Ahad, 30 September 2018

GARIS KIRI







SEKALI LAGI

GARIS KIRI

Ku Li cadang identiti Melayu sebagai kerakyatan Malaysia


TENGKU Razaleigh Hamzah mahu idea identiti Melayu sebagai kerakyatan Malaysia dikaji semula, dengan melihat kembali gagasan yang pernah timbul 10 tahun sebelum Merdeka.

Katanya, gagasan agar kaum Cina dan India digolongkan sebagai Melayu boleh dipertimbangkan sebagai usaha menyatupadukan rakyat.

Gagasan itu pernah diusul oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) hasil pemikiran pemimpinnya Dr Burhanuddin Helmy semasa penentangan terhadap Malayan Union pada 1946.

Gagasan itu juga terkandung dalam Perlembagaan Rakyat 1947 yang digubal oleh Pusat Tindakan Rakyat (Putera) di bawah PKMM dan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) yang dibentuk oleh Tan Cheng Lock, yang kemudiannya mendirikan MCA.

“Sekiranya cadangan (PKMM) itu diterima, saya yakin masalah perhubungan kaum yang menghantui kita selama ini tidak timbul,” katanya dalam ucapan merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7 Lembaga Peradaban Melayu (Adab) di Kuala Lumpur, hari ini.

Ada beberapa negara berjaya mengadunkan etnik berlainan untuk menjadi satu kaum padu negara mereka, jelas beliau, tanpa menyebut negara yang dimaksudkannya itu.

“Saya menganggap kita masih tidak terlambat untuk membangunkan sebuah negara padu terdiri daripada berbagai kaum. Bagi maksud ini mungkin masanya sudah tiba untuk kita menimbang kembali cadangan (PKMM) itu,” katanya, dalam teks ucapan yang dikirimkan kepada media.

Gagasan sebelum Merdeka itu mencadangkan antara lain agar semua rakyat negara ini dikenali identitinya sebagai Melayu apabila mereka “memutuskan perhubungan atau pertaliannya dengan kebangsaan asalnya”.

Dalam ucapannya, yang teksnya dikirimkan kepada media, Tengku Razaleigh berkata perpaduan nasional yang dihebohkan selama ini ibaratnya “menanam tebu di bibir mulut”.

“Sebenarnya kita tidak mempunyai perpaduan nasional,” kata ahli Parlimen Gua Musang itu.

Jelas beliau, hal itu terjadi kerana orang bukan Melayu terutamanya Cina dan India tidak menerima budaya Melayu sebagai teras budaya kebangsaan dengan alasan ia tidak sehebat budaya mereka, yang dikatakan lebih tua daripada budaya Yunani.

“Maka itu kaum Melayu diperlekeh,” katanya.

Tengku Razaleigh, yang baru-baru ini dilantik mempengerusikan Jemaah Penasihat Umno, turut membangkitkan salah faham orang bukan Melayu, malah orang Melayu sendiri, tentang ethos dan nilai murni Melayu.

“Hemah hati budi Melayu tidak dipeduli, bahkan selalu sahaja dipersenda,” katanya, sambil menarik perhatian salah faham itu juga berlaku dalam kangan golongan terpelajar.

Beliau menarik perhatian kepada salah faham tentang kedudukan keris dalam budaya Melayu yang disalah tafsir “kerana sengaja hendak memburuk-burukkan orang Melayu.”

Tengku Razaleigh juga menarik perhatian kepada konsep ketuanan Melayu, yang katanya, pada hari ini sudah tidak lagi sama seperti semangat asalnya ketika ia disuarakan dulu – merujuk pada polemik itu antara pemimpin Umno dengan Lee Kuan Yew pada tahun 1960-an.

Katanya, seruan “ketuanan Melayu” itu timbul sebagai reaksi balas kepada kutukan dan tindakan tidak adil oleh bukan Melayu kepada Melayu. – 29 September, 2018

UMNO
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION
DAPAT KUASA DARI INGGERIS
MEMBUNUH MENANGKAP
KAUM KIRI

PARTI INI WAJIB
DIHUMBANKAN
KE TONG SAMPAH SEJARAH
AMIN


--------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jais wajib emjawab cadangan ku li ni..jasi pernah berkhutbah di mimbar jumaat bahwa pluralisma, leiberal, dan mjd kan malaysia ni sbg satu bangsa adalah agenda lgbt..gua nak tunggu jumaat ni, apa mimbar jumaat jais nak mencarut..

Tanpa Nama berkata...

anwar bukan garis kiri..anwar masuk parti umno parti tong taik senyap2..kalo anwar jd perdana menteri maka sang saka akan jd sang jambu..corak merah putih akan jd corak batik..salute dikepala digantikan dgn salam cium tangan..anwar adalah alat sultan..