GUA TAK MAU
KOMEN
KALAU
GUA KOMEN
GUA JATUH
STANDARD
Hishamuddin Rais hanya dengar ‘bisikan’, kata Anwar
PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim enggan mengesahkan dakwaan terbaharu oleh kontroversi aktivis politik, Hishamuddin Rais mengenai masalah dalam pembentukan kerajaan, Mei lalu.
Anwar berkata, Hishamuddin tidak mempunyai sumber terus daripada pemimpin yang terlibat dalam proses melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan pembentukan kabinet kerajaan.
“Dia ahli cereka. Jadi dia ada tafsiran sendiri dia dengar, dia tidak ada sumber terus. Dia hanya dengar-dengar bisikan tetapi bisikan itu tengoklah daripada siapa sokong tidak sokong,” kata Anwar.
Beliau juga memberi ruang kepada sahabat lamanya itu untuk memberikan pandangan namun menurutnya iaharus dinyatakan dengan berpada-pada.
“Kadang-kadang dalam politik kita ini menulis membantah menyerang keras ada yang penjilat keras. Bila menulis jangan jadi penyerang yang ganas tiada fakta atau penjilat.
“Bagi saya kita bagi ruang pandangan masing-masing menafsirkan. Jangan kita marah sangat. Setuju atau tidak setuju itu pandangan masing-masing. Tiada masalah,” katanya
Hishamuddin dalam siri tulisannya di Malaysiakini mendakwa wujud usaha untuk menyekat Dr Mahathir daripada menjadi perdana menteri sejak Pakatan Harapan menang pilihan raya umum 9 Mei.
Dalam tulisan bersiri terbaru beliau, Hishamuddin mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju dengan pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Dakwanya, Dr Wan Azizah dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 11 Mei lalu berkeras agar naib presiden PKR, Rafizi Ramli dilantik ke jawatan menteri kanan itu.
Dr Wan Azizah, yang sudahpun dilantik sebagai timbalan perdana menteri waktu itu turut memulaukan mesyuarat apabila Dr Mahathir enggan memenuhi tuntutan agar Rafizi dilantik ke jawatan tersebut, dakwa Hishamuddin.
Pakatan Harapan seterusnya mengumumkan pelantikan tiga jawatan menteri kanan – setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan dan Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.
Pada petang itu juga, Rafizi dalam kenyataan kepada media mendakwa pelantikan berkenaan dibuat tanpa rundingan dengan PKR.
Rafizi yang tidak mewakili mana-mana kerusi Parlimen dan tiada sebarang jawatan dalam Kabinet kini menggerakkan kempen ke seluruh negara bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR untuk pemilihan parti.
Penyandang jawatan tersebut adalah Azmin Ali, ahli Parlimen Gombak yang kini dilantik menjadi menteri hal ehwal ekonomi. – 1 September, 2018.
GUA ADA CERITA
LAGI BEST
LAGI DONGENG
BILA GUA STORI
LAGI LU LAGI
TAK CAYA
LU PUSING KEPALA
KAH KAH KAH
---------------------
3 ulasan:
Tunggu besok ya? Jangan pula TT lupa janji.
Bisik bisik.. lepas ni apa lagi Bang Nuar.. I tak rela u tau.. cukop.. cukop.. I dah tak tahan u tau.. please.. ..please.. auwwwww
Kah. .kah. . Kah tun det masih seperti dulu lama2 hang pun kena balik tak caya lu tunggu.. akhirnya dunia ini milik orang2 tua kah.kah.kah~
Catat Ulasan