TONTON & FAHAMI
MAT SONGEL
MUNCUL KEMBALI
BERSAMA DAULAH TERPENDAM
Pada 6 April 2019 - Menteri Luar Saifuddin Abdullah bercakap dengan MalaysiaKini tentang kemungkinan wujudnya daulah terpendam yang merancang rampasan kuasa. Kata-kata Menteri Luar ini adalah pencerahan rentetan dari kenyataan Perdana Menteri Mahathir Muhamad yang muncul pada 5 April 2019.
Mahathir mengumumkan tentang kewujudan projek sailang yang dirancang untuk menggagalkan Statut Rom Perjanjian Mahkamah Antarabangsa (SPRMA -ICC).
Saifuddin yang lemah lembut lagi berbudi bahasa dengan penuh diplomasi menerangkan :
"Ada sebuah negara yang tidak pernah berlaku transisi demokratik, berlaku satu pilihan raya selepas kebangkitan rakyat, seorang presiden dipilih. Dan presiden itu dianggap the first elected democratically president and he formed the government (presiden pertama yang dipilih secara demokratik dan dia telah membentuk kerajaan).
"Dalam masa setahun seorang jeneral mengetuai satu rampasan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
"Kenyataan Dr M, kerisauan saya perkara sedemikian boleh berlaku di negara ini. Kita mesti elakkan perkara ini berlaku. Kita harus mempertahankan kebangkitan rakyat dan pilihan raya rakyat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Hishamuddin Rais yang bukan Menteri Luar dan tidak berdiplomasi menjelaskan bahawa negara yang dimaksudkan oleh Saifuddin Abdullah ialah Mesir. Presiden yang dijatuhkan oleh daulah terpendam ialah Mohamed Morsi yang sah dipilih oleh rakyat Mesir. Yang menjatuhkan ialah komplot General Abdel Fattah el-Sisi dengan kerja sama daulah terpendam Mesir. Kini el-Sisi mengangkat dirinya sebagai Presiden Mesir. Bekas Presiden Morsi kini dalam penjara diacam dengan hukum gantung kerana mengkhianat. Khalas.
Saifuddin dengan penuh diplomasi menyatakan kebimbangan dirinya bahawa rampasan kuasa oleh daulah terpendam boleh berlaku. Di Mesir daulah terpendam bergerak. Di Malaysia daulah terpendam wujud. Mustahil di Malaysia mereka tidak bergerak.
Manakala ucapan Mahathir pula telah menyatakan bagaimana Malaysia menggantung pengiktirafan Statut Rom untuk sementara. Menurut Mahathir gantung sementara kerana berlakunya kekalutan. Menurut pandangan Mahathir ini semua adalah kekeliruan dan kekalutan yang dirancang dan disusun. Walhal Malaysia telah menanda tangani perjanjian SRPMA-ICC. Amin.
Anak semua bangsa wajib sesama memahami apa itu daulah terpendam. Siapa dia daulah terpendam. Sila lihat dan dengar dengan hati-hati klip ucapan Mahathir tentang pekara ini yang boleh ditonton dalam YouTube.
Klip ucapan Mahathir ini sarat dengan pelbagai bentuk maklumat. Kita tidak perlu ada ijazah sain politik dari Havard Universiti untuk memahami ucapan Mahathir ini.
Dari segi semiotik kita boleh baca tanda dan makna ucapan Mahathir. Dari bahasa badan kita baca bahawa amat jelas Mahathir ini marah.
Jeng jeng jeng. Marah kepada siapa?
Pada petang Sabtu 20 April di Hotel Summit Kuala Lumpur dalam satu program Amanah Wilayah Persekutuan Khalid Samad Menteri Wilayah juga telah menyebut daulah terpendam. Khalid memberi tahu kepada ahli dan aktivis Parti Amanah agar berwaspada tentang kewujudan daulah terpendam.
Malah Khalid memberi ingatan kepada anggota parti agar jangan terperangkap dalam jaringan perang saraf daulah terpendam. Khalid mengalu-alukan kritikan terhadap kerajaan Pakatan tetapi setiap kritikan itu wajib berasas bukan hentam semberono hasil dorongan daulah terpendam.
Bila dikahwinkan klip YouTube Mahathir dengan kenyataan Saifuddin Abdullah dan ucapan Khalid Samad maka yang muncul satu persoalan. Apa sedang dilakukan oleh daulah terpendam.
Bila perkataan daulah terpendam muncul maka Hishamuddin Rais wajib membuat analisa untuk anak semua bangsa. Analisa yang senang difahami dan mudah dihayati.
Justeru, menjadi tanggung jawab saya untuk menghuraikan babak-babak dibelakang kenyataan-kenyataan ini. Apa maknanya dan tanda-tanda dari kenyataan dan ucapan ini. Amin.
Dari rujukan sejarah kita tahu bahawa idea dan metod daulah terpendam ini telah wujud semenjak zaman Greek kuno lagi. Dalam sejarah politik moden secara resmi daulah terpendam diwujudkan secara tersusun oleh Kamal Ataturk di Turki pada tahun 1923.
Daulah terpendam dari dahulu hingga ke hari ini adalah jaringan, kabal dan sel-sel rahsia, yang resmi dan tidak resmi. Daulah terpendam bergerak untuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Mereka mungkin terdiri dari sosok tertinggi pasukan tentera, lembaga risikan atau penjawat awam.
Para penjawat awam dan pegawai tertinggi kerajaan berkepentingan untuk menjaga gred JUSA dan periok nasi mereka. Memastikan daulah wujud agar mereka terus bekerja. Wujud juga sel yang mempertahan satu-satu idealoji. Secara subersif sosok ini secara tersusun dan tidak tersusun akan bergerak untuk menafikan niat, dasar dan cita-cita kerajaan yang diplih oleh rakyat.
Sosok-sosok aparachik tertinggi dari syarikat kerajaan (GLC) juga akan bersama daulah terpendam jika kuasa dan kepentingan ekonomi mereka tergugat.
Sama bersekongkol ini ialah para cukong dan kaum pemodal yang mahu memastikan mereka terus mendapat kontrek dan laba keuntungan yang berterusan.
Jangan lupa di Malaysia daulah terpendam juga termasuk sosok-sosok ahli politik yang kalah dan ahli politik yang bernafsu besar. Ini termasuk gulungan feudal yang merasa diri mereka tidak difeudalkan lagi. Amin.
Anak semua bangsa wajib sedar latar lanskap dan wacana politik Malaysia semenjak 9 Mai 2018 masih lagi sibuk soh seh soh seh dengan : Apakah Anwar Ibrahim diyakini oleh orang ramai untuk menggantikan Mahathir Muhamad.
Persoalan siapa salepas Mahathir telah membajak ajenda utama kemenangan 9 Mei. Ajenda utama Pakatan Harapan (PH) untuk membawa perubahan struktural telah dibajak. Para wartawan jadi hingar bingar bising dan sibuk ke hulu ke hilir bertanya: Dalam masa terdekat ini apakah Anwar dipercayai oleh Mahathir sebagai pengganti.
Walhal yang wajib ditanyakan untuk dijadikan perbualan nasional oleh anak semua bangsa ialah apakah bentuk reform dan perubahan struktural yang dirancang oleh PH. Atau apa ajenda ekonomi terdekat untuk menampung harga barang keperluan yang mahal. Apa ajenda sosial PH untuk jangka panjang dalam usaha menyelesaikan persolan nasional, perumahan atau persekolah dan dan dan. Khalas
Siri tulisan ‘Merakam Sejarah’ ‘ oleh Hishamuddin Rais dalam MalaysiaKini adalah bukti wujudnya watak-watak yang mahu mengsailang Mahathir. Awalnya Mahathir cuba disailang dari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada pagi 10 Mei 2018. Apabila ini gagal lalu diwujudkan projek gelap untuk menubuhkan negara Melayu-Islam dan untuk menolak Mahathir dan Pakatan Harapan.
Terbukti - projek sailang ini telah beberapa kali gagal. Media menghebohkan kenyatan Parti Islam Pas tentang projek undi tak percaya terhadap Mahathir.
Mat Songel muncul kembali dan telah mengambil teori dan pendekatan kaum kiri - mendirikan - United Front - barisan bersatu. Barisan bersatu ini berpayung dalam satu ajenda - memastikan Mahathir tergelincir atau diundurkan sacepat mungkin.
United front ini berjaya diwujudkan kerana ada kepentingan bersama antara Mat Songel dan daulah terpendam. Dalam masa yang sama para politikus dari zaman Najib dan kuncu-kuncu Najib ikut sama. Ini kerana mereka berhadapan dengan penjara.
Justeru, agenda Pakatan Harapan untuk membuka ruang demokrasi melalui Statut Rom disabotaj. Apa yang telah berlaku sabenarnya adalah sambungan projek sailang Mat Songel.
Usaha mensabotaj pendemokrasian Pakatan Harapan ini juga telah mendapat restu dari kumpulan Towkay Pasir. Sang Towkay merasa perniagaan jual beli pasir makin terdesak.
Pada satu ketika dahulu Towkay Pasir bersultan di bukit dan beraja di pub. Tepuk dada tanya Singapura. Semuanya berubah apabila rakyat memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru.
Apakah semua yang tertera dalam tulisan ini ini hanya cerita rekaan. Apakah semua ini hanyalah kesah-kesah dongeng. Atau mengikut pandangan Anwar Ibrahim semua ini hanyalah labon penglipur lara dari Hishamuddin Rais.
Bukan. Tidak. Ini bukan kesah dongeng. Saifuddin Abdullah bukan kaki putar. Khalid Samad juga bukan Tukang Karut.
Untuk membuktikan kesahehan apa yang saya tulis diatas sila rujuk klip MalaysiaKini dalam YouTube bertajuk - Mereka lebih pengkhainat dari saya. Klip 5.47 saat ini adalah bukti apa yang saya nyatakan tentang Mat Songel, daulah terpendam dan Towkay Pasir.
Dalam klip ini Mahathir menerangkan duduk pekara bagaimana agenda demokrasi PH untuk menerima pakai Statut Rom telah diputar belitkan. Kekalutan sengaja ditimbulkan. Secara licik kekalutan ini telah menuduh Mahathir sebagai pengkhianat menjual negara kepada orang asing.
‘... mereka nak cuba gunakan untuk memburukkan kerajaan.. terutama saya kunun.. saya pengkhianat kepada bangsa saya…’
‘...sesiapa melanggar undang-undang..tak kira siapa …sama ada mereka Putera Raja atau Mat Papa kerajaan akan mengambil tindakan…’
‘.… mereka telah berjaya melakukan kekalutan dan kacau bilau dalam pemikiran orang ramai…bahawa undang-undang Statut Rom ini akan menafikan hak orang Melayu… ini sabenarnya karut..
‘... kalau tak sain Statut Rom kita boleh curi kita boleh buat macam-macam tak boleh ada tindakan…tapi kerajaan ini akan bertindak … jika kamu melaggar undang-undang..’
‘.. kami tak peduli siapa kamu.. kami akan ambil tindakan terhadap kamu..kalau kamu menjual tanah kepada orang asing kerana mencari duit.. kami akan ambil tindakan…
‘.. semua ini langkah politik..untuk meminta Raja Raja menyokong mereka…ada keluarga Raja yang campur tangan..niatnya ialah mengarahkan Raja Melayu menetang kerjaan hari ini…. ini niat mereka…’
‘ maka kami mengundur dari Statut Rom.. kerana kekalutan yang diwujudkan oleh beberap sosok termasuk orang yang memiliki cita-cita politik…’
Jeng jeng jeng. …’ some people with political ambition… orang yang memilki cita-cita politik ..’ Ini kata-kata Mahathir Muhamad di minit 4.50 saat dalam klip MalaysiaKini yang tersimpan dalam YouTube.
Jangan tuduh Hishamuddin Rais buat kesah dongeng.
Justeru siapa yang memiliki cita-cita politk ini? Mustahil Towkay Pasir. Mustahil Cik Berahim. Mustahil Cik Ismail. Mustahil Mak Bedah. Mustahil Kak Kiah. Apakah ini kerja Mat Songel lagi? Tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
7 ulasan:
Kalau Madeey marah .Tindakan musuh adalah betul ! Seribu Peperangan Seribu Kemenangan !
Kah Kah Kah. "Apa yang keluar dari mulut Madeey semua tak boleh percaya" - Hishamuddin Rais
Kalau Mustahil Towkay Pasir. Mustahil Cik Berahim. Mustahil Cik Ismail. Mustahil Mak Bedah. Mustahil Kak Kiah, Mustahil Mat Songel lagi, mungkinkah ini kerja CikMinah...????????????
Hehehe....Cikminah stand behind u tt. U open all the Pendorabox, biar kami rakyat marhaen tahu, siapa itu MAT SONGEL yang mahu berjaya di hati dan bersetan di mata.
Bonggok..pukul talipon rosak ler..
Ini lah berok dapat bunga tok reti menulis...copy paste panjang berjela..mangkok punya blogger
Kenving malas..dok munom air kencing lagi mudah..perut membulat penuh cacibg kerawit..huuhuuhuuu
Eleh dahulah terpendam..kamu tahu isham apa tu daulah terpendam?kamu ingatkan ajk pibg tu dicalunkan dan diundi oleh semua ibu bapakah? Sebenarnya che'gu dan che'gi yang pilih.itu mesyuarat agong tu wayang saja.che'gu besau pun ada yang tak tahu siapa yg dipilih jadi kepalanya pibg.kemon la isham,ni meleysia.
Butthurt teruk tt lps kena cop penglipur lara ngan abg nuar.. hilang cool terus.. butthurt? Abg nuar? Hahahaha
rilek brader..apa nak ditakut kalo mat songel ada projek sailang..kita ada ibu segala bangsa..ibu ini yg akan meyelamatkan malaysia sb ibu ada 2 jawatan menteri..
Kalau orang mat songel yang kucing tepi jalan jer boleh panas bontot....lu ingat mat songel lagi boleh duduk diammmm???? mat songel lagi macam cacing kepanasan..........
mat songel mengadap sultan sultan tuh ingat tak ada bawak udang dalam mee ke...???
nampak gaya mat songel macam nak kena sailang lagi sekali lagi sebelum dia nak sailang Tun....mat songel nih tak cukup pailang lahhhhh!!!!
Catat Ulasan