TAKUT APA BOSS-KU
Takut apa boss ku. Ini pertanyaan yang sedang ditanyakan kepada Dasai – Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pertanyaan ini sedang berligar di kepala ramai anak muda ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK). Soalan yang sama juga sedang bertempek disana sini dari anak muda berparti dan dari anak muda yang tak kenal parti politik.
Malah ramai ahli-parti PKR – yang lama dan yang baru mengeluarkan pertanyaan yang sama. Suku sakat dan para kerabat dalam Pakatan Harapan juga sedang tertanya-tanya kepada Dasai - Takut apa boss-ku.
Maknanya – takut apa boss-ku - ini sedang ditanyakan oleh anak semua bangsa dan bangsa semua agama di Malaysia ini. Hakiktanya satu Malaysia sedang bertanya kepada Dasai - Takut apa boss-ku.
Gua sendiri pun sama terkejut kucing. Gua melompat terperanjat. Ini kerana blog gua – Tukar Tiub – terus dihujani oleh pertanyaan – takut apa boss ku. Semenjak petang raya hingga ke hari ini soalan - takut apa boss-ku - terus muncul. Ada saje Mamat dan Abdul Anonymous yang menghatarkan surat menimbulkan pekara yang sama.
Fikir punya fikira gua rasa adalah adil dan demokratik untuk gua cuba menjawab da menerangkan kepada orang ramai apa yang gua tahu. Ini untuk mencerahkan suasana. Harap maklum - penerangan gua ini bukan bertujuan tumpang semangkok. Tidak. Gua tak menumpang apa-apa. Gua hanya mahu membawa pencerahan dan memberi latar semolek yang dapat.
Soalan - takut apa boss ku – ini muncul apabila Latheefah Koya dilantik untuk menjadi Ketua Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengumuman ini muncul pada petang raya. Satu kenyataan pendek kepada media dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengumumkan perlantikan Latheefah.
Ketika kenyataan JPM terbit gua masa itu sedang tidur. Tetiba gua terbangun kerana diganggu oleh dering talipon. Ciss gua tak tahu siapa yang menalipon. Tapi ada pesanan ringkas dari YB Eli Wong.
‘ Lathefah Koya dilantik menjadi ketua SPRM..’ Khalas.
Talipon terus berdering dan pesanan ringkas terus masuk. Semua bertanya tentang Latheefah dan SPRM.
‘ Siapa Latheefah ? Apa dan kenapa Lateefah? Mana Lateefah? Boleh cayake Latheefah? Parti apa Latheefah? Soalan-soalan datang tak putus-putus.
Talipon berdering lagi. Ciss… gua yang sedang lapar berusaha menahan marah. Gua marah kerana semua ini menggangu ritual ‘siesta’ gua. Lat dapat kerja baru kenapa gua dipaksa bangun tidur. Pukrak.
Opss.. hampir terlupa. Wajib gua beri tahu. Gua dan kawan-kawan tidak pernah menggunakan nama Latheefah. Kami panggil si Latheefah ini Lat. Untuk yang muda-muda mereka memanggil Latheefah Koya - Kak Lat. Malah gua baru sekarang tahu rupa-rupanya ada Beebi pada nama Lat. Amin.
Petang raya gua pulang ke Jelebu. Ertinya gua tak ada hubungan dengan internet atau blog. Ini kerana sistem talipon dan internet agak susah di Jelebu. Bukit bukau keliling kampong gua amat payah nak ditembusi gelombang moden. Gua hanya ada Nokia klasik.
Di kampong pun Nokia juga terus sibuk. Gua diberitahu bahawa YB Nik Nazmi sedang berupacara untuk mengumpul tanda tangan meminta Lat meletak jawatan. Gua hairan apa sangkut paut Lat dan SPRM dengan Nik Nazmi.
Gua tahu dahulu semasa Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor , Nik Nazmi yang menjadi Exco ada masalah dengan tanah riadah dikawasannya.
Gua tak tahu apakah ada cukong atau ada gedebe samseng yang berminat untuk merembat taman riadah ini. Ketua ahli jawatankuasa Tanah Riadah Kelana Jaya ini budak sekolah lama gua. YB Nik juga datang dari sekolah yang sama. Justeru gua sebagai murid tua hulur tangan tolong-tolong selesaikan. Maka gua rasa kes tanah riadah ini sudah selesai. Jadi Nik Nazmi tak perlu takut dengan Lat dan SPRM.
Nokia gua terus berdering. Kali ini berita seorang Minah oppss… bukan Minah biasa tetapi seorang Minah YB dari Setia Wangsa pula buat lawak. Minah YB ini ini memang kaki lawak. Ramai ketawa hingga terkentut apabila dihari penamaan calon PRU14 Minah YB ini lupa bawa kad pengenalan. Ini sebenarnya taktik lama MCA – cuba cuba try.
Minah YB Wangsa Maju ini juga mahu buat upacara untuk menyunatkan dan memendekkan hari kerja Latheefah Koya. Yang ini gua faham kenapa Minah YB ini ada rasa takut. Maklumlah. Dulu dalam parti cukong. Mana tahu jika Lat Koya – buka punya buka file - tetiba terserempak dengan file ‘hartanah’ di Wilayah yang sedang dirembat oleh Ku Nan dengan gedebe samseng. Baca punya baca dalam file ini ada nama Minah YB in terselit sama. Ini parah.
Ini bukan kes besar hanya kereta Ku Nan dengan gedebe samseng melintas lalu menggunakan jalan di Wangsa Maju. Dua malaon ini mahu melihat tanah yang hendak dirembat di mukim Setapak.
Macam mana nama YB ini terselit sama hanya Guru Nanak saja yang mengetahui. Tapi ini hanya andaian gua. Jadi gua menjadi pelik kenapa Minah YB ini takut.
Macam mana nama YB ini terselit sama hanya Guru Nanak saja yang mengetahui. Tapi ini hanya andaian gua. Jadi gua menjadi pelik kenapa Minah YB ini takut.
Woit Minah YB pasal apa lu takut dengan Latheefah dan SPRM? kah kah kah.
Apabila Dasai takut gua faham benar benar. Dasai takut kerana ada asas yang amat kukuh. Biar gua terangkan sajelas mungkin disini agar satu Malaysia akan faham.
Latheefah Beebi Koya ini adalah peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim (Dasai ) untuk kes liwat. Mahkamah telah membuktikan Dasai telah meliwat Saifol anak muda yang menjadi pembantu pejabat Dasai. Dasai telah dapati salah dan masuk penjara. Ketika Dasai dalam penjara, ketika Dasai membuat rayuan ulang bicara Si Latheefah inilah yang ke hulu ke hilir mempertahankan Dasai. Sebagai peguam utama Dasai peguam Latheefah telah turun naik mahkamah bersama kumpulan peguam lain yang amat amat setia kepada Dasai.
Malah wajib juga pembaca yang Budiman diberitahu bahawa Latheefah ini juga adalah ahli Parti Keadilan Rakyat. Malah satu ketika dahulu Latheefah pernah memegang jawatan Majlis Tertinggi PKR. Jawatan ini bukan latikan tetapi dipileh oleh ahli PKR. Dari segi fakta sejarah PKR Latheefah ini mendapat undi terbanyak dalam pertandingan merebut jawatan parti. Sah lagi saheh Si Latheefah ini bukan kecik anak dalam PKR.
Setia Latheefah kepada Dasai tidak berbelah bagi. Biar gua surah satu babak sejarah. Gua amat kritikal terhadap sikap Dasai dalam isu gerakan Deklarasi Rakyat. Kami sedang cuba mendirikan ‘ barisan bersatu – united front ‘ dengan menggalang perserikatan yang luas untuk menjatuhkan Najib. Malah gua telah berjaya menghasut Mahathir yang pada ketika itu masih anti-demo. Mahathir bersetuju untuk turun berhimpun ke Istana Negara. Atas alasan menyampaikan 1.2 juta tanda tangan rakyat yang mahu Najib berundur.
‘ …. kalau macam itu ..saya akan bawa lori ke hadapan pitu Istana…’ Ini kata-kata Mahathir dalam salah satu pertemuan membincangkan taktik stratiji satelah lebih dari 1.2 juta tanda tangan dikumpulan melalui Deklarasi Rakyat.
Tup tup belum pun gua sempat susun demo ke Istana Negara si Dasai telah mengeluarkan ‘wahyu’ dari Sungai Buluh meminta para politikus dalam Deklarasi Rakyat berwaspada. Ini potong stim. Kertas tanda tangan bertimbun-timbun – hasilnya tidak kemana.
Gua naik bengang kerana Dasai sabotaj Deklarasi Rakyat. Lalu gua mengeluarkan kenyatan mengkritik Dasai yang duduk dalam penjara. Gua terangkan sesiapa duduk dalam penjara mustahil akan faham sepenuhnya apa yang berlaku diluar penjara. Biarkan aktivis diluar malakukan apa yang perlu. Ini berasaskan pengalaman gua sendiri yang duduk di Kamunting. Sikap terbaik orang orang dalam penjara ialah… shut the fak up..’
Wow! Lu tahu apa berlaku. Perang pecah. Latheefah Koya menyerang gua. Dia mempertahankan Dasai. Portal media telah melopaorkan kenyatan Latheefah yang menerangkan bagaimana Dasai ini amat berilmu lagi cekap walau pun dalam penjara. Dasai mengikut Latheefah lebih arif dari politikus diluar penjara. Dasai tahu semua apa yang berlaku. Amin
Tidak cukup dengan kenyatan akhbar, Si Latheefah ini menalipon gua dan memberi kuliah politik tentang betapa hebatnya orang yang bernama Datuk Seri Awar Ibrahim - anak guam Latheefah sendiri. Khalas.
Justeru gua faham kenapa Dasai takut apabila Latheefah Koya dilantik menjadi Ketua SPRM. Gua amat faham. Gua sedar dan gua tahu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sosok yang jujur, lagi warak, lagi syumul, sembahyang tak tinggal dan ketika bercakap selalu menyebut hadis dan potongan ayat-ayat suci. Dasai juga selalu menyebut kenalan baiknya terdiri dari alim ulamak saperti Qardawi dan ahli politik dunia saperti Paul Wolfowitz Dasai menjaga reputasi dirinya dari dituduh lantikan Latheefah ini adalah lantikan kroni Dasai.
Malah ketika Latheefah diumumkan sebagia ketua baru SPRM gua difahamkan Dasi berada di Mekah. Lihat betapa waraknya Dasai. Gua tak tahu apakah Dasai sempat memberi salam kepada makam Nabi sama saperti apa yang telah dilakukan oleh Najib. Hebat. Dasai ini meman.ag hebat Islamnya. Dasai tidak berputar-putar.
Justeru apabila Latheefah Koya dilantik menjadi ketua SPRM telah ada kedengaran tuduahan bahawa ini adalah kroni Dasai. Latheefah bekas peguam Dasai. Ketua SPRM baru akan beart sebelah. SPRM tutup mata terhadap salah laku pemimpin PKR. Ertinya SPRM kan ‘bias’ kerana Lathefah Koya bekas ahli PKR dan peguam Anwar.
Pada hebat gua semua ini menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim takut. Dasai takut dituduh melantik kroni. Apa nanti kata Qardawi. Apa nanti komen Paul Wolfowitz. Dasai tidak mahu dirinya yang suci muci tercemar kerana bekas peguamnya dilantik untuk mengetuai SPRM.Amin.
Tapi gua katakan pada Dasai – takut apa boss ku – tak perlu takut boss-ku. Mulut tempayan boleh ditutup. Mulut Latheefah Koya lagi tertutup. Amin. (TT)
Sesiapa ini melanggan
SUARA KEADILAN
terbit dua minngu sekali
sila hubung : 03-92-21 30-45
-----------
2 ulasan:
Hantu kau TT. Macam betul je nak cerita betul2 pasal 'takut apa bossku-DASAI'.Last2 kau bagi terubuk merah.Cerita Qardawi laa Wolfowich la..tu semua cerita dah basi laa..
Cerita Lat belasah keluarga Istana Segambut pasal cronism, nepotism, anak-beranak ism..sampai Puteri reformasi merajuk resign semua jawatan ... mana?. Lepas tu semua tuduh pasal ex UMNO masuk Bersatu la..apa laa...Tapi apa2 hal Puteri tu tetap menggeramkan. Dari zaman UNITEN lagi..Nasib aku bukan lecturer dia
Kah Kah Kah.Tulisan macam ni macam tak de fikrah.Nampak terdesak ko Tee Tee.
Catat Ulasan