Isnin, 12 Ogos 2019

LARI LARI LARI

-







SAPA 

AKAN 

LARI KE

CANADA



Bahaya jerebu, penduduk utara Sarawak disaran berjaga-jaga

ORANG ramai terutama di kawasan utara Sarawak dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu.

Pengarah Kesihatan Negeri,  Dr Jamilah Hashim, menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah serta minum sekurang-kurangnya lapan gelas air bagi mengekalkan tahap hidrasi badan.

“Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan kadar segera jika penyakit bertambah teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, sekiranya mengalami tanda dan gejala penyait berkaitan jerebu seperti mata berasa pedih dan berair, gatal kerongkong, kerap batuk, hidung berair, kerap bersin, sukar bernafas, sakit dada dan kulit badan berasa gatal, supaya segera mendapatkan rawatan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.myhealth.gov.my atau www.infosihat.gov.my. – Bernama, 11 Ogos, 2019.-




LARI

LARI 

LARI
------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahaha pek moh dah bersiap siap nak lari ke canada. Sana udara bersih dan segar, semoga dilanjut usia sehingga 120tahun. Amiin oh! ya.. Kat canada takde latipah koya.. Pek moh boleh terus enjoy de menjoy kahkahkah