Sabtu, 9 November 2019

BUKAN KES JAM OMEGA





BUKAN KES

JAM OMEGA


Fikir-fikirkan..
Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan".
Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah terlalu lama dan banyak calar".
Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula.
Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata: "Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah".
Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut".
Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!"
Ayahnya seraya berkata, "Ayah hanya mahu kamu tahu, apabila engkau berada di tempat yang betul, engkau akan dinilai dengan baik dan adil. Oleh itu, jangan sesekali letakkan diri kamu di tempat yang salah kerana di situ kamu akan dilayan seperti sampah. Hanya mereka yang tahu menghargai kamu sahaja akan tahu bahawa kamu seorang yang bernilai. Ingat, jangan biarkan diri kamu terlalu lama di tempat yang tidak pernah menghargai kamu meskipun kamu telah sentiasa melakukan yang terbaik."






-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang ler bukan kasus jam omega......masaalah nya jam omega tuh belum lagi di temukan atau masih tak ketemu, atau wawi belum bertemu, atau eskay dah ketemu, tapi dah ditemukan kepada pak polis, namun mat songel masih kata memang dah ditemu jam omega....tak perlu bagi tahu...persoalan nya ada yang tahu jam omega yang tercicir tuh ada mat saleh kata ada engraving.... maka kalau ada yang di temukan apa mungkin jam omega yang asli walau doing a frog legs to the chinal doll tuh memang terlihat cukup asli dan tidak boelh disangkal walau apa songel nak temberang muka macam saya, rupa lebih kurang saya kelihatan seperti saya tapi bukan saya.....la la la la