KECEWA
BANI MELAYU
KECEWA MALU
PEJUANG MELAYU
MINTA MAAF
MANA LESAP
KETUANAN
MELAYU
MANA ILANG
KERIS MELAYU
MINTA MAAF
PASAL APA
Azwanddin minta maaf fitnah Chin Tong pakai seragam komunis
AKTIVIS hak Melayu, Azwanddin Hamzah meminta maaf kepada Liew Chin Tong kerana mendakwa timbalan menteri itu menyuntik elemen komunisme di Kementerian Pertahanan.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia itu mengaku beliau memfitnah Liew, yang juga senator DAP, memakai seragam Parti Komunis Malaya (PKM) dalam program rasmi kementerian pada akhir Oktober 2018.
Pengakuan fitnah dan permohonan maafnya direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Azimah Omar, hari ini.
Mahkamah turut mengarahkan Azwanddin menerbitkan permohonan maaf itu di beberapa akhbar dan di Facebook.
Beliau juga diarah membayar RM40,000 kepada Liew.
Liew dan Azwanddin turut menandatangani penyelesaian persetujuan di hadapan hakim.
Dalam reaksinya, Liew yang juga pengarah pendidikan politik DAP berharap kes ini jadi iktibar kepada orang ramai untuk berhenti daripada meniup sentimen perkauman.
“Menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia adalah wajar untuk kita semua menganggap bahawa semua kita adalah anak Malaysia.
“Dan sesiapa yang berkhidmat di dalam kerajaan — tidak kira bangsa — kami berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia,” katanya, seperti dipetik portal berita DAP, Roketkini.
Pada 30 Oktober tahun lalu, Azwanddin menyiarkan kenyataan di Facebook menuduh timbalan menteri DAP itu sengaja mengenakan seragam komunis untuk menghina askar Melayu.
Lebih dua minggu kemudian, pada 19 November, beliau menyebarkan fitnah sama di laman web JMM melalui artikel bertajuk ‘Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan Dan Ancaman’.
Kementerian Pertahanan menafikan tuduhan liar itu dan menjelaskan pakaian warna khaki yang Liew pakai adalah baju korporat untuk menteri dan timbalan menteri.
Dalam notis tuntutannya kepada Azwanddin, Liew berkata kenyataan fitnah itu mahu menggambarkan beliau ada hubungan dengan komunis dan kegiatan pengganas, sekaligus khianat kepada negara. – 28 Ogos, 2019.
MINTA MAAF
ADA SALAM KE
APA HUKUM
SALAM TANGAN
KAPIR
SAJE TANYA
MANA TAU KALAU
JAKIM ADA
FATWA BARU
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
1 ulasan:
Cilaka Ketuanan Melayu minta maaf pd Cina kapir harbi.cakap berdegar2 akhir2 salaam tgn Cina makan babi..
Hampeeh punya Melayu...
Catat Ulasan