PENDATANG - MEMBONGKAR
SEJARAH
Menafikan Bani China yang bermastautian di Tanah Melayu ini berasal dari Tanah Besar China dan Bani India berasal usul dari benua India adalah satu jenayah sejarah. Sama saperti menafikan Amerika telah meledakan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagsaki pada 6 dan 9 Ogos 1945. Menafikan fakta ini samalah saperti menafikan fakta bahawa dalam perang dunia kedua 20 juta soldadu dan warga Soviet Union gugur ditangan Nazi German.
Dalam konteks sejarah penafian sademikian dipaggil – revisionist history – pegubahan sejarah – pemesogan sejarah - atau mengubah fakta sejarah dengan memberi pandangan baru yang berlawanan dengan fakta sejarah.
Betul – fakta baru tentang sejarah terus dimunculkan hasil kajian baru yang dibantu oleh teknoloji baru. Teknoloji membuktikan Peking Man telah wujud 750,000 tahun dahulu. Java Man telah wujud di Pulau Jawa 700,000 tahun dahulu. Manakala di Lembah Lenggog - Orang Perak – Perak Man - datuk nenek moyang kepada Sakai dan Proto-Malays telah merayau-rayau dalam hutan belantara Tanah Melayu 11,000 tahun dahulu. Ini fakta bukan lebong.
Jika semua fakta sejarah awal wahid ini telah diterima maka tulisan ini senang difahami secara tuntas dan jelas. Tidak ada eek … tidak ada oook…Khalas.
Maka kita kembali kepada tujuan asal kenapa wacana ini dibuka. Kenapa kita wajib membincangka kembali ajenda pendatang baru dan pendatang lama. Wacana ini secara jujur dan terang bertujuan untuk melahirkan negara bangsa.
Semenjak 9 Mei 2018 dengan kemenangan Pakatan Harapan kelihatan jelas naratif agama, bangsa, pendatang baru dan pendatang lama menjadi berita perdana. Kuil diserang. Pegawai bomba gugur. Naratif- naratif ini sedang membakar dan memanaskan iklim politik tanah air kita.
Suasana ini pada hemat saya tidak sehat. Naratif yang sedang ditaburkan ini sedang meracun fikrah anak semua bangsa. Ianya bukan sahaja akan menggagalkan niat mendirikan negara bangsa. Malah berkemungkinan naratif songsang ini akan menjadikan Mei 13 sebagai pesta hari jadi.
Naratif songsang ini berjaya mara ke hadapan untuk diterima pakai kerana selama 60 tahun minda kita semua - anak semua bangsa – telah dijajah oleh United Malays National Organisation. Parti politik yang mengakui sebagai pejuang Melayu ini telah melakukan banyak pembelotan terhadap Bani Melayu. Manifestasi terbaru dari pembelotan ini ialah kemunculan pendatang baru bernama Zakir Naik dan pendatang lama bernama Dong Zong.
Pada hemat saya selama ini kita ini gagal membincangakn secara historikal dan secara ilmiah dan secara berilmu tentang latar dan adunan untuk membina negara bangsa.
Hari ini dalam era semua pekara internet - kita tidak boleh lagi menangguhkan perbincangan ajenda pendatang lama dan pendatang baru. Hakikatnya kehadiran lambakan maklumat dan bahan sejarah membolehkan kita berwacana secara rasional. Kata kunci disini ialah rasional.
Ini berbeza dari cara lama kita berbicara sebelum masuk ke era semua pekara internet.
Juga selama ini kita – Bani Melayu, Bani China dan Bani India terperangkap – dalam penghujahan emosi. Behujah bersama emosi degil yang bebal. Memiliki emosi bukan satu yang salah. Tanpa emosi kita bukan insan. Tanpa emosi kita bukan manusiawi. Tetapi dalam kontek mencari jalan untuk melahirkan negara bangsa kita wajib pinggirkan emosi. Kita asaskan pebincangan kita secara rasional, ilmiah dan historikal.
Tapi awas dan wasapada dalam era semua benda internet - kita juga wajib memilik keilmuan dan kewaspadaan ilmiah untuk menapis dan menangkis dan mengenepikan fakta yang boleh ditafsir malah berbentuk fakta wahal ianya hanyalah lebong.
Lebong juga boleh disalut oleh kajian ilmiah. Lebong ilmiah berbantalkan emosi. Lebong ilmiah ini hanya satu tujuan untuk mengenepaikan sejarah alam Melayu.
Kata-kata lucah saperti orang Melayu adalah juga pendatang. Kita semua di Malaysia ini adalah pendatang. Buktinya ialah Zahid Hamidi adalah pendatang dari Jawa. Najib adalah pendatang Bugis dari Selawasi. Kenyataan ini adalah kenyataan bangang lagi bodoh. Kenyataan ini berniat jahat.
Kenyataan ini samalah saperti memberi kenyataan bahawa Mao Zedong yang tinggal di Beijing adalah saorang pendatang dari Provinsi Hunan yang jauhnya 1339 kilometer dari kota Beijing. Fakta membuktikan bahawa Mao memiliki bahasa lorat yang berbeza dari lorat dan bahasa di Beijing. Tetapi satu dunia tahu Mao masih ditakrif sebagai Bani China
Walhal Tan Melaka dari Medan yang hanya 970 kilometer dari Melaka tapi tidak pula ditakrif sebagai Bani Melayu.
Provinsi Hunan didiami oleh Bani China. Bejing juga didiami oleh Bani China. Medan didiami oleh Bani Melayu. Melaka didiamai oleh Bani Melayu. Kenapa yang tinggal di Medan bukan Bani Melayu.
Apa yang saya utarakan adalah hujah ilmiah lagi rasional untuk menepis sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Melayu juga pendatang di Tanah Melayu ini. Amin.
Siapa pendatang dan siapa anak watan wajib difahami dengan jelas. Bila pekara ini telah difahami mari kita beralih ke babak ke dua. Ini babak pendek. Babak dengan pertanyaan – kenapa dan bagaimana Bani China dan Bani India meloroh masuk ke Tanah Melayu.
Jawabnya jelas. Bani China dari Tanah Besar China dan Bani India dari benua India meloroh masuk ke Tanah Melayu untuk menjadi buruh. Buruh ini diperlukan dalam sistem ekonomi kapitalis Inggeris untuk menjarah kekayaan bumi Tanah Melayu.
Sebelum berundur Inggeris telah menyediakn boneka politik untuk mengambil alih kuasa. Budak suruhan Inggeris ini diberi nama United Malays Natioanal Organisation. Parti politik ini - lebih tepat lagi budak suruhan tajaan Inggeris ini melakukan pembelotan terhadap kepentingan menyeluruh Bani Melayu.
Justeru pembelotan inilah yang membolehkan pendatang masuk dan terus bermastautin di Tanah Melayu. Tidak cukup dengan pembelotan di Semenanjuang pada tahun 1957 - pada tahun 1965 Singapura terpisah dari Ibu Kandung Semenanjung.
Pembelotan Parti Ketuanan Melayu ini berbeza dengan sikap Parti Komunis China. Parti Komunis China terus menerus mengakui bahawa Taiwan adalah sebahagian dari wilayah China. Walau pun pesisir pantai terdekat antara Tanah Besar dengan Taiwan ialah 220 kilometer. Banyangkan betapa dekatnya Singapura dengan Semenajung. Jika kita berkompang di Setulang Laut akan kedengaran bunyi kompang Johor di Woodland.
Ini satu bukti yang soheh bagaimana United Malays National Organisation telah belot menjual Singapura kepada pendatang.
Untuk menghalalkan kemasukan pendatang sebelum 1965 Bani Melayu didodoikan dengan apa yang dihebohkan dengan apa yang dipanggil - kontrek sosial. Ini dikatakan – perjanjian sosial - antara anak watan Tanah Melayu dengan pendatang asing.
Kontrek sosial apa? Perkataan kontrek yang diketahui oleh Bani Meleayu pada ketika itu ialah - kuli kontrek.
Hakikatnya mengenai kontrek sosial pandangan Bani Melayu tidak diambil. Malah mereka tidak tahu apa pun yang berlaku. Bani Melayu tidak ditanya. Tidak dirujuk. Ini sama saperti Inggeris menukar nama Kwantung kepada Canton. Tanpa persetujuan anak watan Kwantung. Menukar nama Mumbai kepada Bombay tanpa persetujuan anak watan Maharashtra. Menukar nama Al-Khairah kepada Cairo tanpa persetujuan anak watan Al-Khairah.
Pada tahun 2019 ini anak semua bangsa wajib diberi tahu bahawa TIDAK ada rujukan, tidak ada pungutan suara, tidak ada referendum yang besangkutan dengan perjanjian kontrek sosial ini.
Semua ini hanyalah lebong United Malays National Organisation, elit Melayu dan kaum feudal Melayu. Tiga kumpulan ini telah berkomplot menipu dan menjual kepentingan Bani Melayu.
Parti nasionalis Melayu, parti kiri – Parti Komunis Malaya telah diharamkan. Cadangan dan usul mereka tentang rupa bentuk negara bangsa di Tanah Melayu yang merdeka telah tidak dipedulikan. Pemimpin nasionalis dan sosok kiri yang tidak ke hutan angkat senjata melawan Inggeris telah disikat dan masuk penjara.
Kontrek sosial tanpa rujukan dengan anak watan Tanah Melayu sabenarnya satu pembelotan yang paling besar dilakukan oleh United Malays National Organisation terhadap Bani Melayu.
Pembelotan ini hanya satu tujuan sahaja. United Malays National Organisation membelot – menjual hak Melayu - untuk mendapat kuasa dari kolonial Inggeris. Parti Ketuanan Melayu ini mahu menjadi pengganti Inggeris.
Manakala kuam feudal yang makan tanggung dan berak cangkung tidak tahu satu habuk. Kaum feudal yang memiliki kesetiaan adat istiadat Melayu dan faham erti bangsa dan watan Melayau saperti Datuk Bahaman, Datuk Sagor, Maharaja Lela atau Tengku Yusoff telah dibunuh atau dihalau dari Tanah Melayu.
Kepada kauam feudal Inggeris menjanjikan makan tanggung berak changkung dengan gaji yang lumayan. Untuk menipu dan mengula-gulakan Bani Melayu dikatakan bahawa Raja Melayu ini adalah kepala Agama Islam. Apa makna kepala agama Islam ini tidak ada siapa yang tahu. Guru Nanak pun tidak mengetahui apa kaitan Raja dan Sultan Melayu dengan Islam.
Kaum agamawan yang sedar akan tanggung jawab mereka telah dipinggirkan. Mereka mempersoalkan kenapa diterima pendatang asing untuk menjadi warga Tanah Melayu. Justeru sampai ke hari ini kita ada tedengar sayu-sayu bunyi ucapan pemimpin Parti Islam Pas yang mempertikakan konsesp jus soli.
Apakah tulisan saya ini ungkit mengungkit. Jawabnya tidak. Ini bukan ungkit mengungkit. Bangsa Yahudi menimbulkan hak mereka yang terpendam selama 2000 tahun dahulu di Palestin.
Bangsa Maori di New Zealand makin lantang bersuara untuk merampas kembali naratif sejarah mereka. Bagimana pendatang masuk telah kita ketahui. Ini hanay babak pertama. Babak kedua tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI TERBIT JUGA
DI SUARA KEADILAN
TERBIT DUA MINGGU SEKALI
SESIAPA INGIN MELANGGAN
SILA PUKUL TALIPON
03-92-21-30-45
--------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan