Isnin, 25 November 2019

BERATIP NAK JADI PM






BERATIP NAK

JADI PIEM


Mohammed Noh Satibi is feeling sick.
10 hrs
Habis manis sepah dibuang.
Begitulah sikap PKR, Otai Reforbasi serta penyokong-penyokong mereka.
Bertahun-tahun berusaha mahu menumbangkan BN, tak pernah berjaya, sehinggalah Tun Dr Mahathir bersetuju untuk mengetuai PH. Itupun setelah dipujuk oleh Nurul Izzah Anwar dari PKR di London.
Pada PRU13, PH pun berjaya menumbangkan BN. Tiba-tiba sahaja muncul suara-suara sumbang dari PKR, Otai Reforbasi dan penyokong mereka kononnya ada persefahaman khas Tun M jadi PM sementara sahaja, kononnya hanya dua tahun. Namun dakwa-dakwi itu tidak pula disahkan sebulat suara di antara semua pemimpin PKR. Pemimpin PBBM, Dap, Amanah dan Parti Warisan Sabah langsung tak berbunyi.
Apakah Rakyat Jelata yang telah mengundi untuk memenangkan PH mahu DS Anwar Ibrahim menjadi PM? Tidak semuanya. Belum tentu juga golongan majoritinya sebab penyelidikan mengenainya tidak dibuat.
Tetapi mengapa tampak sangat birah Anwar mahu jadi PM? Mana tak nampak birah jika setiap bulan ada sahaja cakap-cakap di media masa tentang Anwar jadi PM dan/atau tentang keburukan-keburukan Tun M?
Seolah-olah birah jadi PM itu lebih utama dan penting dari usaha menangani masalah Rakyat Jelata B40 yang sedang lelah bergelut dengan masalah kewangan, isu harga barang keperluan yang mahal, tentang harga rumah kononnya kos rendah tetapi tak mampu dimiliki, kos pendidikan asas yang makin melambung, dan sebagainya.

PENYAKIT

TAK BERKUMAN

IALAH PENYAKIT

NAK JADI PIEM

LAGI BAHAYA

JIKA BERJANGKIT 




---------------

1 ulasan:

yeop_sepet berkata...

Penyakit nak jadi PM nie namanya anwarisiphilitis,dekat2 dgn penyakit siphilis.