PERJANJIAN - RAKYAT DIKELIRUKAN
Khamis - 10/10/19
( 1 - 25 )
1. Hari Rabu 9hb Mei 2018 , merupakan Hari Keramat kepada Negara
2. Selepas 61 tahun berkuasa dan dengan beribu juta wang ringgit dan seluruh jentera kerajaan digunakan namun dengan izin ALLAH Yang Maha Esa UMNO / Barisan Nasional telah ditumbangkan
3. Kombinasi 4 parti , PKR , DAP , AMANAH dan BERSATU yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad telah diberi mandat menubuhkan Kerajaan baru
4. Sebelum ini beberapa cubaan yang di ketuai Tengku Razaleigh Hamzah melalui Perpaduan Ummah dan Anwar Ibrahim sebanyak 2 kali melalui beberapa parti TIDAK mendapat kepercayaan rakyat terutama pengundi - pengundi Melayu
5. HANYA dengan kepercayaan terhadap Tun sahaja maka majoriti pengundi Melayu termasuk ahli - ahli UMNO sendiri telah memenangkan Pakatan Harapan atau PH
6. Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman undang - undang dipenjara Sungai Buluh ketika Piliharanraya Umum yang lepas HANYA dibebaskan MELALUI pengampunan Yang Di Pertuan Agong SELEPAS Tun dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali ke 2
7. Walau pun usia Tun sudah menjangkau 93 tahun ketika itu namun kesemua parti dalam PH mahukan Tun mengetuai mereka
8. Malah ada seorang bekas pemimpin PKR telah terbang ke London meminta Tun berjuang bersama mereka
9. Berbulan lama nya seperti orang muda dan tanpa peduli penat lelah , hampir setiap hari Tun berkempen di seluruh negara
10. Difahamkan 4 parti tersebut telah memeterikan satu perjanjian persahabatan
11. Setahun selepas PH menubuhkan Kerajaan dan setahun selepas Anwar dibebaskan sehingga kini berbagai tekanan dan gesaan meminta Tun melepaskan jawatan Perdana Menteri dilakukan ; Ia tak ubah seperti ' Selepas Menyeberang, Tongkat Hendak Di Buangkan - Ia seolah - olah Tidak Berguna Lagi'
12. Ada yang berhemah dan bersantun dan ada juga yang biadap dengan menggunakan bahasa kesat
13. Ada NGO yang menetapkan tarikh April atau Mei 2020 bagi Tun mengundurkan diri dan ada juga yang mahu beliau berbuat demikian jika boleh hari ini juga
14. Ada puak yang mengatakan termaktub dalam perjanjian PH yang kedudukan Tun sebagai Perdana Menteri adalah berupa sementara sahaja iaitu 2 tahun tapi ada pula yang menidakkan nya
15. Kebelakangan ini hampir setiap hari berbagai kenyataan dan tulisan bagi memastikan Tun mengundur diri
16. Sebenarnya rakyat sudah mula bosan dengan apa yang mereka dengar dan lihat
17. Sepatutnya mereka berganding bahu sama - sama membantu demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat BUKAN sebok nak merebut tempat dan harta
18. Permainan kotor ini bukan sahaja datang nya dari mereka yang berada di luar malah yang lebih menjijikan ia dilakukan oleh mereka yang berada di dalam
19. Mereka ini tak ubah seperti 'Gunting Dalam Lipatan' atau seperti nyamuk yang senantiasa menggigit untuk menyedut darah
20. Inikah budaya Melayu ' Baru ' yang sedang diperkenalkan ; mereka ini sebenarnya sudah hilang maruah dan budi pekerti yang boleh dijadikan contoh generasi akan datang
21. Mereka lebih mementingkan diri dan puak dari rakyat dan negara ; percayalah apa yang kita lakukan sekarang akan berbalik kepada kita atau kepada anak kita satu hari nanti
22. BAGI MENJERNIHKAN KEADAAN , DAN MENUMPUKAN MASA MEMBELA RAKYAT , ADALAH LEBIH BAIK PERJANJIAN ITU DI KONGSIKAN BERSAMA RAKYAT SECARA TERBUKA
23. Kalau boleh biarlah
RUMAH SIAP DAN
PAHAT TAK BERBUNYI LAGI
24. Yang berkokok di luar sana ;
JANGANLAH SEPERTI
ANAK KECIL YANG TAK RETI BAHASA,
MERENGEK - RENGEK DAN MELALAK TAK SABAR - SABAR
NAK KAN GULA - GULA !!!
25. Apakah kita lupa atau tidak percaya bahawa 'Kita Merancang Tapi Allah SWT Adalah Sebaik - Baik Perancang'
MASANYA PASTIKAN
TIBA JUA
SABAR LAH !!
Wassalam
Terima Kasih
-----------
6 ulasan:
Tulis pandai lar Pak Tamrin oouii!
Cuba turun tengok!
Sebenarnya yang asyik meleteh tu dan macainya dah lama kelaparan. Tak sabar tunggu giliran makan hidangan enak atas meja. Dah 20 lebih tahun menunggu.
Suara bijaksana seorang aktivis masyarakat penyantun dan penulis berhemah yang penuh nurani yang mahukan PERJANJIAN ITU DI KONGSIKAN BERSAMA RAKYAT SECARA TERBUKA amat jitu dan tepat. Sememangnya amat padat.
Tulisan seorang tokoh yang sentiasa disegani.
Salam
Kpd En Tamrin dan Tukar Tiub
Tulisan En Tamrin sungguh menarik. Tentu ditulis setelah diselidik dengan terperinci akan tajuk yang dibentang kpd pembaca. Syabas.
Saya minta En Tamrin tolong juga selidik dan tulis berkenaan kisah anak rakyat sendiri yang mewarisi harta yang ditinggalkan oleh Kerajaan Islam terakhir. Harta itu disimpan di UBS atas nama pemegang-pemegang amanah secara bergilir. Harta inilah yang digunakan oleh banyak negara (tak kira agama) dunia dengan syarat tertentu mesti dipatuhi oleh negara tersebut yang menggunakan.
Sekian lama negara berkenaan (termasuk Malaysia) telah menikmati faedah dari kemudahan yang di- sediakan harta ini.
Akhirnya harta ini telah dipulangkan oleh pemeganh amanah kepada pewarisnya. Pewaris telah mengesan harta ini telah diseleweng penggunaannya oleh pemimpin- pemimpin negara yang tamak yang diketuai oleh Malaysia dengan berkomplot dengan UBS.
Kini pewaris telah menamatkan perjanjian penggunaan harta tersebut dan menuntut semua harta yang telah diguna dengan sah dan yang dicuri dikebalikan sepenuhnya melalui Mahkamah Dunia (ICJ) sebelum perjanjian baru dimetrai.
Sekarang Malaysia dan semua negara lain yang terlibat menghadapi masalah kewangan.
Perkara ini boleh dibaca dalam tulisan Neil Keenan. Rujuk pautan berikut:
http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-they-are-all-watching-you-malaysia/
http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-what-goes-up-must-come-down/
http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-malaysian-dead-man-walking-caper-part-2/
http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-the-global-accounts-the-truth-the-thieves-the-liars-and-the-con-artists/
Diharap En Tamrin boleh siasat, selidik beri komen adakah Kerajaan Malaysia tidak zalim terhadap rakyatnya sendiri yang telah tolong dan benar guna harta warisan nya untuk memajukam negara selama ini.
Otak tamrin level 3
Tamrin sembang lebat.Kenapa tak jadi calum pru 14? Takut atau ada letak saham dua-dua side? Kah Kah
Catat Ulasan