PEKARA YANG
TUAN AJI CAKAP
NI PEKARA BARU
DULU POLIS
TAK SOAL PUN
TUAN PUNYA
PROTON HIJAU
TAK DIBAWA
KE MAHKAMAH
Polis soal bekas pembantu Najib dalam kes Altantuya
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mendedahkan ia sudah mengambil keterangan bekas pembantu Najib dalam siasatan baru pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Ya, ya” kata Ketua Polis Negara Tuan Haji Mohamad Fuzi Harun ketika ditanya sudahkan polis menyoal Musa Safri.
Fuzi bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang berjalan.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas program rondaan cegah jenyah di Berjaya Times Square hari ini.
Musa adalah aide-de-camp (ADC) Najib semasa menjadi timbalan perdana menteri.
Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, menamakan Musa sebagai saksi utama dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pembunuhan anak perempuannya, dalam laporan polis Jun lalu, dan meminta polis menyoalnya.
Setev juga mahu polis menyoal salah seorang daripada 2 orang polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan Altantuya – Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar – untuk mengetahui bagaimana dan dari mana mereka peroleh bahan letupan yang dilapor digunakan untuk meletupkan anaknya.
Menurut Setev, pihak pendakwasaan semasa perbicaraan mengemukakan keterangan mengatakan Musa mendapatkan kehadiran Azilah dan Sirul di rumah Abdul Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.
Razak, pembantu Najib ketika itu, didakwa bersubahat dengan kedua orang polis tersebut tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Tuntutan undang-undang Setev dan keluarga terhadap kerajaan, Razak, Azilah dan Sirul berhubung pembunuhan Altantuya sedang berjalan.
INGAT TAK
DI ATAS BUKIT
DAMANSARA
ADA KERETA
PROTON HIJAU
MALAON MANA
PUNYA KERETA ?
2 ulasan:
tak ingat la tt.. sebab masa tu aku sokong umno..
musa lain aku tak ingat musa aman ingat la
cer cite cer cite.......
kah kah kah
Tak ingat lah tt. Malah, damansara tu atas bukit ke? Betul ke damansara byk jambatan. Saje tanya, sy ni org mersing.
Catat Ulasan