYT kelihatan saperti kepala untuk  media barat. Apabila NYT mengambil garis maka yang lain akan mengikut.
Bagitu juga dengan stesen tv. Kelihatan jelas stesen tv di Amerika, Eropah dan Australia tidak putus-putus menggambarkan berita berkenaan Najib dan rompakan 1MDB. 

Stesen-stesen tv ini kelihatan amat gumbira dalam usaha mereka memperlekeh Najib. Malah dapat dirasakan bahawa stesen tv ini secara terbuka mahu Najib digulingkan segera.

Tahun lalu stesen Australian Broadcasting Cooperatiion (ABC) telah membuat  dokumentri sepanjang 45 minit tentang keterlibtan Najib dalam  tiga kes pembunuhan - Altantuya, Hussain Najidi dan Kevin Morais. Dokumentri ini jelas menunjukkan Najib sebagai ‘orang jahat’.

Mengikut labon Pak Menteri Said Kerouk media luar negara dan stesen tv  BBC, CNBC, CNN , ABC, SBS - terus menabur fitnah dan tohmah. Stesen tv ini seolah-olah dilihat sedang bersekongkol dengan  Mahathir dan Pakatan Harapan dalam usaha menggulingkan Najib.

Saya amat yakin gerakan guling Najib dari luar negara ini akan berterusan. Kita  baru sahaja diberi tahu  tentang sebuah buku yang akan muncul pada bulan September ini. Akhbar The Wall Street Journal akan mengeluarkan sebuah buku tentang kesah Najib mencuri duit 1MDB.

Seawal bulan March  - portal penerbit buku Amazon.com - telah mengiklan buku bernama - Billion Dolar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Holywood and the World. Buku ini pasti akan meledak heboh sedunia. Pasti laris berjuta naskah. Pasti menjadi Buku Ter Hot di NYT untuk beberapa bulan.

Minah Oprah pasti akan menemubual Tom Wright - penulis buku ini - juga wartawan dari Wall Street Journal.  Bila ini berlaku maka kesah Najib anak beranak dan kawan baiknya -  protoganis utama  yang bernama Jho Low - akan menjadi perbicangan sedunia.

Ketika ini kita wajib berbangga kerana seluruh dunia telah mengenal Malaysia. Malah kita wajib tersenyum puas - walau pun kita bukan pemenang hadiah nobel atau pemenang  Piala Bola Dunia - tapi kita ada  memiliki seorang pencuri sebagai Perdana Menteri. Satu-satunya Perdana Menteri dalam dunia ini yang  terlibat dalam kes curi dan kes bunuh. Berbangglah. Amin.

Dalam buku   yang akan terbit ini pasti ada babak pencurian, penipuan dan pembunuhan. Watak-watak  perempuan genit cun lagi bergetah saperti Paris Hilton  dan Merinda Kerr akan memainkan peranan penting. Ini diselang seli dengan   watak perempuan gemok pendek bermuka bulat lagi tembam bernama Rosmah.

Kesah intan  berlian merah jambu  - anting-anting, rantai dan gelang  akan berselerak disana sini. Dan jangan lupa dengan babak lukisan pelukis  gagalis miskin yang hilang  sebelah telinga. Van Goh  seorang Gagalis  yang cintanya ditolak oleh seorang  Minah di Brixton London akan memainkan peranan latar  untuk menghias rompakan duit 1MDB. Semua ini adalah aji-no moto - yang akan merancakkan jualan buku ini.

Pasti ada babak bagaimana duit curi 1MDB telah digunakan oleh Jho Low untuk merayakan tahun baru  2013 sebanyak dua kali pada hari yang sama.  

Awalnya pesta tahun baru ini dirayakan di Sydney Australia kerana  tahun baru sampai  awal disana. Kemudian semua tamu Jho Low diterbangkan dengan dua buah pesawat Jumbo  ke Los Angles  untuk pesta sambutan tahun baru kali kedua. Bayangkan. Bayangkan. Amin.

Kalau saya yang berjaya mencuri  duit 1MDB berbilion bilion dolar - akan juga  membuat pesta tahun baru yang lebih hebat dari  apa yang dibuat oleh China Tembam bernama Jho Low. Saya akan  mengadakan pesta tahun baru di Finland  di mana matahari tak turun-turun selama tiga bulan. Saya akan pastikan semua warga Brickfeild akan diterbangkan ke Finland. Dan tamu kehormat saya pastilah  YB Tontotwi. Saya juga tidak akan lupa akan menjemput bintang filem dari German.   

Pesta hendonis saperti ini tidak ada apa-apa masaalah. Terlalu jauh dari tangan Jakim atau Jais. Tentang belanja. Tidak perlu dirisaukan. Jika putus duit  buka saja kantong 1MDB. Dolar dan  pound akan mencurah keluar. Bayangkan. Amin.
Babak pesta Champagne dan entot mengentot diatas kapal Equnimity akan memeriahkan buku ini. Pasti watak Leornadio Di Caprio dan Martin Scorsese akan muncul. Awas bukan sebagai sebagai pelakon tambahan tapi  sebagai penerima dana dari duit curi 1MDB.

Sesudah buku ini diterbitkan  pasti ada filem menyusul. Pernah dilaporkn sebuah  filem dokumentri tentang 1MDB sedang disunting. 

Lihat dan perhatikan cara kempen gulingkan Najib ini disusun oleh media asing. Semua diatur. Semua disusun  satu persatu. Semua dipastikan akan memberi impak maksima. Semua bertujuan untuk menjerut leher si Najib anak beranak.

Pada tahap ini dikatakan Riza anak Rosmah Mansor dengan suami pertama sedang menyorok di Putrajaya. Pada ketika ini mengikut laporan harian The Australian  si Lanun   rakan curi   Najib yang bernama  Jho Low sedang menginap disebuah  hotel mewah di Shanghai. 

Kenapa di Shanghai ? Kenapa China Merah memilihara  dan memberi perlindungi kepada  Jho Low?  Itu satu babak yang tersendiri. Bagaimana pula gerak kerja rakyat Malaysia untuk menggulingkan Najib? Kita tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45




--------------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tsunami rakyat tamatkan GST..
mula bangkit the silent majoriti..
sempadan mula lanun makan diri..
dlm parlimen lanun beraksi membuli..
pru datang rakyat pijak lanun mati..
sychophant pengkhianat selamatkan diri..
takde ampun buru lanun seluruh dunia pergi..

Tanpa Nama berkata...

Semuanya jelas dan cantik. Tp bgmn nak sampaikan kpd pengundi totok umno/bn dan yakinkan mrk bahawa najib sebenar seorg yg amat jahat(evil)