Selasa, 20 Ogos 2019

AWAS - CUKOMG DADAH MASUK POLITIK



AWAS

CUKONG

DADAH

BERI

DANA

POLITIK 

92 polis ditahan terlibat dadah

SEMBILAN puluh dua anggota polis ditangkap di seluruh negara dalam masa seminggu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan operasi khas membersihkan pasukan daripada gejala dadah, kata sumber.

Mereka ditahan dalam Operasi Blue Devil atau Setan Biru yang dilancarkan oleh Bukit Aman pada Selasa lalu dengan bantuan bahagian narkotik negeri. Semua 92 yang ditahan merupakan pegawai dan anggota pelbagai peringkat, yang terlibat memiliki dan menyalahguna dadah.

Operasi khas itu dilancarkan selepas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mendedahkan ancaman najis dadah di negara ini sudah mencapai tahap berbahaya, sehingga ada anggota polis sendiri yang menagih syabu.

“Apa yang mengejutkan dalam tempoh enam hari, seramai 92 pegawai dan anggota ditahan di seluruh negara.

“Operasi ini dijalankan Jabatan Narkotik Bukit Aman dengan cawangan narkotik setiap kontinjen,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Seorang lagi sumber memberitahu, operasi khas itu membongkar penglibatan polis sebagai dalang sindiket dadah selain menjadi pengedar kecil.

“Memang operasi ini mensasarkan anggota dan pegawai kami sendiri tetapi mereka yang sudah ‘rosak’... sebab itu ia digelar ‘blue devil’.

“Namun, sebelum operasi dijalankan semua kakitangan PDRM sudah diberi peringatan dan amaran.

“Tetapi masih ramai yang berdegil dan meneruskan pembabitan mereka dalam najis dadah ini,” kata sumber.

Ditanya contoh kes, sumber berkata, tiga anggota berpangkat lans koperal dan seorang koperal ditahan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada Rabu minggu lalu.

“Itu antara pembuka tirai operasi di mana mereka didapati positif methapethamine dan amphethamine.

“Di Selangor pula, seorang sarjan ditahan bersama 0.32 gramm dadah syabu dan peralatan menghisap ganja di Shah Alam,” katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu Operasi Blue Devil ini masih berterusan dan satu sidang media dijangka diadakan selepas operasi selesai.

Dalam pendedahannya baru-baru ini, ketua polis negara juga berkata gejala dadah di Malaysia sudah keterlaluan sehingga boleh jadi seperti Colombia sekiranya tidak dikekang. – 20 Ogos, 2019.




BAHAYA

BAHAYA

BAHAYA



-------

1 ulasan:

Unknown berkata...

Klau ikut ilmu semiotik Tt, dlm gmbar tu cukong de dgn shafee pguam njib, jd sbenarnya cukong tu yg suh njib songlap duit. Cukong tu adlh jho low stelah dia kuruskan bdan. Cukong tu angkat tngan camtu sbgai amaran kpd njib, dia akn bg pnampar kat njib klau jmpa kat s.buloh nti.. Siap la ko njib, katanya..