Isnin, 26 Ogos 2019

NAK PERANG KE?










BUNYI MACAM

NAK PERANG

DANA KENA GAM

FULUS  KURENG

TOWKAY MANA

YANG SPONSOR

SAJE TANYA

JANGAN MARAH


Skuad Sabil kekuatan baru Umno, kata Zahid

PASUKAN sukarelawan beruniform Pemuda Umno, Skuad Sabil akan jadi kekuatan baru dan tulang belakang parti menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, Skuad Sabil akan diberi latihan secukupnya bagi menyemai semangat sukarelawan dan pengorbanan dalam menghayati perjuangan Umno memartabatkan Islam, bangsa dan negara.

“Kita bina kekuatan baru. Ini penting kerana kita mahu menyampaikan satu pesanan di luar sana, kepada parti-parti dalam Pakatan Harapan bahawa Umno komited untuk rampas semula kerajaan.

“Kita ditekan, dihenyak, dipukul, dianiaya, dizalimi namun jangan main-main dengan Skuad Sabil ini. 

“Jika ditakdirkan PRU mengejut diadakan atas faktor apa pun, setiap Parlimen dan Dun, barisan hadapannya adalah Skuad Sabil,” kata Zahid di Janda Baik, Pahang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Skuad Sabil Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sekaligus menutup kursus pasukan itu di Institut Latihan Memperkasa Ummah (Ilmu).

Pemuda Umno menubuhkan Skuad Sabil, yang diharapkan akan jadi seperti Unit Amal PAS, lapor media pada Mei lalu.

Dalam iklan pengambilan ahlinya pada Julai lalu, Skuad Sabil dibayangkan antaranya semasa bencana dan musibah, selain membantu kelancaran penganjuran perhimpunan rakyat.

Penyertaannya terbuka kepada belia berumur lebih 18 tahun, cergas mental dan fizikal serta minat aktiviti kesukarelawanan.

Menurut Zahid, Umno mengiktiraf penubuhan Skuad Sabil di bawah Pemuda Umno dan berharap ia dapat kekal sebagai jentera baru parti walaupun berlaku perubahan kepimpinan nanti.

“Saya mahu siapa juga yang akan mewarisi jawatan ketua pemuda Umno, jawatan presiden Umno, Skuad Sabil tetap wujud walaupun pemimpin itu datang dan pergi.

“Sebagai menghargai pengiktirafan ini, maka pembiayaan sepenuhnya latihan akan ditanggung oleh Umno Malaysia. Ilmu ini akan dijadikan sebagai pusat latihan rasmi Skuad Sabil,” katanya.

“Sebagai pasukan sukarelawan, apa pun yang berlaku sama ada bencana alam atau apa sahaja, kita tidak mahu bersaing dengan pihak berkuasa, agensi.

“Kita adalah penyumbang, jangan ada salah tafsir. Kita tidak akan timbulkan masalah kepada pasukan yang sedia ada,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan penggunaan nama “sabil” tidak harus disalah erti kerana ia bukan bermaksud hendak berperang dengan kaum atau agama lain.

“Umno bukan parti yang ektremis. Kita sangat bersederhana. Buktinya 61 tahun kita memerintah negara, kita tidak pernah berhadapan dengan suasana seperti pada hari ini. Situasi perkauman dan agama berada pada keadaan yang paling teruk dalam sejarah.

“Skuad ini dicetuskan atas hasrat untuk kita berbangkit kepada rakyat dan masyarakat sebagai golongan muda yang menjadi benteng kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya. – 25 Ogos, 2019.


DULU UMNO

ADA 

PEMUDA

 TAHAN LASAK

SEKARANG 

PATUT ADA

PEMUDA TAHAN

LAPAR KERANA

FULUS DAH

KUREENG
KAH KAH KAH

-----------

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ermm.. mcm bahaya je bunyi skuad sabil nih. PH kna tubuhkn jgk skuad baru utk counter, letak nama skuad luar tabii, bg dorg gerun sket.. Senjata yg digunakn yg asli, target hnya pd satu sasaran..slogan- klau dpt kasi lunyai...hurmmm