Selasa, 13 November 2018

LAGI PANDANGAN TAMRIN








DARI TAMRIN
RAKYAT TIDAK BERSALAH
FREE LOADER
MAKAN TANGGUNG
BERAK CANGKUNG

Tamrin  Ghafar

Isnin - 12/11/18
( 1 - 24 )

1.   Disertakan keratan akhbar Sinar Harian yang memuatkan di muka hadapannya peringatan Sultan Kedah yang baru.

2.  Baginda adalah bekas Mejar dalam Angkatan Tentera dan bekas ahli perniagaan sehingga diangkat menggantikan abangnya Tunku Abdul Halim yang baru meninggal dunia.

3.  Mengikut beliau ada 3 perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 yang tidak boleh diusik ( sila lihat keratan akhbar tersebut ).

4.  Sebenarnya peringatan yang sama pernah disuarakan oleh beberapa orang Sultan sebelum ini.

5.  Ekoran teguran A Kadir Jasin terhadap tindakan beberapa orang Sultan, beberapa ' hulubalang ' telah menuduh A Kadir sebagai tidak menghormati, kurang sensitif dan menghina Institusi Raja.

6.  Ada pula yang telah membuat lapuran polis terhadap beliau. Semoga ‘tidak ada udang di sebalik batu’.

7.  Sebelum A Kadir dipanggil polis untuk beri keterangan,  saya mencabar Bukit Aman untuk mengambil tindakan mendakwa TMJ yang telah terbukti melakukan 2 kesalahan serius sebelum ini:

i.  10 tahun dahulu pada umur 24 tahun beliau telah mencederakan Tengku Nadzimuddin dengan menggunakan pistol, dengan dibantu pula oleh pengawal - pengawal peribadi beliau terdiri dari anggota Johor Military Force ( JMF )  - perbuatan jenayah seperti ini  TIDAK  ADA   HAD  MASA UNTUK DIAMBIL TINDAKAN.

ii.  Baru - baru ini beliau menuduh Kerajaan PH di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir, kononnya dengan menggunakan alat perisikan tercanggih  (spying equipment ) buatan Yahudi Israel,  sedang menggintip beliau dan bapanya , Sultan Johor.

Ini sebenarnya satu tuduhan AMAT  SERIUS kerana bertujuan membakar semangat rakyat membenci dan jika boleh menumbangkan 
Kerajaan yang telah dipilih rakyat secara demokrasi.

8.  Sebagai peringatan, sejak Merdeka 61 tahun dahulu sehingga kini rakyat TIDAK  PERNAH mempersoal mengapa dan bagaimana Sultan - Sultan berada di kedudukan mereka.

9.  Begitu juga sejak 61 tahun dahulu sehingga kini rakyat TIDAK  PERNAH diberitahu jumlah wang hasil titik peluh mereka digunakan bagi membayar elaun Sultan, keluarga mereka termasuk isteri dan kaum kerabat yang bergelar Tengku Mahkota, Raja Muda, Tengku Laksamana, Tengku Bendahara dan sebagainya serta kos penyelenggaraan setiap Istana.

10.  Semasa rakyat hidup dalam kesempitan dan keperitan akibat rompakan  besar - besaran yang dilakukan oleh Najib , Rosmah  dan konco-konconya tapi dalam masa yang sama ada terdapat  Sultan -  Sultan tidak peduli perasaan rakyat; mereka terus bermewahan termasuk  membina Istana - Istana atau membesarkan Istana yang sudah pun sedia besar, bermegah dengan dengan kapal terbang peribadi ( private jets )  dan menayang beratus  kereta yang nilainya tak kurang RM1 juta setiap buah.

Umum tahu bahawa kekayaan yang mereka perolehi semuanya bermula dengan hasil negara dan negeri seperti tanah, balak, lombong emas, bijih, pasir dan lain-lain lagi.

11.  Kedudukan Raja - Raja adalah terjamin dalam Perlembagaan tetapi ia tidak bermakna mereka tidak boleh dinasihat ,  ditegur malah dikritik jika mereka sendiri yang melanggar Perlembagaan dan undang - undang.

12.  Perlu diingatkan selalu bahawa 9 orang Raja yang terdapat di negara ini mereka ialah  Raja Berpelembagaan BUKAN  Raja Mutlak seperti Sultan Brunei dan Raja - Raja di Negara Arab.

13.  Raja Berpelembagaan membawa maksud bahawa mereka juga TERTAKLUK kepada Perlembagaan dan Undang - Undang.

14.  Jika sekiranya mana - mana Raja melakukan kesalahan mereka boleh didakwa di Mahkamah Khas tetapi bagi ahli keluarga mereka pula seperti  Tengku Mahkota, Raja Muda dan  lain - lain, mereka BOLEH  didakwa, ditangkap dan dipenjarakan di mana - mana mahkamah dan penjara pada bila - bila masa sahaja jika didapati menyalahi undang-undang seperti yang pernah dilakukan oleh anak Sultan Johor.

15.  Undang - Undang ini telah digubal apabila  Sultan Johor  ketika itu telah menzalami rakyat dengan mencedera malah membunuh rakyat sesuka hatinya.

16.  Justeru itu,  bagi menyelamatkan rakyat dan 
bagi mengkekalkan Institusi Raja, Tun Dr. Mahathir , Perdana Menteri ketika itu , atas nasihat  Jemaah Menteri dan akhirnya dengan persetujuan Parlimen sebulat suara  telah DIPAKSA  meminda Perlembagaan tersebut.

17.  Perlu disebut Pindaan yang bersejarah tersebut telah dibentangkan oleh ayah saya Tun Abdul Ghafar Baba pada tahun 1993 yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan  Perdana Menteri.

18.   Raja - Raja kita termasuk ahli keluarga mereka yang selalu rajin melawat  London, malah boleh dikatakan hampir kesemua mereka mempunyai hartanah di sana yang bernilai berjuta - juta ringgit sepatutnya mengambil iktibar bagaimana Raja dan keturunan mereka bukan sahaja di hormati, dikasihi malah dibanggai oleh sebahagian besar rakyat Britain dan dunia.

19.  Mungkin apa yang saya turunkan ini tidak dipersetujui tapi inilah hakikat yang sebenarnya:

a.  Ratu Elizabeth dari England dan keluarga mereka tidak pernah melibatkan diri dalam politik tanah air.

b.  Baginda Queen dan keluarga juga tidak terlibat dalam mana - mana perniagaan dan pentadbiran negara.

c.  Segala perbelanjaan seperti elaun diri dan keluarga dan lain - lain serta kos pengurusan Istana adalah mengikut apa yang DITETAPKAN oleh Parlimen.

d.  Queen dan ahli keluarga biasanya tidak mengeluarkan kenyataan - kenyataan yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat.

e.  Segala tindakan mereka  amat menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang; sebagai contoh mereka tidak merembat atau merampas tanah rakyat , mengambil dan menjual pasir , biji timah dan lain - lain sesuka hati seperti yang pernah dilakukan oleh lanun Viking.

f.   Walaupun Baginda Queen bukan beragama Islam, namun mereka tidak melakukan perkara - perkara yang dilarang seperti  mencedera malah membunuh rakyat mengikut nafsu . Mereka juga menjauhkan diri dari merompak dan berjudi . Mereka senantiasa berhati - hati dengan gejala yang membahayakan seperti dadah dan sebagainya.

g.  Selain itu Baginda dan ahli keluarga tidak membenarkan diri dari diperalat bagi meraih projek dan tender dari Kerajaan.

h.  Segala kurniaan yang hendak diberi dilakukan dengan begitu teliti, jauh sekali mereka menjual sebarang gelaran seperti kacang putih.

i. Seperti rakyat Britain yang lain Queen dan ahli keluarganya juga membayar segala jenis cukai kepada kerajaan.

j. Juruiring Baginda Queen hanya tertakluk kepada 2 buah kereta peronda (satu di depan dan satu lagi di belakang) serta 3 biji motorsikal; peronda motorsikal digunakan untuk membantu kereta kecemasan hospital yang membawa pesakit biasa.

20.   Ada 3 perkara penting yang PERLU dimasukkan dalam Agenda Mesyuarat Majlis Raja - Raja.

i.  Membincang secara teripinci peranan dan tanggungjawab Agong dan Sultan terhadap Negara dan Rakyat.

ii.  Mengkaji peranan mereka selaku Ketua Agama Islam ; bukan setakat nak menentukan tarikh puasa dan raya semata - mata.

iii.  Juga MENASIHATKAN Sultan Johor dan anaknya bukan sahaja bertindak  mengikut Perlembagaan dan undang - undang  bahkan kesemua Raja - Raja perlu menghormati keputusan majoriti rakyat jelata memilih PH sebagai Kerajaan baru yang menggantikan UMNO /BN.

21.  Mereka SEPATUTNYA  berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir yang telah  berjaya 
menyelamatkan Institusi Raja dari tindakan marah dan benci rakyat terhadap mereka ketika itu.

22.  Akhirnya sekali lagi saya menyeru agar Kerajaan PH yang mengamalkan dasar Ketelusan dan Terbuka mengemukakan setiap sen yang dibelanjakan oleh Agong dan Raja - Raja untuk dibahas dan diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Negeri pada Sidang Belanjawan yang akan datang.

23.  Jika diadakan kajian (survey) dari Perlis hingga ke Johor, saya yakin majoriti rakyat mahukan segala kos tahunan dan elaun Raja serta keluarga dan belanja mengurus Istana dibentang di Parlimen dan Dewan Negeri.

Mereka juga mahu melihat Raja-Raja kita dan keluarga mereka mengikut jejak langkah Baginda Ratu Elizabeth.

24. Diharap seluruh rakyat dan Istana dapat bersama meniliti pandangan saya ini.

Terima Kasih.






-------------

4 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Nampak nye Pak Tamrin kita ni dah semakin kurang ajar ..cakap macam orang sesat igama .. lupa yg Raja siang malam JAGA igama ..igama islam yg sesuci air Sg.Ganges. Aku tahu bila perang Raja akan lari dulu ..Aku tahu Raja dah makin kurang darah Melayunye ..Aku tahu Raja ckp Melayu pon dah pelat macam Apek China Botol ..Aku tahu ada Raja kita dah ghoman Kublai Khan ..Aku tahu ..Aku tahu ..Aku tahu. Tapi ..tapi ..tapi jika Raja tak ada ..tak BERAYA lah kita?

Tanpa Nama berkata...

ni gua nak bgtau, sebelah masjid kat bandar diraja tu ada kawasan tanah kubur aka makam utk kaum kerabat. lu mati kat brickfield ke, jln imbi ke mesti bwk blk tanam situ. Baru gua tau rupanya situ lu tak perlu jwb soalan bocor "marobbuka?" gerenti selamat. Patutlah puak2 ni arak, judi & entot bunga halal belaka. Kalau lu nak join tanam kat situ, mmg wajiblah kena salam cium tangan..lu sanggup ke tt?

Tanpa Nama berkata...

cisss kau tamrin, berani kau usik muka-muka free nie dgn tulisan yg sama sekali jauh sekali dari perangai freeloader yg suci dari kesalahan, warak (kepala agamalah katakan) dan berjiwa rakyat. Tahukah kau tamrin, kau durhaka kt wakil tuhan. Tahukan kau tamrin baju kuning yg mereka pakai tu sebagai bukti mereka wakil tuhan. Tahukah kau tamrin patik tu maknanya anak anjing. Tahukan kau tamrin daulat tu ertinya debu dihujung kasut. kau durhaka tamrin.....nanti freeloader sumpah kau jadi telaga minyak.....kau jugak yg rugi, mereka jugak yg kaya...wakakakaka. Tamrin, sedangkan ostad hanya berdiam diri tapi mulut kau lancang tamrin. Tamrin aku rasa kau agen mossad yg dengki dgn org melayu islam lebih-lebih lagi soltan yg jadi kepala agama islam.

Unknown berkata...

Kamon Isham.. push with the momentum..