Khamis, 20 Jun 2019

AWAS - AWAS - AWAS




BOCORKAN 

SEMUA

SELAMATKAN

DIRI SENDIRI



Saya larikan diri kerana takut dengan Najib, kata saksi

 Bekas Pengarah SRC International Suboh Md Yassin melarikan diri dari negara pada 2015 kerana takut dengan Najib Razak dan apa yang boleh dilakukan oleh bekas perdana menteri itu kepadanya dan keluarga.

Suboh yang berada di bawah perlindungan saksi melarikan diri ke Bangkok sejurus selepas berita mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didedahkan dan penyiasat mula membuat serbuan ke atas premis serta bank berkaitan dengan anak syarikatnya SRC International.

“Saya takut dengan apa yang berlaku dan Najib yang berkuasa sebagai perdana menteri. Saya tak tahu apa yang akan berlaku kepada saya dan keluarga.

“Saya buat keputusan larikan diri ke Bangkok dengan isteri dan kami tinggal di sana selama kira-kira sebulan,” katanya.

Menurutnya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil telah menyuruhnya pergi.

“Pada masa itu Nik Faisal juga menghubungi saya dan dia memberitahu bahawa kes SRC International melibatkan Najib dan dia menyuruh saya pergi,” katanya.

Suboh yang berusia 68 tahun berkata, beliau berasa bertanggungjawab terhadap tindakan tertentu oleh SRC International yang dirasakan “tidak betul”.

“Saya tidak meletak jawatan sebagai pengarah, saya rasa bertanggungjawab terhadap dana yang dilaburkan di luar negara,” katanya sambil menambah beliau ingin kekal kerana mahu memastikan dana itu dikembalikan dari luar negara.

Tambahnya, pada 2015 beliau menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat temujanji bagi menjelaskan keadaan berkaitan SRC International yang sedang disiasat.

“Pada tahun itu, apabila isu SRC International menjadi panas, saya mahu ke depan untuk memberitahu apa yang saya tahu.

“Sebelum saya pergi ke pejabat SPRM, saya menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali yang mengatakan dia daripada SPRM dan dia memberitahu saya untuk tidak pergi ke pejabat SPRM dan diarah untuk meninggalkan Malaysia,” katanya. – 20 Jun, 2019.


NIK FAIZAL

MASIH ILANG

LETAKKAN

HARGA KEPALA

JAMIN AKAN

MUNCUL

KAH KAH KAH

---------------

1 ulasan:

Arymanchino berkata...

Salute walau dah pakai tongkat baru balik.Kita maafkan dia sbb blm Subuh lg..Mkin dia takut kena simen dlm tong drum atau kena letup dgn C4.Kita juga harap dia bocorkan semua cerita.Biar cepat bos ku penyamun berehat d hotel bamboo river