EROTIKA
ARABIKA
Ketua pengajar madrasah direman kes amang seksual
SEORANG ketua pengajar di sebuah madrasah di Bemban, di Jasin, direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz berusia 14 tahun sejak setahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata suspek berumur 28 tahun ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Mohd Nor Yhazid berkata selain mangsa, suspek dipercayai turut melakukan perbuatan sama terhadap pelajar tahfiz lain di madrasah berkenaan.
“Suspek bertugas secara bergilir-gilir dengan guru lain untuk menjaga asrama penginapan pelajar lelaki sebanyak dua kali seminggu dan berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dengan meminta mangsa mengurutnya sebelum suspek bertindak mengurut mangsa,” katanya ketika dihubungi di Jasin, hari ini.
Menurut beliau, madrasah itu merupakan bangunan setingkat yang dijadikan sebagai tempat pembelajaran, solat serta penginapan asrama yang menempatkan kira-kira 31 pelajar tahfiz lelaki berusia antara tujuh dan 17 tahun. – Bernama, 8 Oktober, 2019.
KUASA DENGAN
JUBAH AGAMA
MAKIN JELAS
---------------
4 ulasan:
Sebelum bikin AMANG SEKSUAL usTaT tu baca bismilah 21 kali ..patiha 3.5 kali ..doa makan 1 kali ..ludah lobang bontot 4 kali ..dah terpancot ..baca alhamdulilah. Esoknye puasa 1/2 hari ..dan berdhuha mintak tambah rizki bontot.
Ustaz pun manusia jugak kann.. Sama jugak menteri ke setpol ke piem ke menteri ekonomi ke dorang pun manusia.. Bila sebut manusia ada nafsu.. Kalau dah buat salah hukum je ustaz ke bapak ustaz ke.. Tapi jangan la wat posting cam nak tunjuk seolah dalam dunia ni ustaz bila wat salah tu kiranya dosa tak diampun hidup dah berakhir dan seolah yang paling jahat dalam dunia ni adalah ustaz. Dalam ramai ustaz ada le sorang dua yang wat hal sama gak dalam profesen lain pun camtu jugak kannn...
bukan main seronok hishamuddin rais pabila org beragama buat salah.....tapi senyap bila kommunis buat hal
Ni takda kena mengena dengan agama. Mungkin tabiat orang Arab yang diikuti.
Catat Ulasan