Isnin, 23 Disember 2019

PEMIMPIN ISLAM DISIASAT









PEMIMPIN ISLAM
DISIASAT

MUSTAHIL

PEMIMPIN ISLAM

CAKAP BOHONG


Polis siasat alibi Anwar kes tuduhan Yusoff Rawther


POLIS sedang menyiasat di manakah Anwar Ibrahim sebenarnya berada ketika serangan seksual yang didakwa oleh Muhammed Yusoff Rawther berlaku, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Hamid berkata polis masih belum dapat menentukan lokasi Anwar semasa kejadian.

“Ada yang kata (lokasi) A, yang lain pula kata di B. Jadi polis perlu siasat di mana dan bila (Anwar berada) serta dapatkan maklumat yang betul,” katanya selepas menghadiri majlis serah tugas di Bukit Aman hari ini.

Yusoff mendakwa serangan seksual tersebut berlaku di kediaman Anwar di Bukit Segambut pada 2 Oktober tahun lalu.

Bekas pegawai penyelidik presiden PKR itu membuat akuan bersumpah pada November dan laporan polis pada 7 Disember.

Anwar menafikan tuduhan Yusoff dan berkata beliau sibuk berkempen untuk pilihan raya kecil Port Dickson pada 2 Oktober tahun lalu. Anwar juga berkata beliau menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur pada siang harinya sebelum kembali ke Port Dickson.

Polis merakam keterangan Anwar pada 12 Disember lalu selepas penyiasat ke lokasi di kediamannya di Bukit Segambut, yang didakwa Yusoff sebagai lokasi kejadian serangan seksual.

Berkenaan keputusan ujian poligraf yang dijalani Yusoff minggu lepas, Hamid berkata ujian itu untuk membantu penyiasat menentukan jika Yusoff bercakap benar.

“Kalau dia beritahu perkara sebenar, kita kena lihat dari sudut mana nak cari bukti.

“Buat masa ini, saya tak tahu keputusan ujian poligraf dia (Yusoff).”

Pada 17 Disember lalu Yusoff menjalani ujian tersebut selama empat jam di Bukit Aman. Beliau yang ditemani peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla tiba pada jam 3 petang dan dilihat meninggalkan Bukit Aman pada jam 8.40 malam. – 23 Disember, 2019.


ANWAR IALAH

PEMIMPIN ISLAM

MUSTAHIL

CAKAP BOHONG

ANWAR  

SEMBAHYANG

JADI IMAM

BACA KHUTUBAH

KAWAN KARDAWI

DAH NAIK AJI

MUSTAHIL CAKAP

BOHONG

INI SEMUA FITNAH

INI KONSPIRASI

ZIONIS ISRAEL

DENGAN

BUDAK SERABAI
KAH  KAH KAH

BY THE WAY

WHAT HAPPENDED

TO 

THE LOG BOOK

KAH KAH KAH
-------

1 ulasan:

azam berkata...

Kau dah kantoi mantoi Hisham.
Memula video anak ikan.
Lepas tu spin cakap, anak ikan tu ikan emas, tak makan umpan.
Lepas tu akan ikan indon,
Tapi S'pura taknak kerjasama sebab tiada bukti kukuh.
Lepas tu cakap logbook rumah TPM.
Rupa-rupanya, yusof cakap cuma pergi rumah peribadi DSAI.
Lepas tu polis dah mengaku,
Setakat ni polis cuma setakat dengar A cakap ni B cakap tu. Tiada bukti lain.
Jadi polis perlu dapatkan alibi DSAI ada di mana?
Kalau DSAI cakap,
"sewaktu dalam perjalanan ke KL, saya bersama Salvador terjumpa dengan kawan lama bersembang hingga jam 4 petang sebelum terus ke program Mahatma Gandhi pada pukul 6 petang... "
Apa polis boleh buat?