MELAYU ITU APA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGsFAWQtbL7lvL72WxB6bdmCnrB38uMy9y9wDbEwDiAeykr1JtBCXOcUkrzMtHDIl5v5BIJEbBBXDGO6qPFQV7co-yOPA-Uy2eWc810px6Lo6uTJuAidvcxkjDEz2pl0Org_L5Qv7nWcPo/s320/SANG+SAKA+DI+GUNUNG+SALJI.jpg)
Mahathir Muhamad anak lelaki Iskandar Kutty. Zahid Hamidi pendatang dari Jawa. Azeez Tabung Haji dilaporkan berbahasa Tamil bersama keluarga dirumah. Khairy Jamaluddin berkulit gelap legam. Melayu cerah berkulit sawo matang.
Kita selalu mendengar ayat-ayat ini. Semua ayat-ayat ini adalah manifestasi dari pertanyaan Melayu itu siapa? Pertanyaan ini muncul hasil dari persoalan nasional yang belum selesai-selesai.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfrsZWeRib4MysnigJxCjMkd5SJI1OHFLXqQFJKlFGuq9NfJ2XEQ232nCkQyHGNkoqcgbUX_VpOGr7ydu769DaXo87B-iw0zSpOwO3YThNEmV8DSqPkRAI4PG2ragsRFdNKCkM52Oev71K/s1600/PUTERA+-AMCJA.jpg)
Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHqSEzIE9ja3jfvvJseYJgJc9XGFrS0lPHHHj_T8ljpihXP582qptBPFnRmqxfz-FAZZqY7nBbXlkHaWXMo8OFNdbQZFGsi-YtDjKFvtEhWBbwCerH-Rn5lkG-XmzANeXZ7rVPjPGS_cyR/s1600/CHIN+PENG+GENG.jpg)
Pentakrifan ini berlaku ketika Anak Melayu masih ramai belum bersekolah jauh sekali sampai ke Universiti. Ini berlaku ketika belum wujud secara ampoh pemikir jati diri dan intelektual Melayu. Ini berlaku atas paksaan Inggeris.
Latar belakang wujudnya konsep Melayu yang dikahwinkan dengan agama Arab ini kerana Inggeris mahu mengundur dari Tanah Melayu. Kuasa kolonial Inggeris sesudah Perang Dunia keDua telah jatuh muflis.
Keadaan ini bertambah buruk apabila kuasa kolonial Inggeris telah dipukul terok oleh perjuangan senjata anak semua bangsa di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiR8-P3nysSHi695eK5kCNFBHMmcwGSrHLzH_63-DAjQBvhmE1vZPp5xnhxm5dNeeR48qeqxXPQQY5jv2wWZSnM4g0MJZLmuPz5VCOPMXV9dhbPKr3Zs8itxHQkDOtMSyfnb72MTTSRyfv2/s1600/PKM+2.jpg)
Sebelum Inggeris mengundur pada tahun 1957, saya masih ingat lagi bagaimana arwah emak saya seorang guru telah memperlekehkan apa yang dikenali sebagai DKK dan DKA. DKK ialah darah keturunn Keling dan DKA ialah darah keturunan Arab.
Sila ke Arkib Negara dan rujuk kembali DKK dan DKA yang dilaporkan oleh Utusan Melayu pada tahun 1955-1956. Sayangnya wacana DKK dan DKA ini hanya sampai ke tahap sebut menyebut sahaja. Utusan Melayu - satu satunya lembaga pengurus fikrah Melayu telah gagal mengupas apa itu negara bangsa dengan fikrah intelektual yang tuntas.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNp3dcGr69bpqSu52lzv2eI_TTHmdZePo8OhZ_sUXo9xyAY45kLAeGeySy05P01sBtU5ap24kRdtaVKtsc7Tduy6i-7qOU6tazgllQbeanBX-cTTzaOiCBHTlB2M5TJWn5S0vDuR1zS-BG/s1600/PAK+SAKO+CUN.jpg)
Sayugia, dari segi sejarah wajib diberitahu secara hitam puteh disini bahawa wujud satu lagi garis Melayu yang terbuka, maju dan progresif. Fikrah dan pandangan ini datang dari Melayu Kiri yang diwakili oleh sosok-sosok saperti Shamsiah Fakeh, Samad Ismail, Musa Ahmad , Rashid Mydin, Boestaman, Abdulah Sidi dan Pak Sako.
Kaum Kiri Melayu berkumpul dibawah payung Putera. Mereka telah menerima konsep sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu akan dianggap Melayu. Persetujuan ini telah dihitam puteh dalam Perlembagaan Rakyat 1947.
Putera - adalah gabungan enam parti politik Melayu Kiri. Dalam Perlembagan Rakyat 1947 difinasi siapa itu Melayu tidak dikahwin dengan Islam. Khalas.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6jChyphenhyphenfCRSir7plV-SLEdjtSY0OT0BGHtPmpOT_7MH-CRHSMIWCEmSKSFsNNWN-M5-_O-hjm-Sb7e_piLsJNkAGCk0K8qIO4vjzBoNQSDd2WtNOfb71ElNbL9cisrRZi96IGea0VItpI5A/s1600/PKM+1.jpg)
United Front garis kiri ini telah disabotaj dan dimusnahkan oleh Inggeris yang berkerjasama dengan garis kanan Melayu yang diwakili oleh United Malays National Organisation melalui Darurat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghdXcxcSPCnosesyccXcituU0Q0xfslblwi8CCtkVSyzagVXZ9xdST5-gX5EHHcIns_y2CG0Q1GiIBjM1lwS443WfF6P3d5Y-I_GnekI-A6nG4z1AlBV7ejH_OuvR97eM___z1xio2Y343/s320/TUGU+-+KOLONIAL.jpg)
Latar belakang sejarah yang saya rakamkan ini wajib diketahui oleh generasi sekarang. Ianya penting. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa difinasi Melayu yang wujud hari ini bukan satu yang multak. Bukan satu yang monolitik.
Terbukti - dari segi sejarah tidak wujud hanya satu pandangan - siapa itu Melayu. Amat jelas difinasi Melayu yang wujud dalam Perlembagan hari ini berlatar belakangkan kepentingan Inggeris dan pembelotan United Malays National Organisation.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjml2ZtiZiaIee0WQ5_5eR6zLwtkj8WYVwGljDg-D-Yi4umpi-2g_XFGiBhuzbKVXF0IR8RHyRzeeSAJY0IyUGj8V5GMM6LgEx7V9C6Xy4lOZLrnCXxmJjEUN5ylqnOaHpveSOQIiH5E2Iv/s320/PKM+6+-SHAMSIAH.jpg)
Di Pilipina ada Melayu beragama Christian. Di Bali majoriti Melayu beragama Hindu. Di Sumatera ada Melayu beragama Christian dan Buddhist. Masih ramai Melayu yang percaya kepada hantu dan polong, batu, hutan dan banir kayu. Malah ramai juga Melayu yag tidak percaya kepada apa sahaja bentuk agama.
Jangan silap tafsir Melaka dibuka oleh Parameswara anak raja Hindu. Ini bukan bermakan Parameswara dari India.Dia Melayu yang bragama Hindu. Hindu Prince yang ditulis dalam buku sejarah bukan bermakna dari India. Parameswara dari Majapahit i.e Jawa
Wajib juga saya beritahu bahawa 700 tahun dahulu mengikut Baru Bersurat dari Terengganu Bani Melayu ini telah ada tuhan sendiri - Dewata Mulia Raya.
Justeru mengkahwinkan apa itu Melayu dengan agama Arab hanya berlaku di Malaysia. Ini konsep kanan. Ini konsep kolonial Inggeris. Lahir dari kepentingan Inggeris. Konsep yang tidak ilmiah. Konsep yang tidak berjejak dibumi nyata. Konsep yang cuba memadamkam sejarah bangsa.
Hari ini konsep kanan siapa Melayu masih diteruskan oleh kaum kerabat saki baki parti politik yang pernah dieram oleh Inggeris. Konsep kanan ini secara lumayan telah digunakan sebagai senjata politik.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQNQvTi35J5oWUXMQ3sFwmnjnTs0lA12yto8FhZEl3gRD03HP47sOfWQ_cq4fOKqLL0RERhagZpLGJlImAGR6ddot9sWWpoCITHjTESSHBXoT8RH8iJyx1g-5EsknP2xSvrI2PB28yKPzg/s1600/BATU+BERSURAT+GANU.jpg)
Jadi siapa Melayu? Dalam keadaan kebonsaian Melayu ini biar saya terangkan disini dengan sajelas mungkin. Yang bonsai pun saya rasa akan faham apa yang saya tulis ini.
Jarak Shanghai dari Peking ialah 2,652 km. Dari Taiwan ke Peking jaraknya 1,851 km. Dari Yenan ke Peking jaraknya 4,355 km. Semua ini adalah bumi China. Jarak beribu-ribu baru jauhnya tidak pernah menjadi persoalan. Bahasa dan budaya yang berbeza-beza juga tidak pernah dipersoalkan. Semua China.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDHz0IeeYqxDSso6i7q7qX4kile_xDXI_SogYg54ksqPDQHd7KljxoX7fGEfPOx_IgpzzHsQtVUSenyzfYFozVHsvwKbehuUGI65FLlBPH7Hq778cilCPxF-F-wPtLdYVU-ycnEA24e4B7/s320/TUGU+-+ROBOH.jpg)
Jarak Kuala Lumpur ke Medan ialah 674 batu. Jarak Tanjung ke Medan hanya 274 km. Dari Melaka ke Dumai hanya 107Km. Dari Kuala Lumpur ke Jakarta hanya 733 batu atau 1188 km.
Tetapi kita terdengar Zahid Hamidi adalah pendatang Jawa. Ustaz Badrul Amin pendatang dari Banjar. Shafie Afdal pendatang dari Pilipina. Takiyuddin pendatang dari Patani.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0B9A9YttaarS4AvvsvgIiZyjexncGQSd35QyegupYqm39H0Wcf4jksjL7ZlJ2_h6vdfh5A6S2h1f3umi8p0FLYLDsY45cK4rhEHUsPpm8dLv9kAI-XHvmmIuEgkIIO6RoyuBYaYmAfmNK/s1600/PUTERA+-+PERLEMBAGAAN.jpg)
Kenapa agaknya Zahid Hamidi , Badrul Amin atau Shafie Afdal dipersoalkan dari mana asal usul mereka.
Ini buktikanya persoalan nasional belum selesai. Hakikatnya Zahid atau Shafie adalah Melayu. Semua lahir dalam bumi dan Alam Melayu. Mereka bukan pendatang. Sama saperti Mao Zedong bukan pendatang dari Hunan yang memiliki bahasa yang asing di Peking. Atau Ghandi juga bukan pendatang ke Delhi dari Afrika Selatan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuOCj2uh-urJvxiwXTeFGXMITLwkpS8cJN2NwK0_Ys9EG3blBhM2MCXC_EkaMBQSlYJoLWyoC3OxSq19wSGOwj18YGhehCDbIWB-364hxdSQZbcAKuqJSiH9Hukde6B6wdR8xy1jZ6lfZl/s1600/PUTERA+-+INDON.jpg)
Tujuan Orang China dan India menimbulkan ‘ Melayu juga pendatang’ tersirat niat jahat. Mereka ingin menunjukkan bahawa semua kita ini pendatang. Tidak ada siapa yang awal wujud di Tanah Melayu. Tanah Melayu ini bumi kosong. Tanah Melayu ini bukan asal usul Bumi Melayu.
Mengikut hujah ini Tanah Melayu ini adalah wilayah pendatang.
Sikap ini sikap salah. Ini sikap jahat dari pendatang baru. Sikap ini wajib dilawan. Sejarah membuktikan bahawa bumi Melayu ini hanya dipisah-pisahkan pada tahun 1824 melalui perjanjian Anglo-Dutch Treaty. Empat wilayah Melayu - Petani, Yala, Setul dan Naratiwat menjadi hak Siam melalui Anglo-Siamese Treaty 1906.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg36uvUW4H0kYSyMyRs8cRQ0AQh8DR2A7jsxaIt-tlEIF3MNAw4xCcKxRXrj6nZADWGcQNKc6U-7LYcSfXhWKhtaF2X4HpxWI45l2AXNTXRq0W8Bx34af6Nj08VfsdsnEtn_rjopzZ90EHQ/s1600/ANJING+MUFTI+2.jpg)
Pendatang ke bumi Melayu ini adalah sosok-sosok yang sebutan besi , air, nasi , babi dan padi bukan timbul dari bumi ini.
Langsat , durian , petai dan rambutan tidak ada sebutan dalam bahasa asal mereka. Mereka memiliki kata-kata yang amat berbeza dari kata-kata asal usul Melayu. Maka mereka inilah pendatang.
Apa yang dapat saya rumuskan disini ialah pertanyaan siapa Melayu itu memerlukan jawapan. Persoalan nasional wajib difahami. Penyelesaian masalah persoalan nasional akan terungkai kerana jawapan tidak dapat dipisah dari soalan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj40EXdPR-SN6-p8-yiugcF5IopmbnZ6Gw3nvRUw_7LIygSRXL0Ho705_bbfbvS-Yqc042D1d9Iqfgw7XNQMFkBoAdQZQu_uCSBrcTFlwLhOWc_qmH0N0PMkeWN-7l_7ohY4mlcIBedS4sd/s400/SHAMSIAH+FAKEH.jpg)
------------------
2 ulasan:
Bagus tapi masalah TT dan geng haluan kiri dan kanan, kalau tidak hitam, semestinya putih.
Berpuluh2 tahun aku Cari jawapan ni...terima kasih Isham.
Catat Ulasan