ALAA MAK
MADEY TAU
TAHU SAJE
TAK GUNA
SATU DUNIA
NAK TAHU
BILA NAK BUAT
KENDURI
LENGGANG PERUT
Dr Mahathir tahu Azmin jumpa ahli Parlimen BN
PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad maklum berkenaan pertemuan tertutup antara beberapa menterinya bersama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), malam tadi.
Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui butiran perbincangan tersebut, katanya ketika bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
“Saya ada dengar (mesyuarat itu) tapi saya tak tahu apa yang dibincangkan,” kata Dr Mahathir.
Pertemuan di kediaman Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali itu dipercayai untuk menghalang usaha memaksa Dr Mahathir meletak jawatan.
Antara ahli Parlimen BN terbabit termasuklah bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein yang terkait dengan spekulasi mengenai usaha membawa ahli Parlimen parti itu ke dalam Pakatan Harapan (PH).
Hishammuddin dalam kenyataannya hari ini menafikan beliau mengatur pertemuan antara wakil rakyat Umno dengan Azmin malam tadi di rumah timbalan presiden PKR itu di Putrajaya.
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata tidak ada apa yang hendak disembunyikannya dan bersedia untuk disiasat oleh jawatankuasa disiplin parti.
Ahli Parlimen Umno yang terlibat dalam pertemuan itu kini disiasat Jawatankuasa Disiplin Umno, menurut pengerusinya Mohamed Apandi Ali.
Hishammuddin diadukan jawatankuasa tersebut pada bulan lalu oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam.
Biro Politik PKR juga akan bermesyuarat mengenai pemimpinnya termasuk Azmin dan dua anggota Kabinet, Zuraida Kamarudin dan Kamarudin Jaafar yang terlibat dalam pertemuan itu.
Pertemuan 22 ahli Parlimen BN dan beberapa lagi dari PKR itu dipercayai untuk menghalang Dr Mahathir daripada meletak jawatan.
Tekanan agar Dr Mahahir meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim itu semakin kuat selepas prestasi buruk PH dalam PRK Tanjung Piai, Sabtu lalu. – 19 November, 2019.
BERAT BERAT
K. J ADA SAMA
CISSSSS
KAMARUDIN
JAAFAR
ORANG
KUAT ABIM
SETIA DARI
ZAMAN PELAJAR
DI MCKK
KINI UDAH BELOT
PASAI APA?
PASAI ANAK
IKAN KE?
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
4 ulasan:
Hati2 dgn kj min. Mata2 tok sheikh tu. Bkn kj muda. Tp kj tua.
Hadir tak beerti belot. Kalu tak hadir mcm mana nak tahu apa yg dibincangkan. Setelah hadir dan dengar dgn teliti baru boleh buat keputusan. Kalu sudah dijemput tp tak hadir awal2 lagi nama kena kensel. Dengar dulu pastu barulah boleh nak belot ke, nak belut ke, atau nak kemut. Be wise.
Ok.. kamarudin jaafar belit padal anak ikan...
So jemin?????kah34
Kamarudin dengan zuraida kalau nak jadi keng pun suka ati lah. Kalau keluar pkr tak laku kot takkan nak join umno. Kalau join bersatu pun nak suh sape payung madey nak pencen dah. Sengaja duk buat perangai dalam parti takde sokongan latew...menyampas la i kat u kata diq azmin kat abang harzeq
Catat Ulasan